Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

Our Little Caliph

Lilypie Fourth Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Third Birthday tickers

salam..wow best gle mlm nie..
td yanie dpt 2 tiket free g tgk filem 'wayang' lakonan eman manan n ida nerina...
ade la sorg hamba ALLAH yg bek ati bg kt yanie...
yanie ajk membe yanie,yati g tgk..



haa..ini la gmbo ticket nye....



ini dye..bisnesswoman kite.. nampaknye Pn Diana sdg sibuk berniaga di luar panggung....
mcm2 jualan ad...air kotak,pop corn, kacang rubus pn ad..jgn memain....
igt kt paso mlm je k ade jual kcg rebus,kt panggung pn ader...


di dalam panggung..cheh

HAH...ini la poster movie "WAYANG" lakonan eman manan, hero malaya kite...gandingan mantap bersama ida nerina,zul huzaimy dn ramai lg...


akhirnya tamat lah cte "wayang" 2....ni pic pas kua dr panggung...memang menyeronokkan...rugi sapa xpegi...

Actually,cte wayang ni mengisahkan kehidupan masyarakat kelantan yg popular dgn wayang kulitnye...di mana lakonan eman manan sebagai teraju utama yg menghidupkan jalan cerita yg mana menjadi seorang pemain wayang kulit bersama 2 org anak muridnya....

Filem wayang ini adalah filem keluaran Uitm..dr pelajar2 seni lakon layar...



yatie n yanie



salam...
ari ni sesi photography xabis2 lg...
mari la saksi kan post2 yg menarik,tertarik n tarik-tarik....
sapa2 yg mendapati gmbr nye ade di sini hrp jgn mare yea..
gmbr2 ini di capture di dalam taman PTDI...
cantik kn tmn dlm perpustakaan nie...














Assalamualaikum..
hari ini en3 bout memory of class D6E3....


Hari khamis 19hb.2.2009
kelas kami telah menghadiri sesi photography pd pkul 9pg di Dewan Sri Temenggung..
kenangan untuk semester akhir sblm tmt pengajian...
Cuaca ketika itu terik btl...panas sgt...

So,lihatlah bermacam2 glgt kami..hehehe...



Salam...

hmm..ari nie..ape ye nk coret kn???

kls cm biase..assgmnt dh berlambak xsiap2 ag...
next week ade 2 test...
weekend nie ade program kt UiTM nie..mcm2 xtvt diorg wt....
byk gile khemah dh di dirikan....
abis r..kopak la uit ujung mggu nie..g blanje je kt gerai2 yg disediakan...
hehehe

:girl10:

Program yg diadakan ialah MITEK... singkatan kpd minggu terbuka kolej...
So,mcm2 xtvt ade..
antaranya..kursus pra-perkahwina..terbuka kpd staff n student Uitm,murah je hrga cume RM70..ktorg ni tgh bincg xtaw nk join k x...hehehe...bkn gtl tp sbb murah kot..kt luar mgkin hrga mencecah RM120..
pastu ade SYURGA CINTA...drama..dgr cte awal ashaari n heliza akn dtg..xtaw la kn..tgk je la..
lg..Value of Beauty..anjuran CNI..ade grooming..
forum,ceramah pengurusan jenazah, games,multimedia n ect.....

sng cte mcm2 la xtvt....msti syok giler....

k la..2 je nk cte..t sng yanie post entry ag...

Salam...peace out..


Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.



Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU


Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini

1.Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

2.Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.



3.Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4.Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

23/02/2009 8:27pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof akan memutuskan pada Rabu ini sama ada beliau patut menarik diri ataupun terus mendengar permohonon prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.


Beliau menetapkan demikian selepas selesai mendengar hujahan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar selaku pemohon dalam semakan kehakiman bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Permohonan tersebut juga bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar. - Utusan

Aluuu...assalamualaikum...
:girl09:
huish...best nyer weekend nie dpt blik umah...
indu sgt2...
lme gak r xblik sjk pas cuti midterm ri tu...

taw pe xtvt yanie kt umah???
hehe...ari kamis n jmt..jd driver tuk mak n akak yanie...
so,pe ag..blik merempit r..hehehe..
:girl10:

pastu ari sabtu,
g sek adeq..

ade acara sukan kt sek n then dye masuk 4x100 n 4x200m..
tgk dye lari cm nk pgsan jew..

huhu...taw je la coce skrg ni panas komain..
tp,alhmdllah la,dpt pingat perak dua2 acara..
dpt la gak kn dr xdpt lgsg..
at least ilang r pnt dye..
blik dr sek kul 1, then kul 2 trus grk g bndar..
g landmark cari ink printer...
letih btul r ari 2....

ari ahad..
:girl09:
kena tlg ayh yanie kt kedai..

ari isnin..blik sgmt..hehehe..

letih2..tp seronok dpt blik umah..huhuhuh
:girl02:

:girl10:


Assalamualaikumm...


first of all, ari nie yanie nk cte pasal buku motivasi yg yanie bru sdh bce nie....

mmg best gilerr n byk pekdahnye klu kwn2 bce buku nie...

dlm buku nie die byk cte tntg cmne nk ttpkn matlamat hidup n menjadi seorg yg cemerlang...

penulis buku nie sndiri sudi menceritakan kisahnye...

Adam Khoo,name yg xasing lg dlm dunia perniagaan...dlm usia yg cukup muda, beliau tlh dpt mengaut untung berjuta2...byk perniagaan yg beliau ceburi, pernah gagal tp xpernah putus asa n akn terus mencuba...

walaupun sewaktu sek,beliau boleh dikenali sbg seorang yg amat lembab dlm matapelajaran...terutama matematik...

Apa yg beliau lakukan...



beliau mula mengkaji diri sendiri knp beliau jd mls utk belajar...menggunakan teori minda terbuka..di mana otak yg diciptakan kpd manusia adalah sama, dan kita yg membentuk otak 2 sama ada nk jd pandai or bodoh...kita yg mencorakkannye....


Harap kawan2 boleh cube utk mendapatkn buku2 nie kt mana2 cwgn bookstore k....

xrugi rasanya membaca buku nie..ia membangkitkan semangat kite utk lebih berjaya dlm hidup...

Assalamualaikum...

Setelah lama men'try' utk menukar template kt blog nie....Akhirnya ari ni yanie berjaya gak tkr template kt blog...Akhirnya blog yanie bertukar wajah.. Cun x??hehehe..
Setinggi penghargaan diucapkan kpd sifu luth n kak hana(along arman) krn tlh bersusah pyh n tnpa rasa putus asa mengajar yanie cmne nk tkr template 2 n mcm2 tntg blog nie... td rase cm nk give up je coz ssh sgt...tp kak hana kta jgn r putus asa,mesti bole pny...try lg...(kata2 smgt 2 wt yanie terharu,walaupun xknl sgt..tp kak hana sudi nk tlg yanie..) luth plk byk tlg yanie dr taun lps ag..


Luth jgk la yg mula2 knl kn yanie dgn blog nie..hehehe


Terima kasih byk2 k...jasamu ku kenang...nanti bile2 turun jb yanie belanja makan k... promise..



Apapun, Yanie doakan agar luth and kak hana berjaya dalam ape jua bidang yg diceburi k....
Hayati nye dgn hati yg ikhlas.......

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruahdiri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.






Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”


Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan
Assalamualaikum...

Hari ini ana ade special entry nk wt....

Bout that Gurlz n boyz....

Ana ade bg soalan ni kt classmate ana n berikut adalah jawapan2 mereka.....:

Yati Zamrud : Bagi aku. xkesah la lelaki tu sebaya @ lebih tua, yg penting matang...
cube bayangkan lelaki yg xmtg,...cakap tah pape je sume xphm,nak majuk lg...
cmne r dorg nk jaga kite klu dorg sndiri pun nk bwk diri sndiri xbtl lg..
Terpulang la pd individu 2 sndiri nk pilih cne...TQ..hehehe, Sekian.

Hidayati Ismail : Pilihan saya...lelaki lebih tua..sebab-sebabnye..:::
1. kalau jalan dgn dia,kite nmpk muda...chewahh..
2. Lebih matang n boleh jaga kita...
3. Ape pn terpulang pd jodoh. Tuhan lebih tau ape yg terbaik utk kita...

sepotong hadis utk tatapan anda..
" Hawa dijadikan dr rusuk kiri adam,
bkn dari kaki utk dijdkan alas,
bkn dr kpl utk di junjung,
dkt dgn lengan utk dilindungi,
dkt dgn hati utk disayangi"....,
Mala : Bagi aku, utk situasi aku tgh study skrg, aku prefer tok cri lelaki sebaya...senang nk
cite n share pape...so,lau nk beborak pn, still dlm environment yg sama.....
btol x???
tp lau xdpt yg sebaya, yg tua pn bleh gak... tp xnk r yg terlalu tua sgt....at least
xjauh sgt r perbezaan umur....2@3 taun je la... n laki tu jgk aku xnk yg title
"anak emak"...susah nt nk wt pape...skit2 lebihkan mak...mak,mak juga... tp
berpada-pada la.. yg penting die bleh survive diri sndiri.. nt xde la aku terkontang
kanting... hehehehe

yati oden : pilihan aku lelaki lebih tua...
depa lbh matang, memahami, menghormati...



nantikan lanjutan komen-komen ini.....

peace out...
1st resepi....

Kek Batik...
Mudah dan senang je nk buat nye...
barang-barang yg murah dan senang didapati.

Bahan-bahannya:

2cwn gula (kalau tawar + la lg ea,ikut sedap rasa anda)
175g mentega
350g biskut merrie
½ tin susu pekat
¾ gelas serbuk koko
½ gelas milo
¾ gelas air masak

Cara membuatnya:

1)Biskut merrie dipecah empat.

2)Pukul mentega dgn gula hingga kembang.

3)Masukkan koko dan milo dgn ¾ gelas air sejuk.

4)Masukkan ke dalam adunan tadi.

5)Campurkan susu dan kacau rata.

6)Panaskan campuran ini di atas api dan kacau hingga pekat.

7)Apabila sudah pekat, angkat dan sejukkan hingga ia menjadi suam.

8)Masukkan biskut merrie dan kacau rata.

9)Sediakan loyang dan masukkan adunan tadi dan tekan biar mampat.

10) Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Hidangan untuk 9 orang(anggaran je)

Cara-cara mendapatkan bhn2: Semua bhn2 mudah didapati di kedai2 runcit mahupun supermarket..


>ana dh try dh, bole kata jd la kn...sedap lagi...dpt smbutan ramai..hehehe..
>biasa la adik2 ana sume lelaki..mane xcpt abis....coklat lg..suka la diorang...
>sng je...boleh la kwn2 mencuba nya di rumah yea....

assalamualaikum..
hurm ari ni..pack gile kls...
dr kul 8pg smpai k 8 mlm....
gile kentang....

pastu ari ni ade test la plk...
test pN Diana...
Managing Record Center...
igt kn kuar la soalan esei...skali dye kuar list down r...
hmm..apepun dh study kn,jwb je dgn tenang..
hehehe....tawakal je la pas ni..
yg penting dh usaha kn..
insya'Allah.....

ok la..t smpai cni dulu k.....

peace out....
Marilah sama-sama tingkatkan ibadat...

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra malam ini bermula 8.39 malam hingga 12.38 tengah malam.

Umat Islam digalakkan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan solat gerhana sambil memohon petunjuk ketika melihat kebesaran Allah s.w.t ini.

"Pada zaman Rasullah s.a.w, kebetulan berlaku gerhana ketika kematian anak lelakinya Ibrahim dan umat Islam mendakwa matahari ikut bersedih dengan peristiwa itu. Maka, Rasulullah s.a.w menolak pandangan itu lalu menggantikannya dengan solat gerhana dengan bersabda bahawa hal itu tiada kena-mengena dengan kelahiran dan kematian seseorang.

"Tambah Rasulullah s.a.w lagi, maka apabila kamu melihat gerhana itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang dan hilang gerhana tersebut," kata seorang ahli jawatankuasa masjid yang enggan namanya disiarkan.

Tambahnya, mengikut kepercayaan jahiliah, apabila berlaku gerhana matahari atau bulan, maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

"Jadi, ini tiadalah kaitan dengan kematian tokoh-tokoh politik di Perak atau gerhana politik di negeri itu. Sebaliknya hendaklah kita mencari segala peluang untuk meningkatkan ibadat," kata beliau.

Sementara itu, menurut maklumat daripada Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana penumbra itu merupakan gerhana yang paling mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra bumi semasa fasa maksimum.
"Gerhana ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 8.39 malam manakala gerhana maksimum pula berlaku pada 10.38 malam.

"Bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi (P4) pada pukul 12.38 tengah malam," demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Angkasa akan menganjurkan program Pencerapan Gerhana Bulan Separa sempena gerhana bulan ini bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam di Planetarium Negara. _
Assalamualaikum...
Just coretkan diari peribadi..hehehe...

semalam ana join lawatan akademik g pWTC,KL

Ade gerak usahawan nasional 2009,

byk booth2 yg dibuka utk mempromosikan brgn iks n jualan mereka...

Pd ptg kul 3.00 ktorg attend seminar yg disampaikan oleh Dato Maznah yg lebih dikenali sebagai "iron lady".

Best gile dye bg talk...org yg rasa mengantuk pn bleh jd cerah mata die..

Seronok btl la..

byk point2 pnting tntg cara2 untuk menjadi usahawan berjaya yg diberikan...

Terima Kasih Dato' Maznah....

Ktorg sampai Uitm Segamat dlm kul 11 mlm...

Letih sgt....bygkn lah duk dlm bs 2 brp jam..uish.....

Assalamualaikum pembuka bicara....hehehe..kiasan la plk.
Hmm...cuti midterm baru saja berlalu..

mcm2 xtvt yg berlaku time cuti 2....bole kata xleh rht r..asyik kena bergerak je..

cuti midterm 2 kitorang g wt research kt Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang...

Mcm2 kejadian yg berlaku kt kL 2...

1st day sampai sana(rabu-6.30pm) ktorg duk umah lala kt klang..

then esoknye(khamis-9.00am) grk g tribunal tuntutan pengguna kt putrajaya...


appointment kul 9...tibanya kt sana, kami di entertain oleh en Munir selaku setiausaha TTPM..kami dilayan begitu baik skali tp malangnya ktorg igtkn dye nk cite psl record diorg la kan..

alih-alih dye g cte psl pemfailan kes la plk..dh xde kena mengena dgn subjek ktorg nie...
btw,xksh la..dh terlanjur pergi..so kitorg just amik isi2 pnting n melawat tmpt 2 jew..

esknya(jumaat-8.30a.m) kitorang dh wt appontment kt majlis perbandaran klang (MPK)..
bangunan yg tersergam indah dr luar ternyata tidak membuah kan hasilnya...(maaf kt cni kami tidak mengambil 1 gmbr pn...sb ktorg grm..heheehe
Setibanya ktorg kt sana, kami di entertain oleh sape ek name dye(lupe r)..
tp pegawai lelaki(lelaki k??) 2 agk tegas..tgk muka grg r gak..sindiran yg amat tajam..
apapun..ktorg layannn.....(bak kata fara fauzana)....
actually kt MPK pn usaha kami sia2 saja..n last idea ktorg trus g HTAR klang n wt research kt sana..
mmg idea gila tetibe dtg..on the spot trus g...
nasib kami baik kerana pegawai yg ingin kami temui itu ada...


dan bermula la penyelidikan kami terhadap rekod2 perubatan disana...
tempat yg menarik & memenuhi apa yg kami kehendaki..akhirnyaa...





terima kasih yg xterhingga kepada semua staff2 HTAR yg amat baik n sporting skali...

sanggup menerima kehadiran kami,setinggi penghargaan kepada cik nurgayah dan puan Khayati atas kerjasama yg diberikan...


syukur alhamdullillah..1 tugasan selesai....

Terima Kasih HTAR...semua staff kt sna baik belaka...caya la...






PanTai MoriB..kaMi DatANg.....jeng..jeng..jeng....




pd ptg jmt 2..setelah kami plg dr HTAR..ptg 2 ktorg trus g pntai morib...lala bwk ktorg ke sana..


Almklum r..ana org jb..xprnh sampai morib lg...jakun la katakan..hehe

kt sna agk best la...tp time ktorg smpai 2 airnye surut..so, x syok r..ktorg just jln2 kt tepi pantai je amik angin petang...


ape lg..men la permainan yg ade kt sana.hehe..cm bdk2...















jongkat-jongkit...hah hah..sape ringan sgt nie??/ish2....

pastu lala belanja aiskrim..yummy....

dh lpk n jln2 sekeliling morib 2 ktorg pn berangkat pulang..


abis tunggu air pasang,xpasang2...
ktorg siap nyanyi lagi taw lagu air pasang pagi,surut pukul lima,nyonya bgn pagi,siram pokok bunga..k..teruskan....pitching lari k laut r..huhuhuh
pastu balik 2 ktorg singgah banting jap..cuci2 mata tgk baju n kain2....
tp xde yg berkenan pn..hehehe...
maka...ktorg pn truskan la perjalanan plg ke umah......
Peace Out.....Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...