Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 16, 2013

Rahsia Fadhilat Surah Al-Fatihah dan Cara Mengamalkannya..


Asyik cerita pasal makan je kan..mari kita cerita pasal agama pula..Sharing is Caring rite....

Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.

Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah.

Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.

Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
  • Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.


2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.


3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.


4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.


5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.


6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.


Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

  1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)

  1. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”

  1. Tawakal sepenuhnya pada Allah

  1. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran )

Credit to: Wan Tarmizi Rahim (beliau rajin memberikan saya maklumat-maklumat dan info terkini serta bermanfaat..Maka, saya kongsikan juga bersama pembaca-pembaca blog ini. Semoga segala ilmu yang kita perolehi dapat diamalkan bersama-sama...In Shaa Allah....

28 comments:

  1. assalamualaikum,nak tanya, klau kita baca al fatihah tujuan untuk orang yang kita sayang(kekasih/tunang)supaya sntiasa igt kpd kita boleh ke?

    ReplyDelete
  2. In shaa allah..selagi niat xterpesong..Al Fatihah bole aje kita hadiahkan kepada kedua ibubapa dan sesiapa sahaja dengan niat untuk kesejahteraan mereka....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...