Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, August 14, 2012

"International Lefhanders Day"








Wah...teruja gitu....TERASA DIRIKU BEGITU BERHARGA


tak kusangka tak kuduga...
rupa-rupanya ada juga hari yang menghargai golongan kidal nie..

Tahukah maksud kidal itu??

Golongan yang menulis dan berkebolehan melakukan aktiviti menulis,melukis dan seumpamanya dengan tangan kiri...

13 Ogos merupakan tarikh yang telah ditetapkan untuk menyambut Internationl Lefthanders Day pada setiap tahun..
International Lefthanders Day nie kali pertama diadakan pada 13 Ogos 1976.

Menurut blog yang aku baca nie, Hari Tangan Kidal Antarabangsa ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kesedaran mengenai ketidakselesaan dan kesukaran pengguna tangan kidal untuk berhadapan dengan dunia yg didominasi dengan pengguna tangan kanan. Untuk pengetahuan korang, populasi pengguna tangan kidal adalah sebanyak 7-10 peratus daripada populasi bumi,

Walaupun mempunyai kehidupan yang normal, adakalanya mereka menjadi mangsa diskriminasi secara sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contoh, kebanyakan peralatan yang dicipta adalah untuk kegunaan pengguna tangan kanan...Dan oleh sebab itu, pengguna tangan kidal terpaksa menyesuaikan diri dengan peralatan tersebut.

Dengan wujudnya Hari Tangan Kidal Antarabangsa diharapkan ianya boleh menamatkan diskriminasi ini...

Sekian berita yang aku dapat dari blog ini ---> (TIBA-TIBA JAM 6 PETANG)

Dalam family aku, cuma aku dan arwah abg aku je yang tangan kidal..tapi sekarang arwah dah tak ada...tinggal aku sorang2 yang tangan kidal...hukhuhkhuk....sedihh....

tapi takpe..ramai gak kawan2 aku yang tangan kidal..especially JAMILAH JAMAL..dialah insan pertama yang bagitahu kat aku pasal Hari Tangan Kidal Antarabangsa ni...hehehe

Thank a lot fren...Still remember my lefthanded.

Siap tag lagi kat facebook..heeheh...


So....walaupun hari ini dah masuk 14 Ogos...Aku tetap nak wish kat semua blogger yang tangan kidal, kepada kawan2 aku yang tangan kidal dan kepada sesiapa sahaja lah yang tangan Kidal..

Selamat Hari Tangan Kidal....Terasa diriku begitu berharga kan..chewahhh.....

Ok lah...sebenarnya ini budaya barat...sambut menyambut nie..So kita xpayah terikut2 budaya mereka yea...sekadar tahu info sudah mencukupi..sekadar suka2 je....

Kelebihan Golongan Tangan Kidal

Kreativiti: ---> Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan,.

Otak sebelah kiri --------------> (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, logik, matematik, dan sains...

Otak sebelah kanan -----------------> (cenderung menggunkan tangan kiri) meguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi, dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.


Let's see the quotes

"Only left handed are in their right minds".


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...