Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 23, 2013

Berubahlah kerana Allah



Untuk berubah menjadi baik memang susah..
Banyak halangan, ujian, dan dugaan yang datang bertalu-talu sehinggakan kadang-kadang diri sendiri rasa putus asa..
Susahnya nak jadi baik...
susahnya nak istiqamah, 
susahnya nak tetapkan iman
susahnya..susahnya..susahnya...
tapi aku percaya..
dalam diri setiap insan di dunia ini inginkan sesuatu yang baik.
Mahukan perubahan ke arah yang baik.
Berusaha la dari sekarang,..
tetapkan iman,..kekalkan istiqamah...
dan aku juga masih berusaha..
In Shaa Allah..

Berubah itu payah,
Bila niat bukan kerana Allah,
Bila hati masih gundah,
Bila syaitan membisik mudah.

Berubah itu payah,
Bila diri masih tak tabah,
Bila hati mudah berubah,
Bila manusia memandang rendah,

Berubah itu payah,
Bukan semudah berkata madah,
Tapi sejauhmana kaki melangkah,
Sekuat mana mengekalkan istiqamah.

Berubah itu payah,
Bila diri dikawal amarah,
Nafsu membara dengan mudah,
Kelak diri makin parah.

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah,
Bila teman sudah tak kisah,
Bila teman disisi tiada sudah.

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah,
Mudah bila kena pada kaedah.

Berubahlah walaupun payah,
Walau manusia sudah tak endah,
Walau masa silam selalu menerjah,
Kerana ajal dijangka susah,
Takut bila tak sempat berubah,
Kelak akhirat merana tak sudah.

Berubahlah,
segalanya pasti indah,
Jika ikhlas kerana Allah,
Segalanya punya hikmah.

Berubahlah,
Jika tidak dirimu parah,
Kelak menyesal tak sudah,
Jangan menyerah bila susah berubah,
Kepada-Nya kita berserah,
Di akhirat moga dikurniakan Jannah,
In Shaa Allah.

Kesayangan-kesayangan ku serta saudara seIslam ku sekalian,
jangan bertangguh untuk berubah,
Mula kan tekad dengan segera,
Jangan takut untuk berubah,
Menjadi baik memang susah,
Jangan endah kata-kata orang luar,
Tekadkan nia di hati,
Berubah hanya kerana Allah,
Carilah rakan yang kamu percaya,
Mohon bantuan dengan ahli bijaksana,
Ustaz, ustazah ramai diluar sana,
tapi berhati-hati, jangan silap menilai mereka,
carilah yang benar-benar percaya.
Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.
In Shaa Allah,
hidup mu pasti akan lebih sempurna...

Barakallahufikum.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...