Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, November 11, 2021

TASNEEM NATUREL PRODUCT - PRODUK BAYI NATUREL



Sekarang banyak produk berasaskan “Essential Oil” atau minyk pati tumbuhan digunakan sebagai cara alternatif melegakan masalah-masalah bayi dan anak-anak kecil Tetapi jika diteliti harga memang tidak semua orang mampu menggunakannya. EO yang pelbagai jenama dijual dipasaran masa kini tidak boleh di sapu terus kepada anak kecil. Minyak pati berkepekatan tinggi. Jika disapu terus kepada kulit tanpa dicairkan (dilute) kepada dos bersesuaian dibimbangi organ anak-anak yang masih belum matang tidak dapat memproses bahan ini. Maka dengan itu, Tasneem Naturel telah mengeluarkan produk berbentuk balsem atau balm berasaskan EO dan boleh diguna terus kepada anak-anak.

Secara umumnya ada lima masalah yang sering terjadi kepada anak kecil dan tidak terkecuali kepada orang dewasa iaitu :

    1. Sukar tidur
    2. Tantrum dan stress
    3. Demam dan batuk berpanjangan
    4. Sakit perut (gejala kembung perut, sembelit)
    5. Kulit sensitif atau ekzema


Tasneem Naturel telah mengeluarkan 5 jenis balm. Kenapa berbentuk balm? Ini kerana essential oil tidak boleh disapukan terus pada kulit anak, ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi. Balm Tasneem Naturel menggunakan dos essential oil sesuai untuk anak kecil.Yang pasti balm Tasneem Naturel ini tiada bahan kimia seperti paraben atau SLS yang menyebabkan keradangan pada kulit bayi. Balm Tasneem Naturel hanya menggunakan bahan- bahan semulajadi seperti berikut:

1. Essential oil mengikut jenis balm

Setiap balm Tasneem Naturel mempunyai 7-10 essential oil yang telah dicampurkan mengikut dos bayi atau istilah dalam penghasilan minyak pati pokok dinamakan telah di ‘dilute’. Setiap essential oil yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) yang mana sijil ini diperlukan untuk mendapatkan kelulusan KKM. Balm Tasneem Naturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Beeswax

Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.

3. Shea butter

Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.Shea butter mampu melembapkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.

4. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Naturel. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.


Jadi ibu-ibu diluar sana, apa tunggu lagi, jom dapatkan nye segera untuk si Manja anda...Mudah dibawa ke mana-mana, dan digunakan pada bila2 masa...sesuai keadaan..

Berminat ,boleh pm saya ya

Agen Sah Tasneem Naturel Anda

0.1.3.7.7.2.4.3.6.6




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...