Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, February 27, 2013

Again..Lappy, U broke my heart. :-(

Alololo....dah 2 hari kebosanan tak dapat nak online guna lappy...
Geram la...
Curi-curi je online kat opis nie..
hehehe...

Lappy buat hal lagi..

Hari tu boleh je cucuk cabel tapi sekarang cucuk cabel pun dye dah xmoo./..
So, internet tak boleh disambungkan lagi...
Sedihhhh nya...

Lappy nie dah la wifi card dye dah rosak..
tapi boleh pakai cabel lagi..
sekarang, langsung dah xboleh diubati...

Sekarang nak online terpaksa la guna phone cinonet nie...
Nasib baik ada wifi...

Ohh!!! my lappy..

Why u do dis to me...

Banyak berjasa kot lappy nie...
Teman yani stay up sampai ke subuh..
Buat assignment semua....
Adapter bateri dah berapa kali meletop....
Ijat, nad and azza pun dah lali dah..
setiap kali adapter meletop...muka-muka diorang la yang yani cari suh teman g Plaza Alam Sentral cari adapter baru...
huhuhuh....

Dah ura-ura nak kena beli lappy baru la kan..
Xpe...slow-slow..
kita settlekan mana yang wajib dulu..
Nanti simpan duit sikit-sikit yea..
Baru boleh beli lappy...

Ade sesapa ke yang murah hati nak hadiakan yani lappy?
heheheh...


Monday, February 25, 2013

::.Secebis Nota Pengubat Hati..::




Hati gundah bila memikirkan detik-detik yang bakal menjelang tidak lama lagi.
sehingga ke hari ini, aku masih tertanya betulkah keputusan yang aku buat ini,
Terlalu banyak dugaan yang perlu dihadapi.
Hatiku benar-benar teruji dengan ujian mu Ya Allah,
Mampukah aku menghadapi semua ini,
Kuatkah semangatku untuk menongkah arus perjalanan hidup ku ini,?

Aku masih terpinga-pinga sendiri,
menangisi apa adanya hidup ini,
Aku sedar bahawa tidak semua yang indah akan kita perolehi,
Dan sememangnya aku bukan insan bertuah
Hanya seorang hamba hina yang menumpang hidup di bumi indah ciptaan Mu ini Ya Allah,

Air mata menjadi teman saban hari,
Memang ia tidak membantu untuk menyelesaikan masalah,
tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan hati ini,
Usai solat, aku bertafakur,
teringin benar hati ini untuk berbicara denganMu Ya Allah,
Hanya kalam-kalam Al-Quran meniti di bibir kecilku ini,
Tenang sangat rasa hati,

Semoga segala apa yang dirancang,
Dapat berjalan lancar mengikut jadualnya,
Hanya kepadaMu Ya Allah,
aku memohon pertolongan, 
Engkau permudahkanlah segalanya,
Kekalkan aku dalam istiqamah Mu Ya Allah


~ Ada ketikanya kita perlu untuk merasa "SAKIT" demi untuk MENDIDIK DIRI menghadapi keperitan apabila diri disakiti, dizalimi dan dikhianati..tiada manusia yang maksum, tiada manusia yang SEMPURNA, sudah FITRAH memaafkan dan menerimanya..

jika diri ini sudah mati, roh disakiti tiap-tiap kali dengan kemaafan yang TIDAK DIBERI.. semua yang terjadi, HAKIKATNYA adalah dari Allah jua.. segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah UJIAN dari Allah..Dia mahu MELIHAT apakah kita dapat MENERIMANYA dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya..

Aku masih belum puas untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku,
Terlalu sayang untuk pergi meninggalkan mereka...
Kepada bakal pendamping hidupku kelak,
Aku sangat berharap agar engkau tidak memisahkan aku dengan mereka,
Andai kata terpaksa berpisah sekalipun,
Janganlah engkau memutuskan hubungan aku dengan mereka.
Ketahuilah...
Kerana mereka segalanya buatku.

Aku hanya insan biasa,
yang terlalu banyak kekurangan,
buat bakal pendamping hidupku kelak,
ketahui lah, 

Maafkan aku kerana tak dapat memberikan apa-apa kerana semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah,

Namun yang mampu aku berikan adalah kejujuran, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan bersamamu dalam menuju redha Ilahi,

selagi nadiku masih bernafas didunia hingga ke Syurga...

Tidakku impi,
Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerana aku sedar kau jua sepertiku,
mengheret kisah masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba memperbaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,.

Tidak ku perlukan serambi bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tetapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya; dan takbur dipinggir hati.

Wahai sang pendamping hidupku kelak,
Kuimpikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha dan rahmat Ilahi buatmu, aku, dan bakal zuriat kita menjadi suratan hakikat...


Al-Baihaqi ra meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw bermaksud:

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi..”......... .~

Ya ALLAH , pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu..
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak..
Ya Allah, dengarkanlah rintihan dan permohonan hatiku ini ...
Hadiahkanlah cahaya-Mu kepadaku hingga saat aku dipanggil pulang olehMu ...

♥♥ Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintai-Mu ♥♥


~
..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..~
Wahai sang pendamping hidupku kelak....

•.¸¸Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan TANGGUNGJAWAB ayahandaku dalam memimpinku. Engkau umpama PAKAIAN bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia. Dan pendampingmu di akhirat kelak..•.¸¸

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)

Cukuplah untuk kali ini,
Moga diberi kesempatan lagi untuk menitipkan isi hati kelak..

Friday, February 22, 2013

Anyone??? Cupcakes

Ihsan Picture: Irine Nadia Marcello 
Bismillahirrahmanirahim.

Hi korang...Salam Jumaat semua..

Yang lelaki-lelaki ni sume dah pergi sembahyang jumaat belum?

Yani nak minta tolong kawan-kawan semua...
Ada x sesiapa yang tahu kat mana nak order cupcake untuk hantaran?
Please...please..
help me..

Heheh..kalau boleh nak harga yang berpatutan..xmoo mahal-mahal sangat..
Kalau korang tahu ada sapa-sapa yang ambil tempahan buat cupcake sedap + cantik untuk hantaran sila inform yani yea...

Area: Skudai, Johor.

Adore sangat dengan design cupcakes kat bawah nie kan
Sweet plus comel gilerrr....
Aloolololo...sayang pulak nak makan,,,,
Ihsan Picture: Chomelcupcakes.blogspot.com

And 1 more design...
really comel jugak...


Ihsan Picture: www.halamancupies.blogspot.com
Kawan-kawan yang tersayang,
kalau ada adik-adik ke, kakak-kakak ke, or sedara mara dan sahabat handai yang ada buat cupcakes ni, please suggest me yea....
Yani stay area skudai, johor nie..

Hopefully sangat dapat buat cupcakes as one of my hantaran...
Adore giler cupcakes..

Salam Sayang,
Yanie.

Thursday, February 21, 2013

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum...



Actually tengah stress sebenarnye bila pikir pasal hal2 kawen yang xsettle lagi nie..



tapi yani tak nak la disebabkan benda2 camni tetibe nak kena stress2 kan..

tak patut..

So, apa kata kita take it easy but still need to focus..Lupakan segala masalah seketika..(sekejap je woii, nanti ada karang yang xsiap..muahahaha..)...
kita bergumbira seketika...

Nak kawen mesti kena mood happy je selalu...

So, hari nie nak up entry pasal kebahagiaan dan kegembiraan..
Kepada B2B yang nak kawen tu..mari sama-sama kita baca yea... Mana tahu ada yang terlepas pandang tips yang sangat berguna macam ni.

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

dipetik dari Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Check it out dear...

***pesanan penaja --- >  awak pun sila baca yea...(xmoo stress2x.)

Thursday, February 14, 2013

Seram seyh!!


Dap dup dap dup....jantung laju je berdegup..
Aiseyh....
Dah xlama je lagi....
cuak..seram..takut..
banyak lagi tak settle nie....
huhuh...Hope dapat settlekan semuanya before hari kejadian..

Hari ni nak cerita apa yea.
Hah....dapat angpow laie...


hehehe...
Baru 1st day naik keje nie after CNY holiday...
hehe...
Tapi aku sorang2 je la kat opis nie..
Yang lain sume amik mood cuti je..
Next week baru naik...
Sampai hati diorang tinggalkan aku sorang2 kat sini...
Hahaha...mesti la..dah diorang sume chinese...
ko sorang je melayu kat opis ni yani oii..
sedor diri sikit..hahaha
Bos cakap sapa datang keje hari nie je dapat angpow..
huuhuh..
nasib baik aku datang keje kan..
Nasib la.aa...
Thanx YOu bos!!!!...


Pastu nak cerita pasal kad kawen
heeheh...
tetibe pulak kan keluar citer pasal kawen..
takpe la...
sekali sekala...
Nak cerita pasal parcel dah sampai..
yippie...!!!...
siap dengan bunting sekali taw..
Order dengan B2B juga..
Dak miera..heheeh

Tapi kan...sedihhh...
kadnye ade rosak sikit...
pastu bila kira-kira kad nye bole xcukup pula kan..
aiseyh..kepelikansss disitu...
besenya siap ada extra kad lagi kan..
tapi kali ni xcukup pula...
jenuh nie kira 2,3 kali..still sama gak..

pastu g ngadu kat miera..
nasib baik miera ok je..
Still layan cutomer dengan baik..
terangkan pung pang..pung pang....semuanya
then problem solved...
now menanti kad-kad yang xcukup tu je...
still tengah que print kot rasanya..
Hopefully dapat cepat la kad tu...
Sedih memang sedih...
Tapi nak buat macam mana
dugaan datang tanpa dipinta...
Alhamdulillah..masih ada cara mengatasinya lagi..
Harap-harap semua yang dirancang berjalan lancar hendaknya...
In Shaa Allah..
AMIN...




Chopp!!!!
Iklan sebentar...
heheehe

STOCK VCOA masih ada lagi..
Jom laju-laju order...

Promosi Hebat!!! 
Terhangat di Pasaran...
Mari dapatkan VCOA (Minyak Kelapa Dara) dengan harga promosi..
Supplement yang sangat baik utk Kesihatan...

Harga Promosi sehingga 20 Februari 2013
Do PM me ELyani Rosli or Wassap je @ 013-7724366
email pun bole: nur.elyani@yahoo.com

"Kesihatan yang baik lahirnya dari produk yang baik." ♥



Terima kasih yang tak terhingga kepada customer-customer yang order dengan aku..
yang COD pun ada..
Thanx korang...sayang korang ketat-ketat...
Ternyata banyak khasiatnya VCOA nie..

Dulu aku mula-mula kenal VCO ni dari produk catalyst. 
Then,aku start makan  VCO Catalyst..
tapi sekarang bertukar kepada Treenea...

Ada juga customer aku yang makan sejak dari VCO catalsyt lagi...now dah beli Treenea VCOA dengan aku dah..
Sebab produknya sama je...
Dan hasilnya juga terbukti sama...
Tak rugi la korang kan...

SO, apa tunggu lagi..
NAk cantik!!, nak gojes!!, nak sihat luar dan dalam..!!!

Jom serbu VCOA nie...
nak harga promosi lagi, wassap yani segera!!...
Sentiasa melayan anda dengan baik..
kan..kan....(sambil kenyit mata)....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...