>Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga
>sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan
>tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan
>patah kakinya, namun ade sejenis ubat yg membantu
>memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari
>syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg
>serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU. Namun kita
>sebagai umat islam juga telah bersimpati dgn nasib
>iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara
>percuma kpd mereka yg dilaknat.
>
>Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah
>mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg
>baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di
>masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk
>menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba
>berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang
>pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan
>seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar
>lagi di telinga mereka laungan azan.
>
>Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera
>parah,patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka
>dan mengarahkan bhw hannya ade satu saje ubat yg boleh
>menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu
>menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah
>air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke
>tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka
>mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta
>penyakit mereka sembuh.
>
>Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi
>punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu,
>jgn kencing berdiri...
No comments:
Post a Comment