Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 26, 2013

Perutusan Raja Sehari Elyani & Fahdierul




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Kepada kenalan, sahabat2 blogger dan geng b2b 2013 sekalian...
yani ingin menjemput kalian ke majlis walimatul urus yani...

Merisik Sudah Bertunang Pun Sudah, Nikah Dilafaz Sunnah Diwarisi,
Termeterai Sudah Janji Bermadah, Majlis Persandingan Kini Dirai.

Sekapur Sireh, Seulas Pinang, Semekar Senyuman Seikhlas Hati, Dengan Rasa Penuh Kesyukuran, Kami Mengundang Hadirin Sekalian.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan hormat di hati, kami menjemput saudara-saudari sekeluarga ke Majlis Walimatulurus kami berdua.

Berikut adalah maklumat terperinci:

-----------------------------------------------------------------------------------
NUR ELYANI ROSLI ♥ MUHAMMAD FAHDIERUL ABDUL WAHAB
----------------------------------------------------------------------------------

(Pihak Perempuan)

Tarikh : 13 APRIL 2013 (02 JAMADILAKHIR 1434H)

Hari : SABTU (11.00 AM - 5.00 PM)

Alamat : DEWANRAYA TAMAN UNGKU TUN AMINAH, JALAN PERWIRA 16, 81300, SKUDAI, JOHOR BAHRU (Bersebelahan dengan Kolam Renang)

-----------------------------------------------------------------------------------

Bunga Mawar Kami Taburi, Air Mawar Direnjis Wangi,
Berkembang Kasih Menabur Budi, Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai, Terima Kasih Dari Kami Dan Raja Sehari.

Semoga dengan kehadiran dan doa restu saudara saudari sekalian dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan kami dan di berkati Allah swt hendaknya.

----------------------------------------------------------------------------------
p/s: *kawan-kawan nanti pm alamat yea kalau nak kad.

email: nur.elyani@yahoo.com
-----------------------------------------------------------------------------------
Wassalam..


Moga kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis kami.
Jazakallah Khairan kathira.. =)

-----------------------------------------------------------------------------------
TERIMA KASIH. :,)
-----------------------------------------------------------------------------------







Thursday, March 21, 2013

Jodoh...Renungkanlah Sedalam -dalamnya..

Jodoh...
tiada kaitan dengan keturunan..Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita..Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa-doa lewat sembahyang..Allah sentiasa mendengar..

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, 'aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah'.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa,. dia terpaksa membayar berlipat kali ganda.

Bukan semua yang kita rasa membahagiakan itu benar-benar  membahagiakan,. Bahagianya mungkin ada tapi derita nya juga datang bersama. Semua benda pasti ada baik buruknya. Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataanya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus- putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan- bagi yang mengetahui rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan...tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Kata pepatah ada mengatakan 

Kadangkala Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya..
Kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada."


credit to: http://lelakikuat.azhaan.com/?tag=kata-kata-motivasi-kerja

Wednesday, March 20, 2013

Surah Al Fatihah...Besar Pengertiannya...

Salam semua...hari nie nak share tentang fadhilat dan kelebihan surah Al Fatihah..Surah yang hanya mengandungi 7 ayat sahaja
..

Sangat mudah untuk di hafal dan difahamkan ertinya...
Mari sama-sama kita baca dan fahami maksudnya....

Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”

Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”

Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”

Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”

Ayat 7: “(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

Antara Fadhilat dan kelebihan Surah Al-Fatihah

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

 Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

 Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatainmaka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':

"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradahAllah s.w.t. ia akan sembuh.

  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihahsebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

     "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
  • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

Semoga kita mendapat hidayah dan barakah daripadaNya...Amin...

Alhamdulillah..Hampir Sempurna...



Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah..
ternyata aturan Allah itu sungguh Indah......

sebelum nie yani ada big problem pasal dokumen kebenaran berkhawin...
Now...everything almost done...Syukur sangat...

semalam pergi Pejabat Agama...sampai sana around jam 12 tengahari...dah cuak kan risau diorang dah pergi rehat je...

Tapi Alhamdulillah..syukur lagi sekali.....sampai je kitorang kat pejabat agama tu, tak ade orang langsung...Pelik giler..selalu tu penuh je dengan pasangan-pasangan yang nak submit borang nikah...tapi semalam..takde langsung pasangan...heeheh..clean and clear...

So,kitorang terus proceed pergi kat ustaz yang sedia ada kat kaunter tu..
submit borang...ustaz tu pun lincah je buat kerja..tak ada soalan2 yang ditanya..boral-borak kosong je...
memang sempoi giler la semalam...pastu pergi bayar harga borang nikah RM25 yea kawan-kawan..
lepas tu pergi submit borang kebenaran kahwin tu kat kaunter semula..dan tunggu dalam 2,3 minit gitu..akak tu panggil suruh minta sign kat ustazah dalam opis..pergi masuk opis dan ustazah pun sign macam biasa....
Settle....

Memang sangat mudah laluan nye...Syukur padaMu Ya Allah.....
Kecut juga la Incik Adi kan sebab risau ustaz tu tanya soalan macam-macam...
Biasalah orang johor kan..mesti ade interview...
Tapi semalam..memang rezeki kami..ustaz tu just borak kosong je..
memang sporting abes...
Mungkin salah satu sebab diorang dah nak pergi rehat 12.30 tu kot...tu yang laju je buat kerja..
heheeheh..

Now..tinggal turn saya je nak hantar borang nikah ke TOk Kadi....
Semoga urusan ini juga dipermudahkan hendaknya...

Oh My God....kerisauan tetibe datang melanda..
lebih kurang 3 minggu sahaja lagi kami akan diijabkabulkan..
Moga sentiasa dipermudahkan laluannya Ya Allah..
Amin...

Hampir sempurna.....
Please doakan kami yea...
Moga selamat semuanya..
In Shaa Allah....



* Gembira dan suka bila dengar berita dari kawan2 dan b2B yang dah preggy...Syukur...diberi zuriat dengan  mudah dan cepat...hehehe..Bestnyer..Jaga diri dan baby baik2 yea kawan-kawan...
Semoga turn saya akan tiba xlama lagi...
xsabar menanti lil caliph....

Monday, March 11, 2013

DoorGift Kawen..

teaser bunga telur tisu...

Weekend lepas..
misi mencari doorgift bermula....
Hohohoho..
Walaupun masih di mood kesedihan kerana ade masalah yang belum diselesaikan lagi..
Tapi segala perancangan harus diteruskan..
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..
In Shaa Allah...
Amin...

Akhirnye dapat juga doorgift idaman...
Alhamdulillah...harga pun masih under budget..

So,misi menyiapkan DIY,...
letih juga kan nak buat bunga telur tisu nie..
Main hentam je la labu,,,


Teaser doorgift....hehhe...mesti korang dh dapat agak kan....

Abg nie duk sibuk kira penutup tu...tekun betul....
Kat sini la tempat saya beli doorgift tu..
Nak taw kat mane..
Tunggu  saya review after kawen nanti taw...

ini pula hasil DIY yang dah siap separuh...ade banyak lagi nie...
terima kasih pada kakak and in law dye yang banyak membantu..

haaa...hasil diy bunga telur tisu...tantekkk x??
hehehe..
actually nie sesaje je saya gatal tangan nak buat..kalau sempat siap..boleh la digunakan..kalau x, mak cakap beli je la...

ni pula tuan tanah kedaung...kihkihkih...
nak interframe sekejap..

Sapa nak order VCO bole la laju2 wassap saya yea...
Agen Treenea area Skudai..luar dari skudai pun boleh...
Ade special, special discount for u olls taw...
Cepat-cepat grab sebelum terlambat...
Berminat???!!!!!
Boleh hubungi or SMS/Wassap ke - Yanie (013-7724366)
or boleh email terus ke
nur.elyani@yahoo.com

Sertakan details anda juga:

Nama:
Alamat:
No.H/P:
Kuantiti:

Sapa cepat dia dapatt discount....

Jom..jom..,cepat borong.....

Memang tak kan rugi punya...

Friday, March 8, 2013

In Shaa Allah, Pasti ada HikmahNya,

Suara hati tiada siapa mendengar,
walau merintih, walau sedih,
walau disakiti, walau pedih,
hanya Tuhan sahaja yang Mengetahui..

Mampukah aku bertahan lagi,
Hati sudah tak kuat,
Letih dengan semua ini,
Ke mana hilangnya semangat yang dulunya kental
Hari demi hari ianya semakin luntur dek ditelan zaman,

Ya Allah,
kembalikan lah aku yang dahulu,
yang kuat mengatasi segala dugaan dan ujianMu Ya Allah,
Yang mampu tersenyum di saat ada masalah,
Yang sentiasa percaya dengan janji Mu Ya Allah..

Detik demi detik, saat demi saat,
Masa pantas berlalu,
Tanpa sempat menoleh,
begitu jauh meninggalkan kita...

Aku cuba untuk faham,
Aku cuba untuk belajar bersabar,
Tapi aku takut...
Kesabaran ku sering teruji,
Adakah aku mampu lagi bertahan...

Tidak pernah sesekali aku salahkan kamu,
Mungkin tanpa kita sedar, 
Hari semakin berlalu pergi tinggalkan kita,
kita perlu bertindak pantas,
Tak boleh terlalu bergantung harap,
Kerana tiada siapa yang sudi membantu
setiap masa bila kita memerlukan

Belajar lah berdikari,
Tegas dalam membuat keputusan ,.
Kelak kamu akan tetap sendiri 
Menjalani hidup di alam lain...

Tiada apa yang harus aku katakan lagi
Hanya mampu berpesan pada hati,
Bersabar lah duhai sang hati,
Kelak kamu pasti meraih bahagia,
In Shaa Allah,
Allah telah berjanji...
Percayalah..
Minta padaNya, Mohon padaNya,
Jangan pernah sesekali lupakan DIA...

Rabbi Yassir Wa la Tu'Assir...
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segalanya...
Moga kami sentiasa dibawah lindunganmu...
Mendapat rahmat dan inayah dariMu ...
Ya Allah...
Amin....









Thursday, March 7, 2013

Wedding Geng Ex-Tsb'88

Hahaha..GIle kose...
Sekali update entry 3 kali daa dalam sehari..
Memang betul-betul gile kose nie...

Ok..kali ni nak cerita wedding membe pada 03.03.2013 (Ahad) yang lepas..
Cantik kan date tu..Sweet giler...

Pandai diorang pilih tarikh..Entah berapa lama la nak kena tunggu sebab nak date cantik gini kan...
Huuuhhuh...

Ok..sebanyak 4 biji kereta konvoi ke wedding membe2 ex-tsb nie..
Ex-Tsb ni bekas2 membe zaman sekolah menengah saya...
Mula-mula start g kulai dulu...
Time ni 4 biji kereta join...
Semua pompuan pulak tu..
hehehe....
tapi awal sangat kitorang sampai..dalam kul 11..
tu yang tak amik gambar tu..
pengantin tengah bersiap...

After pergi rumah pertama, terus direct pergi Pontian..Membe Ex-Tsb juga..tapi dia nie satu kelas aku..heheeh.
Tu yang excited terlebih tu..


Hasef + Fareehah

Cantik kan..Comel je...
Kaler pun lawa..
Biru + Pink...

Kat sini makanan pun sedap2..
Ada ayam goreng berempah,
Putu Piring,
Taufu Fa...
Rojak Asma..
Macam-macam jenis makanan ada..
kenyang perut...

After ke Pontian, Kami kembali ke Skudai untuk ke Majlis terakhir...
Ni dekat je dengan area rumah...


Liza + Azrul..
Cantik juga kaler dye,,
Peach Orange kan...

Time ni kitorang sampai pukul 4.30pm..
Majlis pun dah nak habis...
Orang dah tak ramai dah..
tapi makanan banyak lagi..
heheeh....

Ada laksa Johor,
Tulang Gear Box Masak Sambal..
Perghhh...
Terangkat...

Tapi ade kenangan pahit kat Majlis nie..
Handphone saya telah hilang masa kat dewan nie..
Memang sedih giler..
Puas cari...
Saya pun tak perasan kat mana tercicirnya..
Sanggup patah balik ke dewan tu semata-mata nak cari handphone..
Memang sedih sangat..
Banyak giler maklumat dalam Handphone tu..
So, no kawan-kawan semua hilang..
tak dapat di kesan..

Mungkin bukan rezeki saya barangkali...
Redhakan sahaja la.
Dan kepada yang terjumpa atau terambil handphone itu,
Jagalah ia baik2 yea...


So,next entry....tunggu yea...

TEST HIV untuk Bakal Pengantin :--> Settle

Hari Isnin lepas pergi buat Test HIV and cari rantai tangan + cincin..
serta barang-barang hantaran yang tak cukup lagi..

BS balik cuti satu hari je...So..saya ada lebih kurang 12 jam untuk menyelesaikan apa yang perlu diselesaikan...Dasyat kan...

Agak terkejar-kejar juga..tapi Alhamdullillah dapat diselesaikan perkara yang dirancang...
Cuma hanya tinggal satu dokumen sahaja yang diperlukan untuk mencompletekan borang kebenaran berkahwin kami itu..
BS sedang usahakannya..
Harap-harap dapat selesaikan secepat mungkin..

Ok..hari bermula seawal 7.30 pagi..Jom ikuti apa yang terjadi....
TEST HIV

Jam 7.30 pagi saya dah keluar rumah....then gerak terus ke KK Tmn Sri Orkid ..yang paling berdekatan dengan rumah..Ingatkan dah plan nak pergi kk Tmn U..sebab B2B Nana cakap kat TMN U buat Test HIV kejap je..hehehe....tapi tak sure kat mana pula..So..saya main redah je pergi KK Tmn Sri Orkid...15 minit je dari rumah...hehehe..Sebenarnya..dekat belakang borang Test HIV dia dah siap senaraikan mana KK yang ada buat Test HIV..So, before pergi Test HIV tu..saya ada google2 search semua...Kalau untuk hari Isnin, KK yang ada hanyalah Tampoi, dan Majidee kalau tak silap...So, saya call KK Tampoi, nurse tu cakap pukul 2 baru boleh buat Test HIV..mak aii..lame tu nak kena tunggu..dah la banyak urusan Seri Paduka nak kena settlekan...

So, saya terus niat nak pergi try KK berhampiran..dan KK yang paling dekat dengan urmah ialah KK Tmn Sri Orkid...Rupa-rupanya semua KK ade buat TEst HIV...kena berani dengan tak je nak kena tanya KK tu...and lagi satu buat test HIV nie kejap je..sebab dia pakai rapid kit test..so, Result boleh tahu on the spot...Bestkan....

Sampai je kat KK Tmn Sri Orkid tu..Mula-mula tu saya masuk pergi tanya dulu..ada buat tak Test HIV untuk bakal pengantin pagi tu..Alhamdulillah..nurse tu cakap ada...So..dye minta saya submit borang...Saya cakap borang ade kat kereta and BS pun tunggu kat kereta..Sekejap lagi saya ambil..Saya terus la ambil no giliran dulu..takut nanti lama pula kena menunggu...

Jam time tu baru pukul 8...no.giliran saya 95, sekarang baru no 54...so, pergi kereta...cari parking..settlekan isi borang test HIV dalam kereta...nak g breakfast karang takut tak sempat pula..so, terus je ke klinik..no. giliran dah sampai angka 70..heheeh..cepatkan..so tunggu sekejap je dalam setengah jam lagi...

Dalam pukul 8.30 kalau tak silap..tiba no giliran saya..so, terus pergi ambil darah...pung pang..pung pang semua...Settle..Result pun dapat da...Alhamdulllah...


MayBank

Disebabkan HP saya hilang semalam(Ahad) , so saya nak tukar no pin baru..sebab dalam hp tu segala tok nenek password ade...Tu la..cuai sangatkan sampai HP pun boleh tercicir...Yani..yani..please be carefull after this....


Celcom Center

Lepas tu..terus shoot pergi Celcom Center kat Kempas tu..nak block no lama and dapatkan no baru yang sama..Alhamdulillah..sekejap je buat...Free pula tu..dapat rebat RM10 lagi..best..best...rezeki nak kahwin tu..Motip..**tetibe kan..
Cari Rantai Tangan + Cincin

Alhamdulillah..ini pun berjaya settlekan hari tu juga...Walaupun jauh nak pergi tempat ni..tapi berbaloi-baloi..hehehe...


Cari Barang-Barang Hantaran

Ni pun selamat dah...Alhamdulillah..almost complete..Tinggal lagi buah, kek, sirih junjung, itu tyme dekat-dekat nak majlis nanti baru cari....

Ya Allah..Engkau Permudahan lah jangan engkau Susahkan...
Rabbi Yassir Wa La Tu' Assir...

Amin...

Dugaan Besar

ihsan: Mr.Google.


Lame tak up entry baru kan...
Bz sikit dengan preparation kawen nie..
Aiseyhh...
Lagi 3 minggu nak kawen tapi kitorang ade masalah besar pulak...
Ade satu part dalam borang nikah masih belum selesai..
Risau giler...
Kenapa lah susah sangat nak dapat kelulusan dari pihak atasan....
Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusan perkahwinan kami Ya Allah,
Semoga kami dapat melengkapkan borang kebenaran berkahwin itu dengan segera..AMIN...

Juga perkara yang merisaukan ialah Tarikh PRU..
Bile agaknya kan PM nak umumkan pembubaran parlimen..
Macam menunggu buah tak gugur je.....

Risau sangat-sangat..

Aku bermohon kepadamu Ya Allah,
Moga tarikh persandinganku tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan PRU..
Amin....

Pasal borang-borang nie semua membuatkan tidur tak lena..
Asyik termimpi-mimpi je kan Incik BS...
hehee...

Semoga Allah membantu hamba-hambanya yang lemah lagi memerlukan pertolongan..
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani..

Amin...

Doakan kami yea....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...