Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, January 15, 2009

Buat iBuku yanG teRsayang..



Ibu,

suatu nama yang tidak boleh dipisahkan dalam kotak memori setiap insan..kerana ibulah kita l lahir ke dunia ini...kerana ibu lah kita dapat melihat dunia indah ciptaan Tuhan ini...bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya kita lahir ke dunia ini.





Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Ghalibnya itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak. Benarkan?

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. 'Atifah dan naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan.

Ana mempunyai seorang ibu yang amat ana cintai dan sayangi.. Beliau la yang memberikan tunjuk ajar tentang kehidupan pada ana dari kecil hingga ana menjejak k umur 21 tahun ini..

Rasanya xterbalas segala jasa dan kasih sayang yang diberi selama ini...





Insya"allah ibu,ana akan belajar rajin2,kalau dipanjangkan umur,ana nak balas segala jasa ibu dan ayah,walaupun sedikit sekurang2 nya ana nak ibu dan ayah tahu ana amat sayangkan ibu dan ayah...


Dugaan Allah.....menghadapinya amat perit..


Masa begitu cepat sekali berlalu...rasanya macam susah nak menulis kembali.. mungkin banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang akhir tahun lepas..suatu tamparan hebat dan dugaan yang besar telah berlaku dalam keluarga ana... Abang sulung ana telah kembali menyahut seruan ILahi pada 22hb Disember 2008...Satu2 nya abang ana telah terlibat dalam kemalangan semasa ingin kembali mendaftar semester baru di Kolej YAyasan Melaka..Dalam usia yang cukup muda...sungguh xsangka...

kata Abusaif, kehidupan kita ini tidak dapat lari dari ujian-ujian Allah kerana ujian itulah sebenarnya kehidupan kita. Ya ana akui. Redho itu perit, Tapi Imbalannya Manis? Beberapa hari ini ana cuba mencari kekuatan diri ana untuk menerima apa yang berlaku dalam
hidup ana. Ana cuba belajar erti redho. Betul, redho tidak semudah yang kita sebut-sebutkan. Redho itu perit, tapi imbalannya manis.

Ana kena kuatkan semangat..ana xmahu lihat ibu ana sakit...Ana perlu kuat untuk tenangkan dia dalam situasi seperti ini......Ana sayang ibu..Ana nak ibu tabah menghadapi dugaan ini.... memang perit untuk menghadapinya..Mungkin segalanya ada hikmah disebaliknya.


Al-Fatihah untuk Allahyarham Syahrul Khairie bin Rosli...



Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh lagi beriman..Amin.........

Kembalilah kepada Allah*



Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti ana tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah. Alhamdulillah episod duka ana lalui itu dengan penuh terarah. Ana masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ?kami beriman? sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu
ujian) ?? (Surah al-Ankabuut ;2)


Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal? (Al-Anfal,2)/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...