Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

Our Little Caliph

Lilypie Fourth Birthday tickers

hello readers....heheeh...ade ke readers nye kan...

sementara menanti hari kelahiran little baby nie kan, meyh kita story-story...
ramai rasanya xperasan pasal mandi wiladah and nifas nie, sebab kadang-kadang excited menyiapkan persiapan bayi yang bakal lahir.....so, saya ambil kesempatan kat sini nak share sikit pasal nie....

Moh kita baca.....

Hari nie nak share sikit pasal Mandi Wiladah....

Apa itu mandi wiladah? 

sebenarnya kita selepas bersalin perlu mandi wiladah....

Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak...

manakala ......

mandi nifas ialah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis)tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.


Niat mandi wiladah : Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala

saya petik dari sumber Halakah.net mengenai perihal mandi nifas dan wiladah....ada perbezaan antara kedua-dua mandi ini....



Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.


Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing


Terdapat dua mandi wajib selepas bersalin iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib selepas darah nifas kering. Ramai keliru tentang mandi wajib ini.
Mandi wajib Wiladah
Selepas bersalin, perlu mandi wajib Wiladah. Mandi wajib ini adalah mandi kerana melahirkan anak.
Mandi wajib ketika kering dari darah nifas.
Darah kotor yang keluar selepas bersalin. Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil darah nifas. Tempoh sekurang-kurangnya sekejab dan paling lama 60 hari.
Perkara yang haram dilakukan ketika nifas
- Solat
- Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran
- Bersetubuh
- Puasa
- Iktikaf iaitu berhenti dalam masjid
- Tawaf
Rukun mandi wajib
- Niat
- Membasuh serta meratakan air ke seluruh anggota badan
harap lepas nie bakal-bakal ibu semua dapat lah serba sedikit ilmu mengenai Mandi Wiladah ini yea...
Sharing is Caring.. :-) 

2 loVe this entRy:

Tihara said...

Alhamdulillah bagus info ni
thanks sharing :)

~Kmar~ said...

ada 2 pendapat pasal ni, samada mandi wiladah wajib atau tidak. saya pun keliru pasal ni. ada ustaz cakap mandi wiladah ni wajib hanya jika tiada darah nifas selepas bersalin, jika wiladah diikuti darah nifas tidak perlu mandi wiladah tetapi kena sekalikan mandi wiladah dan nifas setelah nifas betul2 kering.. ada ustazah pula cakap kena buat dua2 berasingan.. apapun moga ada pihak dapat bagi keterangan lebih lanjut pasal ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...