Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

Our Little Caliph

Lilypie Third Birthday tickers


GA lagi....
Kali nie join GA blogger Hazwan Hairy...
 

Berminat nak join??...

Jom tengok syarat-syaratnye..mudah sahaja....

SYARAT-SYARAT

1. Anda mestilah FOLLOWERS blog Hazwan Hairy
2. LIKE la page ni : PERSONAL BLOG |HAZWANHAIRY.COM 
3. LIKE page penaja : BOX CREATIVE
3. Tajuk CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE
4. Tempek header diatas.
5. Link kan entry anda di Blog Hazwan Hairy.

Simple kan?

Tarikh tutup : 12/12/2012

Sebanyak 30 kalender untuk 30 blogger ( akan diup jika mendapat sambutan )

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
(Nak join!!! Jom click banner nie....)

Weehooo...GA datang lagi...
lamanya xjoin GA kan..hikkss!!!

Kali nie nak join GA gadis comel nie..a.k.a Nadnod
Korang nak taw x hadiahnya apa?

PEPLUM PURPLE...
tgh in sekarang nie taw...
rugi kalau tak join....
Juling biji mata nie tengok peplum-peplum kat pasaran sekarang nie.
Nak JOIN??
1. Follow blog tuan GA nie yea... Blog Nadnod Azizan ...Klik 
SINI

2. Buat 1 entry comel bertajuk "PEPLUM GIVEAWAY BY NADNOD AZIZAN" berserta banner & link kan ke blog Nadnod Azizan.

3. Tinggalkan komen di entry Peplum Giveaway By Nadnod Azizan yea...(Penting tu)
So, apa tunggu lagi..jom ramai-ramai klik banner kat atas tu..

Tarikh tutup pada :29 November 2012 taw..ingat taw...

Goodluck u'olls...
xoxo...

Ok,..korang nampak tak jam mickey nie? 
Bling-bling kan...
cantik gilerr....
ish2..pink lagi tu...
aduhhh.....geramnyer..
nasib baik la ko mickey kan,...
xdapek la aku nak pakai...
sebab aku kan da matang..mana bole pakai jam budak2 lagi...
heheeh...



Hi semua...hari ni nak cerita pasal jam.hehe..
Jam tangan amat penting bagi aku.
Kalau xmelekat kat tangan nie rasa macam janggal je...buat benda semua xkena....

Jam tangan yang suatu masa dulu, waktu zaman-zaman persekolahan...aku suka beli jam yang besau2...biar senang nampak jarumnye..heeheh...
biasanya beli yang murah2 je..
yea la dulu zaman budak2..mana la reti beli jam mahal2 sangat.
pastu yang penting jam tu mesti bling2..heehe..
aku suka nampak eksklusif...

After SPM tu...for the 1st time beli jam mahal sikit..itupun share dengan BFF sebab beli 2 ade diskaun...hahaha....sadis kan..
Jam pertama ku sebelum masuk Uni..
JAm Mickey (childish sangat ko...)


rupanya macam gini la...
besau kan...
ha..baru jelas-sejelas jelasnya..
tapi kawan2 aku sume cakap macam jam lelaki...
ala....pedulik r...bila diorang xtahu pukul berapa..tanya gak aku jam pukul brp kan....
see....


Jam tu siap letak dalam kotak camni lagi taw..masih simpan lagi kotak nye..(tapi bukan jam cartoon macam kat atas nie ea) tu nak tunjuk sample kotak je...


Lama jugak la aku pakai jam mickey tu...sebab tahan..xrosak2 pun...just tukar bateri je kalau abes..kalau beli jam RM20-30 tu cepat je rosaknye..pakai sebulan dah buat hal...




Sehinggalah aku dapat jam baru masa birthday aku tahun lepas...Yup...tahun lepas....masih segar di ingatan.
masa tu kat Uni..
First time orang bagi present jam mahal nie.
Ya Allah, terharu sangat...

Aku pernah cerita dalam blog pasal jam ni hilang...tak keruan rasanya...Masa tu wedding kakak aku..bulan 9 hari tu..tengah busy-busy camtu memang tak ingat daa letak mana sume..

Kebiasaanya aku kalau nak tanggalkan jam..mesti letak dalam handbag.
So..esok nak pegi keje xkelam kabut..terus je sauk dalam bag tu..
Tapi xtaw kenapa time tu..bole xingat nak letak dalam beg..
sudahnya,, 1 minggu aku meragau cari jam tu...
tak jumpa2 gak..
memang xde mood gak la sebab jam tu hilang...
Sayang macam nyawa sendiri. 

Tapi memang xputus asa..aku tetap cari juga..
sebab hati aku betul2 yakin yang jam tu masih ada dan tak hilang.
semua tempat aku selongkar nak cari jam tu..

Alhamdulillah...syukur sangat...akhirnya aku jumpa gak jam tu kat dalam rumah gak...
aku memang dah cari kat tempat ni 2-3 kali tapi still xjumpa..
tup-tup lepas seminggu gitu..
rasa macam tergerak hati nak cari kat situ balik..
last-last jumpa juga akhirnya...
dan sekarang..jam tu masih gah berada di tangan aku...
semoga xkan hilang lagi yea...

Hidupku kembali ceria...yippi....




Dan ini jam hantaran Cik Fa Ismail. Suka baca blog Cik Fa nie..sebab sweet sangat....hehehe
Kalau korang nak baca blog Cik Fa..meyh jenguk 


And adore giler dengan jam nie...
nak cari gak untuk wat hantaran la...
siap ade extra tali lagi kan..bole tukar-tukar..
sebab pertama suka jam nie ialah...
korang pun mesti taw..
sebab dia bling2...
heheeh..

Kalau korang taw mana bole dapatkan jam macam nie..tolong la bagitau yea....



and lastly..i got a new handbag..hehe
turquoise color lagi u....
so, bersemangat je pergi keje yea...
hehehe


Alkisah seperti yang pernah aku ceritakan sebelum nie, mak & ayah aku ade new house kat Tiram...kalau korang duduk area2 ulu tiram or sewaktu dengannya..meyh la singgah teratak kami yang xseberapa nie yea..Kalau korang taw Kem Motivasi Ulu Tiram Indah Village tu, teratak kami berdekatan je dengan situ...aku dulu pun xperasan..bila dah ulang-alik jalan yang sama..la...dokek je rupanya...dulu-dulu time sekolah, aku pernah pergi kem motivasi kat sini...memang seronok giler la kan..jalan masuk hutan..masuk sungai sume....dah puas rasa..cuma pacat dengan lintah je xsudi singgah kaki ku yang comel nie...choii..Alhamdulillah sepanjang aku jungle tracking, hiking nie...xpernah lagi di singgah oleh makhluk2 perosak tu..eeiii..takutt weii....abes karang darah aku...

so, after Raya Aidilfitri tu rumah nie dah hampir siap...bermula la misi-misi memenuhkan isi rumah kosong nie...

Pic kat bawah nie time rumah nie still in progress..every weekend mak & ayah aku pergi untuk tengok progess nye...Gigih giler kan..yea la..rumah idaman diorang.... 

aku nie bile la nak punya rumah idaman sendiri kan (hint pada bakal laki aku la tu, bile yea awak? termasuk dalam tanggungjawab seorang suami kan tu..menyediakan perlindungan dan tempat berteduh....heheeh)...

Bahagian 1: Proses sedang berjalan...gambar toilet pun aku snap..abaikan makhluk atas tu yea...sibuk gak nak masuk bergambar...



Bahagian 2: Rumah hampir siap...dah siap mozek, toilet pun dah siap...Alhamdulillah...
masa nie..pekerja2 yang buat rumah aku nie..diorang stay kat umah nie...Amboi-amboi...jadi hak nampak..abes sume periuk nasi korang bawak masuk kan...seronok la...heeheh

Oleh sebab kami xnak diorang bersenang lenang wat macam rumah sendiri..kami pun suruh la diorang ni buat cepat sikit..biar akak and abang ipar aku dapat duduk sini.
Bukan apa..xsuka diorang buat macam rumah sendiri..isap rokok dalam rumah..abes sume berbau....kalau reti jaga xpe..ini tak..tu yang mak & ayah aku bengang tu...


Bahagian 3: Rumah kami dah bersih dari segala debu dan kotoran...patah jugak la pinggang ni kan..membasuh, mencuci, mengemop rumah baru nie...

Barang-barang pun sikit-sikit beli...dan masukkan...Ada Sofa baru, meja makan baru, lagi ape ea..fame, jam dinding, cermin besau....TV je belum beli lagi..sebab kitorang datang pun weekend je kan...so...abg ipar bagi pinjam tv kt uma dia dulu..kat uma beliau ade 2 biji tv..so, dia bagi pinjam 1..jadi la..xde la sunyi sangatkan....



Bahagian 4: siki-sikit, lama-lama jadi bukit..sesuai la perumpamaan itu dengan rumah baru nie...setiap minggu datang mesti ade je benda baru ayah aku beli untuk penuhkan rumah nie...tengok tu..dapur tu dah siap pasang kabinet...cantik kan..heheeh..baru la xberselerak dan bersepah2...peti ais pun dah beli...senang nak simpan barang2 supaya tahan lama..



Bahagian 5: Minggu lepas ayah aku beli lampu cantik2 tu..ala..macam candelier gitu...cantik sangat...heehe...ayah aku la gigih pasang sendiri..kalau adik aku yang Ijam tu balik..dia la kena pasang..tapi sekarang dia tengah final exam kat poly tu kan..so xdapat la dia balik...nasib la ayah aku pun pandai sikit2 pasal wiring nie...

So, memang setiap weekend kitorang akan balik sini...every weekend jugak la aku ditugaskan mop and sapu lantai 1 rumah..1 rumah ok..termasuk bilik, dapur and ruang tamu..memang melecet pinggang den nie...kaki jangan cakap..dah nak tercabut skru lutut nie...
lepas siap sume..aku kena cuci kereta pulak..
ohsemmm sungguh...suka sangat..heheeh..
takpelah..seminggu sekali kan...
berkorban tenaga apa salahnya...

kalau kat luar halaman rumah tu aku xsempat cerita lagi..
dah macam2 pokok dah mak aku tanam..

bahagian belakang rumah penuh dengan pokok sayur, ubi kayu, pisang, serai, kacang botol, 
boleh kata sekeliling rumah la diorang tanam pokok pisang...and poko ubi kayu..ayoyoyo...

lepas nie kalau dah membesar pokok2 tu...penuh la uma mak & ayah aku tu kan...
minggu lepas juga ayah aku baru tanam pokok kegemaran dia...
Pokok CIKU...
gigih tu g beli and tanam sendiri...
Semoga pokok ciku tu tumbuh membesar dengan sihat yea....
supaya tuan kamu dapat rasa dan menikmati hasilnya...
suka lah bapak aku nanti..

Mak aku pulak sibuk cari pokok orkid...nak kena beli la tu kan...mane nak cari pokok orkid yang murah2 yea or ada sesapa sudi nak sedekahkan kat uma aku nie? 
heeheh...ada jugak tanam pokok rambutan and mangga...tak taw la boleh tumbuh bagai juara or x??
kita tunggu je la yea...

Tak lupa juga, makcik aku ada bawakkan pokok nenas...so, kita tunggu je lah hasilnya...kalau boleh..semua pokok buah nak di tanamnya yea...
In Shaa Allah, ada rezeki, kita boleh rasa sama-sama kan...

p/s: baru dapat pokok bunga raya dari jiran sebelah rumah...suka la mak aku tu..nanti dia nak penuhkan dengan pokok bunga raya pula...Meriah la rumah aku nanti...

Ok lah..nanti kalau ada perkembangan,,aku cerita lagi yea...





Kepak dan Leher ayam adalah sinonim didengar dijual di pasar malam mahupun di pasar pagi...Kebiasaanya golongan wanita amat menyukai bahagian kepak dan leher ayam.



Tahukah anda? Kepak dan leher ayam yang dimakan oleh kita itu mengandungi suntikan hormon steroid yang mana hormon ni kebiasaan nya disuntik di bahagian kepak dan leher ayam untuk menggalakkan tubuh haiwan ternakan cepat membesar dalam waktu yang singkat.

Dan oleh kerana permintaan terhadap ayam ternakan semakin meningkat, maka penternak2 yang bersikap tamak yang ingin meningkatkan hasil jualan mereka dan ingin mengaut untung dengan kadar segera telah menyuntik ayam2 ternakan tersebut dengan dos steroid yang banyak.





Siapa di kalangan pembaca semua yang suka makan kepak ayam?
 Jika anda wanita, HATI-HATI..!!

Pertumbuhan sista (cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah benar, seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketubuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalah yang dihadapi. Semasa rundingan, doktor bertanyakan soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam. dan Beliau menjawab ya...tertanya-tanya tentang bagaimana doktor tersebut tahu tabiat makannya.

Sebenarnya pada hari ini, ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada  keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista di dalam rahim.

Oleh itu, dinasihatkan orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

Walaubagaimanapun, bukanlah tidak boleh langsung untuk makan kepak or leher ayam, cara terbaik untuk menghilangkan keraguan kita terhadap kesan hormon semulajadi dalam ayam ternakan ialah dengan MEMBUANG KULIT AYAM DAN MEREBUS DAGING AYAM DENGAN SEMPURNA

Beringatlah sebelum terkena.!!!!

Wallahu a'lam


Sumber: Dr.Zubaidi Hj Ahmad


Sejak family aku ade rumah kt Tiram nie..every weekend mesti kitorang balik sana..MESTI OK..never say NO......
bole kata perjalanan dari Skudai ke Tiram tu makan masa sejam la...
nak kata jauh..xde la jauh sangat kan...
dah biasa ulang-alik..xrasa dah jauhnya...

tapi PENAT tu memang xdapat disangkal lagi la..
Al-maklum la..letih blk kerja pun xabis lagi...kena balik sana pula...
bole je kalau aku tak nak join diorang balik Tiram..tapi kesian kat bapak aku tu nak kena drive. Kalau bole aku memang xnak bagi dia drive lagi..Dah berumur kan..kena la banyak rehat je...

Parents aku kalau balik sana, diorang nak rehat je...
dapat duk rumah sendiri kan rasanya lain macam..
dapat bercucuk tanam..dapat hirup udara segar kampung...
Jauh dari hiruk pikuk kota...

itu la..kadang-kadang aku nak luangkan masa untuk diri sendiri pun dah xada da...
nak keluar window shopping..jenjalan..hangout dengan kawan-kawan...sume tu dah xade...
heheh...kesian kt BFF aku..
sampai merajuk dah dia..

Untung la si 'DIA' jauh di rantau orang...kalau tak..
dua-dua nak merajuk dengan aku la kan...
Sadis je...

tak pe..Insyallah...aku try sedaya upaya untuk spend time buat mereka yang tersayang semua...
xmau ada yang kecil hati, terasa hati, makan hati, sakit hati dengan aku yea...
Aku juga manusia biasa...yang xlepas dari buat silap.
selagi aku ada, selagi itu aku akan berbakti untuk kedua ibubapa dan family aku...
nanti kalau dah kena ikut Incik Suami..kena tinggalkan diorang sume...
nehi..nehi....heheeh...sedih nanti...

So, selagi hayat dikandung badan, selagi itu aku akan buat yang terbaik..
Doakan aku yea...

Mood: Need a vacation...huhuh... (sedang berfikir-fikir macam mana nak dapat side income lebih...idea-idea..ade sapa2 nak jadikan saya share partner bisnes?)

petang-petang jumaat nie..jom kita scroll down 10 petanda Dia jodoh Kita...mana tahu ada yang berkaitan dan boleh di jadikan panduan untuk korang semua...
Let's go...Sharing is Caring...

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku naluri dan kata hati yang kuat...aku akan guna sebaiknya..Insyallah..
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

artikel from: iluvislam.com

Ya Allah, tetapkan lah hati ku Ya Allah, janganlah kau biarkan ia selalu berubah-ubah..Moga redha dan rahmatMu sentiasa bersamaku..Amin....

wah...pagi-pagi ko dah tulis blog ea yanie..Semangat sangat kennn..hahaha...
Ok la..ari ni nak tulis entry sambungan semalam...

Ada banyak lagi favourite food aku..

Next is Seafood...aku dah la xmakan ikan kan..tapi ade certain-certain ikan yang boleh diterima oleh perut aku..contohnya: Ikan Siakap, oh..ohsem sangat..Ikan Merah, Ikan Bawal, dan ikan selar kuning..ikan bilis tu favourite jugak...heheh...kalau ikan jaket tu..mmang tak boleh telan langsung..
aku ada masalah dengan ikan yang keadaannya sebelah putih sebelah hitam.. korang paham tak maksud aku.???

Macam ikan jacket kan, isinye sebelah putih sebelah hitam kan kalernye..termasuk juga ikan tongkol...korang taw kalau terpaksa pun..aku akan cubit isi ikan yang kaler putih tu je...yang itam memang xterusik....Mak aku pun sampai geleng kepala tengok aku punyalah penakut dengan ikan...
ntah la..susah nak cakap..memang aku xboleh terima....
(nasib la sapa jadi laki aku karang,,,takpe.nanti aku masakkan beliau ikan..tapi aku makan AYAM..hahaahah, aci la kan)...

so, ape benda alah seafood yang aku makan nie...Ok..aku is sangat suka dengan Cumi Goreng..taw x ape tu Cumi?? Sotong goreng tepung...wah..sedapnye..kenyal-kenyal gitu...lagi satu adore giler dengan Udang goreng mentega...pergh..terangkat weyh...
pernah sekali tu berebut dengan si Fitri, budak GPMS, berebutkan sotong goreng la..umur da 24 pun..makan nak berebut lagi..hahaha..sapa suruh dia amik sotong goreng tepung aku...
sikit punya secure jaga piring sotong goreng tepung tu sambil makan...dari di kidnap oleh si fitri..hahaaha...

ketam pun aku suka jugak..cumanya aku xmakan kerang, kupang, lala dan seangkatan dengannya...ntah la ea...pernah sekali tu makan sat agi terkunyah pasir..amik ko..start dari situ langsung tak berani nak makan lagi...tapi siput sedut masak lemak cili api memang favourite aku...hehehe..

Memori makan seafood bersama-sama kakak & asbend beliau, BFF ku wawa, dan si Dia kat Senibong memang xdapat dilupakan..sangat best....makanan dia sedap2 sangat...harga pun berbaloi-baloi...heheeh..mahai gak la..tapi sedap..kenyang perut kitorang...lagi2 dengan menghirup udara malam di tepi pantai..syoknyer....
nak pegi lagi..nak pegi lagi...









Ade lagi makanan yang aku favourite sangat..Sup Tulang...


ini kalau time raya Qurban..hari2 boleh dikatakan mak aku masak lauk daging...Ari ni daging sup, esok daging sambal, lusa, sup tulang...tulat, daging masak kicap...mati la makan daging je..heeh...nasib daging lembu..kalau kambing..lama dah aku kiok....

Sup tulang nie paling sedap kalau makan time nasi panas2..pergh...pastu tuang kuah bagi banjir dalam pinggan..hehee..tu style aku la...pastu satu tulang daging besau dalam mangkuk..korang cubit je kalau nak makan...memang thumbs up la!!! terangkat abis...


Next is Udang Sambal Petai..

ni memang betul2 favourite..sume la skali makanan yang aku cerita ni favourite aku...heheeh...

makan nasi panas2 dengan udang sambal petai yang pedas memang buat selera aku bertambah-tambah...lagi-lagi udangnye jenis besau2 raksasa...hahahah..
memang 3,4 pinggan aku bedal...selera jin la katanya....



and the last 1 is strawberry...






ini kesukaan, kegilaan, dan kegemaran..hahaha...
kalau la uma aku kat sebelah cameron..hari2 confirm pergi beli....hehe..tanam pun bole...kalau kat atas cameron manis2 kan...kalau dah bawak balik JB confirm masam2 punya...tapi xpe.aku balun jugak...sebab memang sedap...hahaha....

Sekian dulu untuk hari ini...nanti kalau-kalau ade lagi..aku update yea...

Mood: nak buat pavlova sebab kakak aku request..and nak buat mini paris puff....
doakan aku yea..hope menjadi...

terliur tak korang??? perghh..sedapnyer...
hai Korang, Sehat x semua?? Semoga semuanya sihat2 dan ceria selalu yea...Even korang ada masalah....korang senyum je..Insyallah, walaupun masalah korang belum tentu boleh selesai sepenuhnya, mungkin boleh ceriakan sikit diri korang tu yea...

Ok lah...hari nie just nak share ape yang perut aku nie suka makan ea...heheeh...Perut je kecik tapi selera mak aiii..tinggi menggunung...

Firstly, My favourite food is Nasi Beriani..tak kira la nasi beriani jual kat pasar malam ke, kat Sedap COrner ke, kat food court BestmArt ke..heheh...semuanya yang sedap aku mesti telan...(gila dashyat kan..nak telan ajer)...
Mungkin disebabkan aku orang Johor kot...tu yang suka sangat Nasi Beriani...

Pernah sekali tu..sebab mengidam sangat (amboi..macam ko preggy pulak kennn? hheeh...Sanggup pergi kat Abah Beriani House area BBU tu semata-mata nak makan Nasi beriani...Dashyat kan...
Gambar: Ehsan Mr.Google...
ni pic time kitorang g makan kt Abah Berianim House..
                                                   licin kitorang kerjakan..hehehe...


dan setiap kali kalau aku singgah kat Bestmart tu..mesti aku tapau Nasi Beriani...Bagi tekak aku..nasi beriani kat situ memang mantopppp..Thumbs Up.!!!..rugi korang xcuba...tapi ikut tekak aku la..tak taw anak tekak korang kan...Niat kat hati teringin nak belajar wt nasi beriani nie...Korang doakan aku pandai masak nasi Beriani sedap2 yea...so, boleh jimatkan duit aku kalau setiap kali nak makan..tak payah dah pergi kedai lagi..masak je sendiri..heheeh..Boleh jamu korang jugak nannti....


Laksa Johor Kesukaan ku...terliur x?? hehe

Next food is LakSa JohOR...nie memang double triple favourite...Dulu time aku study kat Uni..bila balik cuti je..mesti mak aku masak kan Laksa Johor nie..sebab dia taw anak Beliau memang menggila dengan Laksa Johor...hahaha..ayat xboleh blah kan...tapi siyes....memang aku suka sangat Laksa Johor..lagi..lagi..air tangan mak kan..memang terangkat la kalau makan..

Time Raya ari tu, beraya uMah atiKah MAzlan, di jamu dengan laksa Johor..Bayangkan kitorang sampai uma dia kul 12 tgh malam tau..bukan 12 tengah hari...sebab uma beliau umah last sekali kitorang singgah...Dia kata nasib baik ada balance Laksa Johor yang mak dia masak..Aku dengar je laksa Johor..ape lagi..terus g kat Meja Makan uma beliau....xde da segan2..heheh...
Pergh...memang sedap la iqa...nak lagi..nak lagi..heheh..kalau korang nak tengok gaya2 kitorang makan laksa..boleh baca entry INI...aku ade ceritakan kat sini story tu..

Next..perut aku jugak memang suka makan Chicken Chop..wallah!!!..marvelous...
BFF aku pun dah naik muak agaknye..setiap kali kitorang keluar...mesti aku ajak dia g makan Chicken Chop...heheh...



Chicken CHop kt Hutan Bandar sedap taw...murah lagi..baru RM5 je...berbaloi2...banyak pulak tu kepingan chicken chop nye....kenyang tak hingat ko...kalau aku makan kat sini..mesti aku tapau 3,4 bungkus untuk hero-hero kat rumah tu...

lagi 1 tempat yang biasa kitorang makan Chicken Chop ialah kat Medan Selesa Taman U...after balik tengok wayang je..mesti singgah situ..hehehe...
Wawa my BFF with her CHicken Chop..yummy...
Selain tu..aku juga peminat setia Spaghetti...hehee....sedap kot spaghetti tu..banyak kali jugak aku wat sendiri..tapi rencah2 nya mahai..hheeh..berbaloi la kalau nak makan ramai2...selalu tu aku suka letak sosej and daging kisar bebanyak...baru heaven..
sPAGHETTI WIF MEAT BALL...


hehehh...pernah jugak makan kat SR..memang sedap...then kat pizza hut punya pun not bad...ade meat ball lagi kan...
So..sesapa nak ajak aku dating..sila bawak aku g makan spaghetti yea....heeh..(bole gitu? kenn)

Sebenarnya ade banyak lagi yang perut aku suka makan..bukan sekadar suka2 je..tapi memang kegilaan aku la orang cakap..hehehe..orang yang cakap...bukan aku..hehe

Nanti aku sambung lagi yea entry nie..karang marah pulak bos aku nnti..





Aiseyhh....Actually kejadian nie berlaku time waktu lunch td...
Big Bos aku turun dr Key Ell, so biasanya kalau dia turun opis aku nie..mesti akan belanja makan punya....So, dijadikan cerita, oleh kerana aku sorang je perempuan melayu kt opis aku nie...yang lain sume Cina termasuk lah bos aku tu..So, diorang makan kat kedai cina berdekatan opis aku... dia belanja pekerja cina je la...aku macam bese la..lone ranger..(mood: tacing ea...huhu) . Ala, dah biasa dah...heeheh

Kat sebelah opis aku tu ade cafe..Tok Mama Cafe..ownernya melayu la...tapi dah selalu sangat da aku makan kat situ..naik bosan da..balik-balik lauknya sama ajer....Xpaham betul aku..cuba la varietykan sikit lauk2 tu..baru la orang ramai datang....Ini tidak,...balik-balik sama je...bos aku pun bosan..tu yang dia xnk makan situ...

Nasib baik..kat depan opis aku tu ade Giant Mall...So, kalau aku tak pegi sebelah..aku g la Giant...kat dalam tu ade food court..and Sedap Corner...semalam baru melantak Nasi Beriani kat Sedap Corner..ari ni saving sikit..kita makan kat food court yea perut...Jangan nak ngengada asyik nak makan makanan mahal je...hehehe...

Lepas makan...aku g surau..solat..(nie bukan aku saja nak menunjuk ea)...aku nak cerita..time dalam surau tu...dapat call dr Ms.Teo...one of the admin kat tempat aku tu...
Dialognye begini:

Kring..kring..kring..(ringtone lagu We Are Young..lagu xnak kalahkan..hahaha)

Ms.Teo: Yanie..u kat mane?

I: Kt giant, knp?( jwb mcm nak cari gaduhkan..ea...xde la..nada lembut ok.)

Ms.Teo: U taw Snogurt kan..

I: Taw

Ms.Teo: Nanti u datang sini ea, Bos nak belanja Snogurt.

I: iye ke..(gelak-gelak sikit)(dalam ati..OMG...Snogurt...pestime ok..maunya xteruja..)

Selesai solat sume...terus la menapak g Snogurt...Snogurt nie dekat je dgn opis aku..Jalan kaki 2,3minit da sampai..hehehe..Untungla...
Ape lagi..sampai2 je depan Snogurt tu terus masuk...Tengok diorang sume dah melantak dulu..Ciss...aku lambat..hehehe...

Bos: mari-mari yani..pergi ambil..nanti i bayar...

Wah..dalam hati berbunga-bunga....abes la bos..aku nak bankrap kan bos aku..heheh...

CUbe korang bayangkan orang yang pestime masuk Snogurt dengan muka berlagak pandai..eceh..bayangkan je la...tapi jangan dasyat-dasyat..aku baik taww...hehehe

Aku terus ambil mangkuk...then pergi ke 1st flavour, main tekan je benda alah untuk keluarkan yogurt tu..dalam hati..YA Allah,janganlah malukan aku..heheh.dah la ramai kan budak opis dalam tu..karang buatnya aku push2 yogurt tu tak keluar..naya jew...

Fuhh..nasib baik...aku sebenarnya xnampak pun flavour ape yang ade...rupa-rupanya yang aku tekan tu yang original..RM0.49 = 10g ok...

dengan selamber nye aku g tanya budak cashier tu...awak..ade 1 flavour je ea..hahaha./.sekali dia kata banyak la choicenye..aku je xperasan...kebengangan sikit di situ yea..padan muka aku..

pastu time meletakkan segala-benda alah kat atas yogurt tu..macam topping la kan...
Korang bayangkan..(bayangkan sekali lagi yea) dah la aku xpernah masuk Snogurt..apatah lagi Tutti Frutti...(kunonya kan..sadis....tunggu orang je belanja..jahat kan..heheeh)

p/s: awak..nanti balik jb belanja saya Tutti Frutti ok..Seafood jugak...heheheh....jangan wat2 lupa....merajok lagi karang..baru taw..hehehe

Time letak topping tu..aku cari la choc chip ke, non ado la pulak..nampak pulak buah favourite aku...tak lain tak bukan..strawbery...ape lagi..aku amik 2 ketuii..pastu nak letak ape lg ea..Bos aku time tu boleh pulak dye tunggu kat cashier nak bayarkan.kan ...dah xselesa aku nak letak banyak2...sebab all the topping tu semua sebelah cashier je...pastu dia tengok je aku nak letak ape kan...aiseyyhh..stress taw..hahahah..tetibe kan...

aku nampak pulak pop pop (aku kenal pop pop nie dari Blog Si Sepet tu la..) nasib la aku dah banyak bace pasal pop pop nie kan...sekalinya bos aku tanya pulak..

Bos: yanie..u letak ape dalam tu??

I: i letak pop pop la..

Bos: ape tu..plastik ea..

I: aiyakk bos...dia macam bila kite makan ade letup2 dalam mulut
pastu aku takut salah ke ape ke kan..aku double confirmkan dengan budak cahsier tu

I: akak, ni pop pop kan..

Akak Cahsier: angguk..hehehe

Fuh...Selamat..Nasib baik betul..tapi ape kejadahnya Bos aku tu cakap benda alah pop pop ni plastik ea....pastu aku terfikir la.macma maggie jugak kot..dia salut dengan straw..kan korang..kalau tak silap...sebab tu kalau makan maggie ambil masa lama untuk hadam dalam perut...maggie kan ade rasa kenyal2 time makan..sebebnarnya maggie tu telah di salutkan dengan strawwwww yang dicairkan...if i'm not mistaken la...cheh speaking pulakkk kan....pasal pop pop tu..mungkin luarnya disalut dengan plastik kot..tu yang nampak licin berkilat je....

Dah lepas..tambah sume topping..timbang....taraaaa!!!!!!
Harga : RM15.20

Hambekk ko..Bos aku punya pun baru RM8 lebih...hehehehe
nasib ko la bos...sapa suruh baik hati belanja kan...

Selesai ambik, bayar sume...pergi la duduk satu meja dengan diorang kan..

Borak..borak..bla..bla...bla....

Bos: yanie..u biasa ea datang sini..

I: ea..xde la bos...

Bos: yea..u mesti biasa nie..i tengok...u familiar je...laju je amik2 tadi tu...

I: senyum je..(dalam hati berbunga kencang..ea..ade ke bunga kencang..lantak la...hehee..orang pestime masuk snogurt ..kena la berlagak sikit..sikit je..nnti lebih2 kantoi plk) heheheh

Bos: Snogurt ni bagus taw..boleh kenyang....macam itu yakult..vitagen( slang cina mesti ade) heheeh

I: yea la bos...bole kenyang punya..haha..layan je la...


Tapi Big BOs aku memang baik....kadang-kadang dua minggu sekali turun..kadang-kadang seminggu sekali turun..Mesti belanja kitorang punya....

Ade sekali tu..belanja kat MCD...pasal aku sorang melayu kan..pastu kat area2 opis aku nie xbanyak kedai melayu...tu yang kadang2 jadi problem dia nak belanja aku...Kalau tak, balik2 kat sebelah opis tu je la..TOk Mama Cafe....
Baik kan bos aku...


Tapi korang belum tengok kalau dia naik angin..so far belum pernah lagi la..tapi marah2 manja gitu ade la..ecehhh....hehehe



Ambik gambo tissue (motiff??)./
Pic xbanyak amik sebab ade bos aku kan...segan la nak tayang camera hp murah nie...makan je la...sempat snap kertas tisu and tempat cashier je..hehehe...


SEkian...
-
-

-
-
-
-
--

-
Tamattt....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...