Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

Our Little Caliph

Lilypie Fourth Birthday tickers


Hye semua....!!!! dah jarang kan update entry-entry mengenai ilmu nie..
asyik taip entry2 syok sendiri je...

Ok la...tgk tajuk je mesti ramai tertanya2 kan...
Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung???



Mesti lepas ni ade la yg terfikir boleh la freehair...nak try wat design2 yg in trend kn...
Ok..kalau korang fikir mcm tu..ni ha makan dye..Dush..dush...dush...hambek sebijik..
hehehe...

Maksud "Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung" di sini ialah:

Mari kita baca tafsir Al-Quran dr Surah An-Nur ayat ke-31 nie..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Kesimpulannya di sini,

memang betul perempuan tak wajib pakai tudung..memang..dan memang betul...
tapi yang wajib nya bagi perempuan ialah menutup seluruh aurat..




Aurat tu ape???

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang..yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Boleh juga didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.


Aurat bagi perempuan macam mana???

Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada naggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.

Aurat dengan lelaki dan wanita bukan muslim...???

Aurat wanita Islam yang wajib di tutup supaya tidak di lihat lelaki bukan mahram dan juga wanita yang bukan muslim ialah seluruh badnanya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki.


Aurat bersama pondan???

Mengenai aurat wanita bersama pondan, sekiranya fitrah kejadian pondan terbabit adalah semulajadi maka hukumnya adalah sama seperti auratnya ketika bersama muhrimnya yang lelaki iaitu sebagaimana pondan tersebut masih kekal begitu dan tidak berubah nalurinya menjadi bernafsu.


Betul perempuan tak wajib pakai tudung..yang WAJIB BAGI PEREMPUAN IALAH MENUTUP SELURUH AURAT... kalau pakai tudung tapi nampak juga rambut kat dalam (tudung nipis bayang) haram jugak.. kalau pakai tudung tapi rambut terkeluar (jambul) haram jugak hukumnya... Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek pun haram jugak... Pakai tudung singkat, haram Jugak...Jadi tutuplaj aurat.. WAJIB tau....
mudah kan pemahaman nya...ada yang xberapa jelas ke???

Saya pun bukan lah sempurna sangat...
Sama juga macam kalian semua wahai wanita...
Insyallah..dalam usaha memperbaiki diri ke arah yang lebih diredhai oleh Maha Pencipta...
sama-sama lah kita yea saling mengingati dan membantu...
Insyallah..AMIN....





Renung-renungkan & Selamat Beramal...
Moh kita...!!!!!

3 loVe this entRy:

Stokis Raja Bio said...

Tajuk yang 'catchy', entri yang mencerahkan. :-)

rAyHan_eLLyaNi said...

terima kasih Stokis Raja Bio kerana sudi singgah membaca....

Anonymous said...

Hiahaha serious ni lawak la klu ade yg nak pi free hair lps ni hahaha...tgk pun sy dh terfikir 😬 saje je ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...