Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

Our Little Caliph

Lilypie Third Birthday tickers


Hye semua....!!!! dah jarang kan update entry-entry mengenai ilmu nie..
asyik taip entry2 syok sendiri je...

Ok la...tgk tajuk je mesti ramai tertanya2 kan...
Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung???



Mesti lepas ni ade la yg terfikir boleh la freehair...nak try wat design2 yg in trend kn...
Ok..kalau korang fikir mcm tu..ni ha makan dye..Dush..dush...dush...hambek sebijik..
hehehe...

Maksud "Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung" di sini ialah:

Mari kita baca tafsir Al-Quran dr Surah An-Nur ayat ke-31 nie..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Kesimpulannya di sini,

memang betul perempuan tak wajib pakai tudung..memang..dan memang betul...
tapi yang wajib nya bagi perempuan ialah menutup seluruh aurat..




Aurat tu ape???

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang..yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Boleh juga didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.


Aurat bagi perempuan macam mana???

Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada naggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.

Aurat dengan lelaki dan wanita bukan muslim...???

Aurat wanita Islam yang wajib di tutup supaya tidak di lihat lelaki bukan mahram dan juga wanita yang bukan muslim ialah seluruh badnanya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki.


Aurat bersama pondan???

Mengenai aurat wanita bersama pondan, sekiranya fitrah kejadian pondan terbabit adalah semulajadi maka hukumnya adalah sama seperti auratnya ketika bersama muhrimnya yang lelaki iaitu sebagaimana pondan tersebut masih kekal begitu dan tidak berubah nalurinya menjadi bernafsu.


Betul perempuan tak wajib pakai tudung..yang WAJIB BAGI PEREMPUAN IALAH MENUTUP SELURUH AURAT... kalau pakai tudung tapi nampak juga rambut kat dalam (tudung nipis bayang) haram jugak.. kalau pakai tudung tapi rambut terkeluar (jambul) haram jugak hukumnya... Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek pun haram jugak... Pakai tudung singkat, haram Jugak...Jadi tutuplaj aurat.. WAJIB tau....
mudah kan pemahaman nya...ada yang xberapa jelas ke???

Saya pun bukan lah sempurna sangat...
Sama juga macam kalian semua wahai wanita...
Insyallah..dalam usaha memperbaiki diri ke arah yang lebih diredhai oleh Maha Pencipta...
sama-sama lah kita yea saling mengingati dan membantu...
Insyallah..AMIN....





Renung-renungkan & Selamat Beramal...
Moh kita...!!!!!



Kabare semua...hehehe..
Ok lah..baru lepas balik dr ikut rombongan meminang member 1 sekola nie...
Wah...dye yg lelaki pun dah bertunang...aku yg perempuan nie..adoyyaaiii malunyer...umur da 24 taun meyh...

Jodoh..ku seru nama mu..dtg la pada ku..
hehehe..bole gitu???

Apapun..congratez yea pada Khairullah dan pasanganya Azie..Moga tabah melalui hari2 sepanjang tempoh pertunangan nie...Banyak dugaan dan rintangan nya..Al-maklum la..kata org tua2 sedang berdarah manis kan...


otw g uma bakal tunang Khairullah..heheh..Wif my BFF...Wawa..

Bila usia dah menjangkau ke angka 24 tahun nie..terasa sangat tua kan bagi seorang wanita...
walau sering dikecewakan dalam cinta, dan kadang2 impian yg dibina bersama pasangan dahulu tidak kesampaian..

Pernah sampai satu ketika aku rasa sangat serik sekali...rasa macam dah tertutup je pintu hati ini...dengan buah mulut orang sekeliling yg berkata2...KAdang2 sakit sangat hati ini..

"sudah ade kekasih ke belum?"

"kenapa masih takde pakwe/makwe?"

"Masih takde yang berkenan ke?"

"Memang jenis suka bersendirian ea?"

"Ke terlalu memilih atau jual mahal?"

Itulah antara kata-kata yg keluar dari mulut orang2 sekeliling...
Sejujurnya mereka xsalah, aku pun xsalah....mungkin ini jalan yang diaturkan ALLah buatku....
menanti dan terus menanti,.
Aku redha...

Aku diserang bertubi-tubi dengan pelbagai aneka soalan yang mencengkam jiwa..Tidak boleh berhelah, tidak boleh mencari alasan. Pandang kiri, pandang kanan, semuanya sama sahaja..

Banyak sudah teman2 bergandingan, berjalan seiringan, makan sekali, study bersama2, keluar bersama, dan berbual mesra..


Luluh juga pertahanan hati, suasana di sekeliling aku memaksa aku untuk hidup seperti mereka..


"Apakah bila cinta tidak menghampiri, ia tidak akan datang selamanya??

"Apakah kalau kita tidak merasakan sekarang, kita akan menjadi makhluk paling aneh didunia???

SAMA SEKALI TIDAK.

aku akan berusaha sedaya upaya ku untuk meraih cinta ALlah yang dijanjikan untuk ku..Aku ingin sekali mengikuti Sunnah Rasulullah iaitu mendirikan masjid...

Insyallah...kalau ada rezeki dan jodoh untuk ku..

"Saya ingin merasakan indahnya menemui cinta kerana Allah. Saya dapat rasakan hebatnya ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Saya ingin terus memburu cintaNya. Hanya apabila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Sesungguhnya, cinta Allah itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa. "

Yea..betul..aku suka sangat ayat-ayat di atas..seakan benar2 kena dengan diri ku..dan article ini benar2 hampir sama dengan jalan hidupku sekarang.....
bila baca,rasa nak mengalir air mata...seakan diri penulis ini hidup di dalam diri ku di alam nyata.....

Article yang ditulis oleh Sis Munirah ( http://munirahmustaffa.blogspot.com/).
yang bertajuk

"Cinta yang TIdak Mengecewakan.."

JOM KITA BACA SAMA2...

Saya yakin bahawa tarbiah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya padaNya. Siang malam saya berdoa agar Allah menganugerahkan rasa cinta dan rindu kepadaNya dalam jiwa saya yang kosong ini. Saya ingin jatuh cinta pada Allah.

dan untuk kesekian kalinya...Inilah PENANGAN mengikuti rombongan meminang...Akibatnye aku yg jealous sendiri..walau di mulut mengucapkan tahniah pada mereka.berbahagia dan tersenyum melihat mereka..tapi dihati...terasa sangat luluh....

bila pula tibanya masaku untuk dinikahi/.....

Hanya Allah yang ada jawapanya...Aku hanya mampu berusaha ke arah itu...






Hai everybody...hehehe
siyes lame xupdate blog...
kenapa entah tahap kemalasan melampaui batas nya..

hahaha..ayat skema abess...

Ok la..cuti CNY akan bermula 2hari sahaja lagi..
Sabtu dah start cuti..
pastu bos bagi cuti 1minggu pulak...
Confirm bosan giler...
mana may pegi nie..adakah aku akan duduk di rumah sahaja..????

Plan xade lagi..
Perancangan pun xade lagi
Macam malas je nak buat plan...

Cuma isnin nie dah ade orang booking untuk teman dye and family dye pegi meminang..
hamboii...g jadi penyebok je kat majlis orang kan...
Sorang lagi kawan aku akan melangkah ke alam berumah tangga..
aku ni biler lagi la gamaknya???

Wahai tulang rusuk kiri ku..muncul la kamu....bole gitu..
heheehhe

Sekarangkan..aku dah suka pakai tudung syria...
main sarung je..
nak solat pun senang..
xpayah susah2 nak berpin2 bagai..
pergi keje pun pakai syria..
giler malas kan aku nie...
hehehe..
bukan apa..Mudah, Ringkas, dan Senang..
betul x???

Now,aq sedang mengumpulkan koleksi syria..
ade sapa2 nak derma kat aku x??
heheh...
setakat nie baru ade 6-8 helai je..
rasa macam nak completekan sume kaler..
tamak kan..
ish2x...amalan syaitan tu...xbaikkk...

Shawl gypsy aku dah banyak terbang ke mana ntah...
duk terperuk je dalam laci..kalau aku rasa nak pakai shawl ari tu..aku pakai je..
malas nak pikir panjang2...
shawl pun senang and mudah..
xpayah gosok pun..
heheheh

Ok la..sampai sini dulu entry ringkas untuk malam nie...
Nasib baik aku tulis tajuk entry ringkas..
so..memang tersangat ringkas la aku tulis..
hehehe

mungkin masa cuti ini akan ku habiskan masa dengan mencuba resepi2 baru..
I like....





01 – Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan

02 – Bersaksi palsu

03 – Berjudi

04 – Bersumpah palsu dan bohong

05 – Berbohong

06 – Bergambar di baju (bila sembahyang)

07 – Perempuan pelacur

08 – Berbuat buruk terhadap yang lemah

09 – Berdebat dan memusuhi

10 – Bersifat dayus

11 – Bercakap kasar dengan orang tua

12 – Dusta atas nama Allah dan rasul-Nya

13 – Derhaka pada suami

14 – Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya

15 – Hakim derhaka

16 – Homosek (hubungan sejenis)

17 – Mengurangi timbangan

18 – Lari seorang hamba dari tuannya

19 – Lelaki menyerupai wanita

20 – Lari dari medan perang di jalan Allah

21 – Membunuh manusia

22 – Membunuh diri sendiri

23 – Mengamalkan sihir

24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu

25 – Meninggalkan sembahyang jumaat

26 – Menderhaka kepada kedua ibu bapa

27 – Memutuskan hubungan silaturrahim

28 – Melakukan zina

29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul

30 – Makan dari kekayaan haram

31 – Memberi dan menerima rasuah

32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong

33 – Makan riba

34 – Minum arak

35 – Mencuri

36 – Merompak

37 – Melalukan kezaliman

38 – Melakukan pengkhianatan

39 – Menyebut-nyebut pemberian

40 – Mengingkari janji

41 – Memfitnah

42 – Mengutuk orang Islam

43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah

44 – Menipu harta rampasan

45 – Melampaui batas

46 – Menuduh zina terhadap orang baik

47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)

48 – Mempercayai nujum dan sihir

49 – Menjadi bapa sanggup

50 – Mencari kesalahan orang lain

51 – Menganggu orang lain

52 – Menganggu tetangga

53 – Menyakiti dan memaki orang islam

54 – Mengintip dan membuka rahsia orang

55 – Mencaci sahabat Nabi

56 – Mengurangi wasiat

57 – Mengingkari takdir

58 – Putus asa dari rahmat Allah

59 – Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat

60 – Riak dan mempamerkan diri

61 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain

62 – Sombong serta angkuh

63 – Sembelih untuk selain Allah

64 – Tidak mengeluarkan zakat

65 – Tidak berpuasa di bulan Ramadhan

66 – Tidak mengerjakan haji jikalau mampu

67 – Tidak istinjak selepas kencing

68 – Tidak mendengar cakap ibu bapa

69 – Tipu daya

70 – Wanita menyerupai lelaki


Mari kita renung-renungkan dan selamat beramal....





wah.....setelah berbulan2 masterchef ni berlangsung..
akhirnya sebentar tadi Ezani telah pun dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama.

Ezani, 26 tahun merupakan seorang doktor gigi telah mendapat 7% lebih banyak markah daripada Wahidan, 42 tahun yang berasal dari Sabah.

Wah..da la ayu,cantik pulak tu..Pandai masak lagi...
bestnye..
beruntung la sapa yg dapat tu yea...

Dengan kemenangan nie, beliau membawa pulang RM100,000 dan berpeluang untuk menerbitkan sebuah buku resipi miliknya di masa hadapan.

Bestnyer.....bole bukak restoran la lepas ni kak Ezani yea....atas restoran bole wt service klinik gigi...Confirm Meletopp la....

Tahniah Kak Ezani...






Mahu join contest by DAS a.k.a Dewi's Artwork Station..Jom click laju-laju di

SINI!!!!

Syarat-syarat untuk menyertai nye juga begitu mudah..::
jom Check it oUt:

1. Buat satu entry, masukkan banner di atas dalam entry anda dan link-kan ke Dewi's Artwork Station

2. Pastekan link entry anda dan juga email ke ENTRY MISS DEWI 2ND ANNIVERSARY GIVEAWAY...

DUE DATE: 5HB - 31HB JANUARY 2012

****5 pemenang akan dipilih secara rawak

Saya bagi cake ini untuk Miss Dewi for ur 2nd Anniversary yea,,,..
Wish ur dream come true...






Hye semua..lama juga yani xmenaip kat blog nie kan...
Just nak bagitahu yani akan mula menulis untuk kisah2 bidadari syurga...

Yani suka sangat baca kisah2 para Isteri dan Anak2 Nabi Muhammad S.A.W...
yani akan kongsikan kepada anda kisah2 menarik itu yea...

Nantikan kemunculan Riwayat Bidadari Syurga khas untuk anda semua!!!!!!

gudnite semua...





Saya joined GA Miss Bunny...

Syarat untuk Join:

1. Mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat 1 entri bertajuk "Mega Giveaway By Cik Bunny",

3. Copy banner giveaway

4. Letak link sponsor dalam entri:5. sila like dan follow sponsor.

6. Tag kalo nak tag *tak wajib tapi ada hadiah untuk top referral

7. Dah siap? Tinggalkan link entri anda di bahagian komen entri ini. Kat tempat lain tidak diterima.

Tarikh Tutup: 31 Januari 2012

Juri Giveaway: Encik Random.org & Cik Bunny (top referral dan top commentor)

ok..sume syarat2 DONE...
hehehe....




Wah..Hari nie mood nk join contest dtg kembali..
selepas keciwa sebab blog wt hal kena virus plk hari tu after da join mcm2 giveaway before nie..
so akibatnye semua juri xdpt nk tgk entry yg disediakan oleh saya./..

Sedih gilerrr....sob..sobss..sobb...

Ok la..untuk kali nie saya tertarik nk join 1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara.
nak join..
KLIK SINI

Sebab apa aku tertarik nak join giveaway nie/..hehe...
1st ialah sebab haduah dye...superb tu...perfume...
aku dah la addicted dgn perfume...hehehe...haa..nie la 1st prize dye..mesti mata korang semua da juling kan..
ada banyak lagi hadiah2 lain...

cara menyertai:

1. Buat entri bertajuk 1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara.

2. Masukkan Banner diatas dalam entri anda.

3. Follow Blog Sis lily atau masuk blog Sis lily dalam bloglist anda untuk update terkini.

4. Like PAGE Sis lily untuk update terkini.

5. Tagkan pada 3 orang rakan blog anda dan beritahu mereka tentang giveaway ini.Link

6. Pemilihan akan diundi oleh Random org.

Mudah bukan..hanya dengan mengikuti 6 syarat sahaja dan anda layak untuk menangi pelbagai hadiah yang disediakan..

APa tunggu lagi..jom Join ramai2..

Due Date: GIVEAWAY AKAN BERLANGSUNG DARI 8 DISEMBER 2011 HINGGA 8 JANUARY 2012

Aku tag kamu:

1. Sis AinSasuke
2. Dilla
3. Miss mIeza


Kalau korang nak tengok hadiah2 yang disediakan..Meyh klik SINI


Hye semua....
hari nie Ahad, 01/01/2012

apa yang aku buat kt rumah yea??
girl's day out hari nie..
kua dengan kakak2 ku...
actually kakak ku sorang je....lagi sorg her best friends..selalu lepak uma nie..
heheh..dua2 tunangan orang kowt..
segan jew diri nie...

Pergi mana je yea hari nie..
Pergi Tesco...Carrefour...itu je pun...
dapat la cuci2 mata..sebab semalam duk uma je kn..
Sangat bosan...

Hari nie..aku belajar wt wish list..
td stalker2 blog..ade 1 blogger tu ajar cara wt wish list...
tak ingat namenya...Tapi Thanx a Lot taw blogger...
Nasib bek mudah je...

So..
Inilah rupanye...dalam bulatan merah tu...

Besar harapan agar dapat capai impian dalam wish list nie satu persatu...
Hope sangat2...Doakan yea agar dipermudahkan segalanya..

Baru je lepas tengok video proposal..
tak sangka ramai juga jejaka2 romantik kt dunia nie kan...

paling suka tengok video Cik Dena Bahrin..sangat sweet....

and latest 1, VIDEO TIMOTHY TIAH MELAMAR TEMAN WANITANYA...

So romantic....

Agak-agak la kan,satu hari nanti dapat x aku rasa macam nie..
huhuh..
dalam mimpi je la jawabnya...

Sekian.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...