Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

Our Little Caliph

Lilypie Third Birthday tickers

heheeh...itu lah, kalau dah namanya perempuan, memang suka melaram kan..
Alhamdulillah, dapat pakai baju pengantin free dari Butik Bridal Kayangan...
terima kasih BK....

make up: Fina Touch...
thank fina make up kan i...really like ur make up..

Ape lagi jom layan gambar...
Melting giler dengan songket ijau nie...nasib baik berkesempatan nak pakai walaupun dah beranak 2...









dapat lah hakak naik pelamin lagi sekali..heheeh...







Hari ini hakak nak bercerita tentang vitamin B complex. Seperti kita sedia maklum, kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B complex.  Bukan orang mengandung je yang perlukan B complex ye...



Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:



1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Tanda - tanda Kekurangan B Complex


  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi


KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
  

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?


Berminat,
meyh wassap hakak lelaju yea


Elyani - 0137724366



lama tak bersiaran,...
hehehe,...lama tak pergi bercuti sejak anak-anak sekali dgn ummi dye demam on off...
maybe sebab cuaca kot..harap2 tak de pape la..sekarang alhamdulillah semua sihat walafiat. dah g amek darah pun, alhamdulillah tak de denggi...

risau lah kan sekarang ni macam-macam jenis penyakit pelik2...

So, bila anak-anak dah sihat, ummi belanja short vacation la..kite naik cameron...hehehe...ni ummi yang nak bercuti..bukan anak2 pun..wkaakkaa....

g balik hari je..sehari je pun...
gerak pagi ahad 7/8 tu...jem sikit je....sempat la lenguh2 kaki driver i tu...

tak beli apa pun kat atas tu..beli kan baju strawberry sorang sepasang, ummi beli flower, baba bagi rose merah...hehehe....pastu beli kaktus and tempat letak kaktus comel tu....
cantik...

lagi beli apa ea..strawberry mesti la kena beli...rugi naik atas xbeli strawberry...Murah2 taw...3 peket rm10, 3 peket 30, macam2 harga,..
kena pandai survey je..

pastu last sekali beli teh strawberry...tengah offer 3peket 













cerita raya kami..
tahun nie turn bini balik beraya pula..
Yok ke Johor la kita..
Family dah pindah uma baru taun nie..
So beraya kat Ulu Tiram la kita yer...

Alhamdulillah tahun ni complete (except arwah abang)..semua dapat berkumpul di pagi raya bersama-sama....

my kakak dalam pantang pun sibuk nak pakai baju raya jugak.....baru b

family kecil saya...taun ni bereempat,,.

anak baba....buah hati intan payung pengarang jantung baba,

lepas solat hari raya,....Mari makan -makan,...ketupat rendang kuah kacang ayam masak merah....yummmyehhh....lapo plk..


kakak yang suka selfie...tengok la tu..dia sibuk nak pegang monopod...


OOTD KAKAK ALISYA RAYA KEDUA

beraya ke kotatinggi raya kedua,,

wif ibu tersayang.....


kasut kakak blink blink...


Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya....
harini dah ramadhan ke 29 da..esok last pose..malam ni last terawikh....
Cepatnye masa berlalu....

tapi saya still keroje lagi...eheheh...
sok baru start cuti,,yippieee.....
tapi sedih incik asben tak dapat cuti raya...
berkorban untuk negara katanya, 
takpe la bagi peluang kat orang lain bercuti..
tapi geram jgk la, tetiap taun orang lain ajer muka yang sama dapat cuti raya..apa kes...
hakak bukan aper....boleh je beraya dengan anak-anak, 
tapi kesian la kat hakak dengan anak-anak kan..nak juga rasa beraya dengan suami...
takpe la..diorang takde perasaan nak pikirkan orang lain...asyik pikir diri sendiri ajer...

papepun, rasanya setiap taun dapat beraya kat kampung even 1 hari je pun...kita buat dia, pagi raya dapat salam cium tangan mak ayah pun dah cukup..malam tu gerak balik sbb esknye asben keje....
dan setiap taun macam tu jugak la..  
rugi rasanya raya bila tak dapat balik kampung....
selagi masih ada mak ayah nie la, kena jenguk selalu...
sebulan mesti balik sekali...walaupun kewangan dah hap..hap...parat idung...heheheh...
takpe, ade rezekinye inshaallah sebab dapat pahala jenguk makayah nie..

taun nie akak cuti lama skit sebabnya raya jatuh pada hari rabu kan...
nasib baik la taun ni asben dapat pelepasan sehari raya pertama..
dapat la anak-anak beraya sama-sama dengan bapak diorang...

PERSIAPAN RAYA

persiapan raya ala kadar je...
untuk budak-budak je belanja nye pun..
untuk abah nye pakai baju masa along tunang...
untuk mami, pakai je la baju apa yang ada...huhuhu.....
tak da nak bersedondon raya nie....

papepun di kesempatan ini hakak nak menyusun sepuluh jari mohon keampunan pada sesiapa yang mengenali hakak...
sekiranya ada terngumpat, terkasar bahasa, termengata, atau pu ter' yang tak sengaja....
ampun maaf di pinta...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...