Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 21, 2011

Tolong..tolong..Help Me...

en3 kali ni msti korg rasa..ape2 je la tajuk nie kn,...wt suspended je...
hehehe...actually nk suh korg judge n bg komen psl blog aku nie..
aku cm rasa serabut bagai je blog nie..
apa pendapat korg??
tolong la aku yea...bg la pendapat n komen2 yg bernas..
apa yg perlu ada..apa yg patut di buang dan apa yg ptt diletakkn..
Aku budak baru belajar..hehe..baru bejajar la sgt...
tp xsalahkn nk minta pndapat dr yg pakar....
apa2 sahaja mengenai blog aku nie...
korang boleh kemukakan komen di sini yea..




Plish...plish.....

Komen kalian amatlah dihargai....

Sunday, March 20, 2011

::..Secebis ingatan Buat ADAM..::

Adam…
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam…Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam…
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam…
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.
Dari itu Adam…pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam…
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam…
Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkahku seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…
Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…Adam…
Dengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…

Ikhlas dari Hawa…
Abad ini…




WANITA IBARAT EPAL

Wanita ibarat epal.

Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak.

Susah dipetik ,susah digapai.

Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?

Lantas ,ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan dirinya menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.

Aku redha dengan ketentuan Tuhan...hanya DIA yg MAHA MENGETAHUI DAN MEMAHAMI DIRI INI..

sBG WANITA,kita xperlu risau akan jodoh,kerana ianya sudah tertulis. Antara cepat & lambat sahaja.

Maka bersabarlah wahai kaum HAWA...




::..Nikmati saja apa adanya..::


Semakin difikirkan semakin rumit dan yang difikirkan benar tidak selalu benar,

Hidup Indah yang didambakan semakin pudar dengan terlalu banyak urusan yang tidak perlu.

Semua ada waktunya, langkah pun ada hitungannya sehingga menghasilkan irama perjalanan yang harmonis..

Dorongan Ego selalu menekan dan memaksa, lupa akan tubuh yang semakin letih & lesu..

sebenarnya sudah berteriak… STOPPP….

Akhirnya sampai pada sebuah titik berhenti sejenak,

menghentikan semua lamunan, khayalan, angan-angan yang membuat pusing kepala.

Hidup untuk mencari kebahagiaan dan bahagia itu sebenarnya sangat dekat…

hanya sering dicari ditempat yang sangat sulit dan sangat jauh…

Kebahagiaan selalu ada bersama waktu, langkah dan nafas.

tinggal Nikmati saja apa adanya…





Monday, March 14, 2011

::..Weekend Ku keMbali Ceria..::


Assalamualaikum kawan2 blogger ku sume...xkira yg gedikz mahupun yg budget macho...
hehehe...
ni post aq yg ke 150...
sedar x sedar da byk rupenya aq post dlm blog kecayunk'an ku ini...
Ok..en3 kali nie nk cecite..cecite pasal weekend ku pd 12/3/11...



Pada ari sabtu..12/3/11,..aku dan bff ku iaitu nadia naser, azzah azizi, n ijat telah g berpiknik...nak taw kami berpiknik kt mane...jom kte baca..!!!!!


seawal jam 7.00 pagi..kami memulakan perjalanan kami...First sekali ofkos la isi minyak kn...kami isi kt bukit jelutong...Beli roti, planta, tuna, mineral.. perghh... marvelous gilerrr... mmg btl2 nk berpiknik la..



then after isi myk..kami meneruskan perjalanan menuju ke??? ya..our destination Air Terjun Sg. Gabai a.k.a Sg. Lui... ala..yg lagu aizat 2..rupenya kt situla tmpt nya...


Seriously b4 nie aq xprnh dgr pn Sg. Gabai..rupe2 nya da popular gilerr la air terjun sg.gabai nie...siap masuk Tourism of M'sia lg...Popular abis...

Dgn melewati 3 tol kalau xsilap la...even ade sesat skit...but..kami tiba gak ke destinasi dlm kul 9 lebih...mmg jauh la tmpt 2...dkt2 dgn kajang..
1st times ktorg g cni...Siap bwk print google map lg...

Wow...Air terjun yg menderu memanggil2 nama ku..hahaha....xsabar gilerr nk





berendam...sampai2 je kena byr parking..then kena mendaki anak2 tnagga yg tinggi gilerr pulak....
but..aku gagahkan diri kerana itu yg aku cari..heheeh..lama xhiking..dpt daki tangga pn jadi la...





Sampai2 kt atas 2 je..mmg xramai org..so..apa lg..terus gedebush!!!! dalam air...
sejuk gilerr...Nad xmandi..so dia la siapkan makanan ktorg..dah gaya bibik da ropenye...



Tyme ktorg smpai mmg xde ramai org pn...seronok giler mandi tnpa gngguAN ORG RAMAI..Dalam 2jam lbh ktorg berendam..n org2 pun mulai ramai..ktorg pun angkat kaki la blah dari sg Gabai...sempat la snap pic2 kenangan kami..







Jam bru kul 12 lbh...xkn da nk blk puncak..Pikir punya pikir kotrg decide nk g Pavi...so, ktorg truskan perjalanan ke Pavillion...heheeh..itu pun sesat gak..1st times gak msuk Pavi...so..pusing2 klcc bru la terjumpe Pavi..tapi b4 Jmpe Pavi,..ktorg Teruja gilerr tgk mamat bwk moto DUCATI...ade 3 org..smart gilerr wa ckp lu!!!!...hehehe..bunyi dye pun smoothhh je...



Sampai je Pavi..perut da berkeroncong gilerr..Niat nak tgk Muvie Hikayat Merong Mahasiswa...ea..silap..silap..Merong Mahawangsa...tapi bile tyme nk beli tcket..mak aii...panjang gilerr org beratur..so..xjadi la nk tgk...belum tntu bile smpai depan kaunter ktorg dpt ticket pn..So, ktorg amek keputusan xmau tgk la...G solat zohor dulu..then cari tmpt makan..Dari level paling ats smpai level paling bawah ktorg ronda....last2 makan kt KFC jugak..hahahaahah...

Lawak giler...dtg jauh2...last2 KFC juga yg ktorg cari..Janji perut kenyang suda!!!...pas makan ronda2 jap..then ktorg pun shoot trus blk puncak...

Mmg seronok giler la ari 2...Air terjun da dpt pegi..Pavi pun da dpt pegi.;..Steamboat je xlepas2 lg...Hope sgt2 b4 aku abis sem nie dpt g mkn steamboat dgn bff n kawan2 aq yg len....I will make sure dis dream come true...hehehe...

* Tanx a lot pada ijat krn sudi membawa kami2 gurlz nie kua g air terjun..saya la yg ngidam sgt..nk fresh air konon..hehehe...tp ijat xksh pun...Jasamu ku kenang ijat~~~

* Tanx juga pd BFF saya iaitu Nadia Naser n AZZa Azizi kerana sudi melayan kerenah cerewet kwn awk nie...Puas juga pujuk azza dr mlm b4 pegi 2...dye mcm xnk pegi..smpai la pagi 2 aq pujuk lg...xmau gak pegi...tp akhirnya aku berjaya..hehehehe..Tanx azza...Xtaw ble dpt enjoy dgn korg2 lg...Moment2 ni la kenangan kita bersama yea...

* Berjuta lemom tengs pd Tuan punya kereta....kerana bg kami pinjam..kalau xde kereta 2..alamatnya xbergerak la kami ujung2 minggu nie...Jasamu ku kenang jua...Mr. A_ M_ _

Sunday, March 13, 2011

:..cinta buat kita hilang pertimbangan..::

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang sukar diperoleh.Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Wednesday, March 9, 2011

::..Sedetik lebih..::

Salam kpd blogger2 sume...nk Gtaw nie..Entri "Andai itu Takdirnya" terpaksa dihentikan buat sementara waktu atau terpaksa dihentikan selamanya atas sebab2 yg xdpt dielakkan...Hope kepaDa yg terAsa mahupun terbaca..sesunGguhnya saYa di sini ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ade terasa atau terguris perasaan kalian..Sememangnya entri ini di 'post adalah tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg telah pergi...





Kadang2 soal hati & perasaan boleh buat seseorang itu hilang pertimbangan...
dan mungkin kerana itu entri tersebut diwujudkan...



Orang yang kita paling sayang suatu ketika dahulu mungkin akan menjadi orang yg paling kita benci ketika ini dan orang yg paling kita benci suatu ketika dahulu mungkin akan menjadi org yg paling kita sayang ketika ini...Dan kerana itu, sayang lah kamu kepada makhluk Allah itu berpada2...

Mungkin tanpa kita sedar,kita telah menyakitkn hati2 mereka2 yg sgt mudah terguris..

"Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan, dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati,..saya dan awak, dalam 2 hati Tuhan berikan 3 rasa..sayang, kasih & kasihan..dalam 3 rasa itu..diselitkan 4 tujuan..berkenalan, berteman, berkawan & bersama, dalam 4 perkara tersembunyi 5 perkataan..teman. Teman baik selalu disisi..dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu, sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai dan mengingati serta dalam 6 perkataan itu tersimpul 7 huruf iaitu SAHABAT.."
*TERIMA KASIH KEPADA PEMBERI MESEJ INI..SANGAT2 HARGAI.."

Monday, March 7, 2011

::..Zizan & Johan meMang suPerb..::

salam guys n ladies blogger sume..en3 ni aq wt mase dlm kls..heheeh..curi2 type..sory yea sir..saya mengantuk la...heehhe..tetibe dtg idea nk cite psl guyz handsome 2 org nie...






ok..u'olls knl x johan & zizan..kembar yg xbole dipisahkan...kalau dipisahkn msti lawak diorg xmenjadi..xbesh...aq da mula minat diorg sejak diorg mengacara RAJA LAWAK, then aq tgk spontan..ada zizan..,tgk HKLBR..ada johan soley..soley...pastu tgk KONSERT LAWAK....mmg xkering gusi la...KONSERT LAWAK tu kalau u'olls tgk byk2 kali even 200x pn...gerenti akn gelak punya..mmg lawak abis diorg nie.. so, ia berguna kpd aq sbg student...ialah..kdg2 stress,, tension..so,apa yg akn aku buka..xlen xbkn "KONSERT LAWAK" la..gerenti hilang stress coz berguling2 aq gelak...



Meyh aku story mory skit psl jejaka terhangat nie...xlain xbukan..ZIZAN...

Profil Zizan Raja Lawak

NAMA PENUH: Mohd Razizan Abd Razak

TEMPAT LAHIR: Dungun, Terengganu

TARIKH LAHIR:15 April 1984


PENCAPAIAN: Naib Juara Raja Lawak Astro musim pertama,


Favourite TV Personality Award di Shout! Awards


FILEM: Hantu Bonceng, KL Gangster dan Baik Giler.





JOHAN RAJA LAWAK



ok. now psl johan raja lawak..aq xdpt spesifikasi biodata dye...mana yg ade je yea..


Nama Penuh: Muhamad Yazid Lim

Status: Married


Nama Isteri: Ozlynn a.k.a Rozlinawaty Ismail

da ade anak da..hehe...so gurlz/...jgn nk menggatal yea...


LIMA PERKARA PELIK TENTANG JOHAN RAJA LAWAK


1. Suka kentut sehingga orang sekelilinya tidak tahan

2. Gemar berus gigi sebelum keluar rumah


3. Menyakat isteri dan anak sehingga menangis


4. Memandu kereta dalam keadaan laju



5. Ramai yang menyangkakan Johan adalah seorang yang berperwatakan 'gila-gila' tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang romantik dan gemar menghabiskan masa bersama keluarga.



Apa yg paling aq suka psl diorg nie ialah lawak spontan diorg..nak2 zizan dgn "kaki shuffle" dye 2...chumeelll sungguh...Baru2 nie aq tgk Raja Lawak musim 5...mmg seriously xbest lgsg..xlawak..aq tgk xde perasaan lgsg..tp disebabkn adenya Johan & Zizan jadi lawak plk..diorg yg memeriahkn suasana... memang lawak gilerr la diorg...

::..Andainya Lelaki taHu..::

helo..helo...assalamualaikum...
wats'up guyz ladies sekalian...entry pg2 isnin nie nk cte smbungan dr andai perempuan tahu pd entry lepas...now ENTRY DYE TERBALIK PULA... andainya LELAKI tahu...
so guyz..check it out...


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. (betul..betul..sokong sekali)

2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.(lihat la gf2 korg yea)


4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.(yup..like..)

5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.(yes..lihat sahaja Siti Khadijah..ikon wanita)

6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.

7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.(kaum adam..sila alert k)

8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.

Saturday, March 5, 2011

"jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN ""

ASSALAMUALAIKUM kwn2 blogger ku...now 4 da entry kali ini, wanna 2 share about dis article...myb statement kot..mane2 satu la yea...enjoy ur reading...



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Friday, March 4, 2011

::.Andainya Wanita tahU..::

heLLo guyz n ladies...
selalu kita asyik dgr citer psl gurlz2 je kn...now meyh cecite..cecite psl guyz2 hot nie...hot k?? oh no.....meyh kte jenguk...mane taw bf or suami kita ade sifat2 ni.,...

1. Lelaki juga bole menjadi seseorg yg begitu sensitif & mengambil berat (prihatin)

2. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakn oleh seorang wanita

3. lelaki bole menerima penolakan dgn baik.

4. Kebanyakan lelaki yg nampak "desperate", dtg dari sekolah all boys!.. mcm fact je kn..jgn mrh hot guyzz,...

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya utk menambat hati wanita.

6.Bila lelaki ckp... "Emm...tengoklah dulu"... itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju..


7. Jika seseorang lelaki meminati wanita,wanita itu xsemestinya cantik.. uhh,suka statement ini.. Cukup dgn budi bahasa & kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai byk persamaan dgnnya samada dr segi pemikiran /minat. Oleh itu, byk yg bole dibualkan atau dikongsi bersama.

8. Lelaki mmg dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita.. sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. so...berjaga2 la dgn lelaki kamoo...

9. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya krn ingin memikat hati wanita.

10.Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!! betul kn statement nie lelaki hot?? kalau btul sila angkt kening..

11. Bila lelaki ckp direct to the point dlm sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bercakap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. tp wanita seringkali susah utk memahami..oh!! maafkanlah wanita yea...

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. lelaki tak bole belajar kesemuanya psl perempuan dr internet, library atau buku semata-mata. oleh itu mereka selalu keliru dgn sikap perempuan... dan x faham knp perempuan bersikap begitu begini... kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tntg bagaimana berhadapan dgn perempuan supaya hubngan dpt berjalan dgn lebih baik... hot guyz..pndai2 dalami ilmu tntg wanita yea..g bertapa..

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dgn ramai wanita...dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yg lain hanya kawan..:) bole terima kot...coz da nmpk kebanyakan nya begitu...

15. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja...Kebanyakan lelaki tak sengaja..Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah..! oh my gucci!!! bole k terima statement ini???

16. Bila sesuatu hubngan putus di tgh jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkan kesedihanya di depan orang. saya faham perasaan itu..oh my vincci..sgt2 sedih..hope jodoh berkekalan hendakknya..

17. Bila seseorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita..!! hah hot guyz..silala tolong kaum hawa...dapat pahala taw...

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengali dr perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan..

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dr lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!!... oh my prada, mcm xpercaya e3 aq wt ni memuji lelaki..oh!!! bg can la yea...at least taw gak la guyz2 nie mcm mana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...