Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, January 22, 2009

HAri khamis yang gumbira....



Assalamualaikum...
Ari ni ana syukur sgt coz ana pny hp dh elok..xtaw cmne tetibe je td pg pas kuar dr blik air tgk2 dh on...bersyukur sgt ke hadrat Ilahi....hmm..mgkin Allah S.W.T bru nk uji sikit kite dh klm kabut kn...subhanallah...

Ari nie ada 1 kls je...tuto...lecturer ana,En Ezan dye just story-mory je dlm kls 2...n cerita plg best adalah...jeng..jeng..jeng..anak dara dye yg sama baya dgn ana dh nk kawin sabtu mggu nie..wow..shock gile..muda lg 2..tp nk wt cmne kn ..dh jodoh katakan...Alhamdullilah dpt kawin dgn orang pilot....heeheh..selalu la g fly yea....Tahniah ana ucapkan..Moga bahgia hingga k akhir hayat yea...




Wednesday, January 21, 2009

Hidup mmg byk Dugaan.....

Assalamualaikum....

Ari ni rabu,21 january..agknye ari yg malang bg ana kot..hurmm..astargfirullah..xbaik ckp mcm 2....ntah la...mcm2 terjadi la sejak masuk tahun 2009 nie..

Bkn nk mengeluh atau merintih,tp kdg2 dugaan dtg bertimpa2,satu xselesai lg,dtg lg 1...Ya Allah, Sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha mengasihi, Engkau berilah ana kekuatan dan ketabahan untuk ana menghadapi segala dugaan2 yg diberi...Moga ana dpt melalui nye dgn tenang & tabah..AMin....

Hari nie,hp ana rosak dh...langsung xblh hidup..xtaw knp,tetiba jew...dh on, off pn still screen glp gak..n last 2 week printer ana rosak..ni pn blum repair lg...ana xtaw lg nk wt cmne...ana xnk bagitau parent ana,msti diorang ssh ati nnti,ana nk settle kn sendiri..tp mana ana nk cari duet???

Sem ni byk btl kena kuar duet...buat research la,byr yuran 2 la, yuran nie la..knp sume perlukan duit???duit..duit..duit.......ptptn pun xcukup.....


Knp la ssh sgt kn kita nk cri duit?????xde duit semuanya ssh....Mesti best kn jadi orang kaya, semua yg diorang nak diorang boleh dpt...xpyh pening2 pikir..

Mungkin ada hikmah di sebaliknya...Allah menguji setiap hambanya mengikut kemampuan seseorang itu sendiri....

Ana harap sangat ana dapat lalui semua dugaan ini dgn tenang & tabah...hopefully Allah sentiasa di sisi ana dikala ana susah dan senang....

Tuesday, January 20, 2009

::Jom Belajar Bahasa Arab..:: Mudah je::


Jom Kawan2, kita belajar bahasa arab yang mudah...Mudaha-mudahan kita boleh praktikkan dalam kehidupan harian.....Insya'Allah..




Dalam bahasa Arab Dalam bahasa Malaysia




  • Mar-haba Halo


  • Ahlan-Wa-Sahlan Selamat datang


  • Shukran Terimakasih


  • Aasif Maaf


  • Afwan Permisi


  • Kam Berapa?


  • Na'am Ya


  • La Tidak


  • Mabruuk Selamat


  • Yamiin Kanan (arah)


  • Yasar Kiri


  • Ana Saya


  • Anta(p) / anti (w) Anda



Kalimat yang Sering Digunakan



Kalimat Artinya



As-salaam-alaikum Assalamu'alaikum (keselamatan atasmu (salam dalam Islam)


Kaifa-haluk? Bagaimana kabarmu?


Kam-is-sa'ah? Jam berapa sekarang?


Al-hamdu- lillah Alhamdulillah (sering digunakan sebagai jawaban untuk "bagaimana kabarmu?")


Ma'as-salama Selamat tinggal

Jongkang-jongkit Study & Dakwah


“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”


“ Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..”


“ Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...”


“Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni? “


“Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya!”


“ Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.”


“ Apa maksud kau?”


“ Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya”


“Aku tidak faham!”


“ Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu”.


“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”


“ Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.


“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”


“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya



Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.


“ Lia dah faham. Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”


“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam.


Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.


Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,


Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan?


Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;



Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!



Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;



‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’



Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.


Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.


Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah.


Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.


Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,


Monday, January 19, 2009

": SeUntai Kata...PEnaWar Hati..::


Ana titipkan card2 kecil ini untuk renungan kita bersama....

Sama-sama la kita renungkan..

Moga kita mendapat hidayah dan keberkatan dari yang MAha ESA...

Insya"allah...Amin...




Semester BAru..Ragam Baru.....





hmmm...mcm2 la kn ble dh msk semester baru nie, ade je ragam2 baru menjadi... kdg2 ana pn xtaw knp mst terjadi..but life must go on, ana just ignore it... the important thing 4 me that i must do it are to study smart n do my job clearly n properly...dh xmau dh maen2..enjoy2 gak but dh last sem ni kn...kena struggle kuat skit...byk persaingan di sekeliling ana... dgn masalah yg xabis2.....hurmm..xelok merintih... astargfirullah al azim...



nie gmbr terbaru time ana kt kolej..dgn group membe....gmbr ni diambil mase pas perjumpaan bersama en zul, kp DIIM..ktorg singgh blok lecturer jap coz pn Rasyidah ade ckp diorg dh hias skit pny lawa utk QUALITY,so ktorg nk tgk la kn..
SO, pndpt korg cmne??ana rasa lawa la siap dgn buluh2,pasir pantai lg..dgn pokok2 yg serba menghijau..tp mcm xkena sgt la coz kt tgh2 bgunan ade bnde 2 sume....but apepun SEmua Lecturer dh cube yg terbaik kn...Tahniah.....


Hopefully sem ni ana xkn menghadapi masalah2 mcm sem lps....mmg dugaan & tekanan yg dtg bertimpa2 menyebabkan ana agk tension tp berkat kesabaran n keberkatan yg diberi oleh Allah S.W.T,ana mampu mengatasi nye dgn sebaik mungkin....

Thursday, January 15, 2009

Buat iBuku yanG teRsayang..



Ibu,

suatu nama yang tidak boleh dipisahkan dalam kotak memori setiap insan..kerana ibulah kita l lahir ke dunia ini...kerana ibu lah kita dapat melihat dunia indah ciptaan Tuhan ini...bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya kita lahir ke dunia ini.





Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Ghalibnya itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak. Benarkan?

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. 'Atifah dan naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan.

Ana mempunyai seorang ibu yang amat ana cintai dan sayangi.. Beliau la yang memberikan tunjuk ajar tentang kehidupan pada ana dari kecil hingga ana menjejak k umur 21 tahun ini..

Rasanya xterbalas segala jasa dan kasih sayang yang diberi selama ini...





Insya"allah ibu,ana akan belajar rajin2,kalau dipanjangkan umur,ana nak balas segala jasa ibu dan ayah,walaupun sedikit sekurang2 nya ana nak ibu dan ayah tahu ana amat sayangkan ibu dan ayah...


Dugaan Allah.....menghadapinya amat perit..


Masa begitu cepat sekali berlalu...rasanya macam susah nak menulis kembali.. mungkin banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang akhir tahun lepas..suatu tamparan hebat dan dugaan yang besar telah berlaku dalam keluarga ana... Abang sulung ana telah kembali menyahut seruan ILahi pada 22hb Disember 2008...Satu2 nya abang ana telah terlibat dalam kemalangan semasa ingin kembali mendaftar semester baru di Kolej YAyasan Melaka..Dalam usia yang cukup muda...sungguh xsangka...

kata Abusaif, kehidupan kita ini tidak dapat lari dari ujian-ujian Allah kerana ujian itulah sebenarnya kehidupan kita. Ya ana akui. Redho itu perit, Tapi Imbalannya Manis? Beberapa hari ini ana cuba mencari kekuatan diri ana untuk menerima apa yang berlaku dalam
hidup ana. Ana cuba belajar erti redho. Betul, redho tidak semudah yang kita sebut-sebutkan. Redho itu perit, tapi imbalannya manis.

Ana kena kuatkan semangat..ana xmahu lihat ibu ana sakit...Ana perlu kuat untuk tenangkan dia dalam situasi seperti ini......Ana sayang ibu..Ana nak ibu tabah menghadapi dugaan ini.... memang perit untuk menghadapinya..Mungkin segalanya ada hikmah disebaliknya.


Al-Fatihah untuk Allahyarham Syahrul Khairie bin Rosli...



Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh lagi beriman..Amin.........

Kembalilah kepada Allah*



Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti ana tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah. Alhamdulillah episod duka ana lalui itu dengan penuh terarah. Ana masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ?kami beriman? sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu
ujian) ?? (Surah al-Ankabuut ;2)


Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal? (Al-Anfal,2)/

Wednesday, January 14, 2009

My first Blog....

Assalamualaikum....hurm..letih wt blog nie..dulu ade 1 tp dh lupe password die,then dh xbole nk buka..sedih je..

So, terpaksa la ana create blog baru..insyaallah blog ini akan menjadi tempat ana meluahkan segala pendapat,berkongsi ceritan mcm2 lagi dgn anta2 semua...

Peace out!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...