Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, December 16, 2011

Ya Allah, Aku Mudah Terleka...





Yup betul,sejak kebelakangan nie...
aku mudah terleka..
Mudah sahaja diri ini leka dengan facebook, blog, and segala entertainment yang ada dalam internet ini...

Kenapa aku dah xmacam dulu,
Dulu,tyme study...kt rumah sewa selalu duk dengar zikir,alunan merdu ustaz membaca Al-QUran, and aku juga salah seorang AJK Perwakilan Kolej dalam Biro Kesenian & Kebudayaan.
aku uruskan satu kelab nasyid yang diberi nama KESIMA.

and sejak dari situ...aku selalu dengar lagu nasyid..
Banyak lagu-lagu nasyid yang best2 aku dapat dari ahli2 kelab nasyid.
aku berusaha untuk majukan nasyid di Universiti ku.


Aku bawa 2 group nasyid ke pertandingan Nasyid Piala Rabbani...
gigih aku and beberapa ajk siapkan kertas kerja untuk bawa group nasyid menyertai program ni di Pulau Wan Man Terengganu...
Syukur Alhamdulillah, akhirnya kertas kerja kami diluluskan..
Perjalanan kami kesana dipermudahkan dan berjalan lancar..
AKu bersyukur sangat..even xmenang..
tapi aku rasa aku dah lakukan yang terbaik and kami dapat menimba pengalaman yang amat berharga.


Tapi sekarang...semuanya hanya tinggal kenangan...
sobss...sobss.rindu sangat dgn mereka..
rindu suasana kat bilik latihan nasyid..

tapi serius giler rindu zaman belajar...
zaman bersolat terawih bersama-sama osmet,zaman berbuka pose bersama,
banyak sangat kenangan yang bleh buat air mata menitis...

Now..zaman study da abis....
kena tempuh alam pekerjaan
memang bukan mudah...
kadang2 terlalu bz dgn urusan duniawi...

nasib baik solat 5 waktu xterabai...
susah nak cari kerja sekarang nie..
kerja dgn orang kafir..tempat kerja xsediakan surau..
nasib baik ofis bedekatan dgn GIANT HYPEERMARKET..
so..nak solat je, menapak la ke surau sana..
hehehe..
apa pun,aku xkesah..janji aku sempurna kan kewajipan ku.

Ladang-kadang pernah terlintas di benak fikiran ku..alangkah indahnya dapat kerja dalam institusi Islam seperti BAnk ISlam,Tabung Haji, dan seumpama denganya..
segala perbuatan dan pergaulan kita pasti terpelihara...
mungkin belum rezeki aku untuk aku bekerja di tempat-tempat seperti itu..

dan kadang-kadang aku cemburu lihat sebuah keluarga yang sempurna..
Keluarga UStazah & Ustaz...
pasti anak2 mereka bahagia punya ibubapa seperti mereka...
ibu dan bapa punya didikan agama yang kuat..
dan anak-anak mereka semuanya penuh adab dan sopan..

tapi aku perlu kuat hadapi semua ini..
Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah pada keluargaku..
bukanlah keluargaku tiada pegangan agama...
Mereka semua alhamdulillah telah diberi didikan agama yang sempurna
di hantar ke sekolah agama, solat 5 waktu sehari..
tapi masing2 dah dewasa...
kadang xdisuruh..xdibuat..
kadang leka dengan LAptop and permainan video..terus lupa nak solat...
aku sangat berharap agar kami semua di beri petunjuk dan hidayah serta memperoleh keberkatan dan rahmat dari yang Maha Esa...

Insyallah..AMIN...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...