Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 16, 2013

Durian..Durian Crepe..Ohh..Meyh baca petua..






Nampak x isinya yang gebu...wah!!!! Menyelerakan sungguh....
Durian memang beshhh!!!!

Meyh sini nak stroy morry sikit...Ramai orang suka makan durian kan..nak-nak sekarang ni tengah musim durian...pastu ramai la yang duk sibuk buat durian crepe kan..
Haaaa...!!! baik ngaku..heheeh


Durian dengan bau memang tidak boleh dipisahkan lagi...Meyh kita baca petua-petua ajaib macam mana cara nak hilangkan bau durian seandainya korang angkut durian dalam kereta...confirm berbau giler la bonet kereta korang..mau kena tunggu sebulan baru baunya hilang..itu pun nasib la kalau hilang..ade tu sampai dua tiga bulan baru boleh hilang sepenuhnya...

Bau rokok dan durian memang sukar untuk dihilangkan, khususnya di kawasan yang bertutup seperti dalam bilik dan but kereta. Ada kalanya, bau durian di dalam but kereta boleh tertinggal sehingga berminggu-minggu walaupun duriannya sudah tiada. Ada beberapa kaedah untuk membuang bau-bauan ini.

  • Kaedah Pertama
Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Cuka akan bertindak untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.

  • Kaedah Kedua
Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Serbuk penaik akan menyerap bauan yang kurang enak tersebut.
Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet, anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda. Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian, anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bauan yang kurang enak dari kerusi kereta, sofa, tilam dan lain-lain.

  • Kaedah Ketiga
Letakkan beberapa keping roti putih (roti sandwich) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Biarkan roti itu disitu untuk 1 atau 2 hari. Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.
*Kaedah ini terbukti berkesan apabila saya mencubanya dengan meletakkan roti di dalam kereta saya yang baru di “spray” / cat semula. Saya menutup semua tingkap dan biarkan roti itu di dalam kereta selama 2 hari. Hasilnya, bau cat yang tidak sedap tersebut telah hilang sepenuhnya dari dalam kereta.

  • Kaedah Keempat
Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.

  • Kaedah Kelima
Jika bauan tidak enak melekat ditangan anda, dan ianya tidak hilang apabila di basuh, anda boleh membasuh tangan anda menggunakan jus limau / oren. Gosokkan tangan anda kedalam jus tersebut. Kemudian, basuh tangan anda menggunakan air dan sabun. Akhir sekali, lapkan tangan anda menggunakan kain pengelap yang telah di letakkan cuka….

  • Kaedah Kelima
Beli Febreze dan sembur jer la.  Ini pun memang berkesan juga.


Sekian, semoga ada manfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...