Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 20, 2009

::..wahh..btl k jd Pengapit Pompuan nie..::

::.. keluarga pengantin..::

uish...cm xcaya je aq ni jd pengapit pengantin...hehehe...

last weekend ari 2 aq g blik kota tinggi, ank mak itam aq kawen...so,g la rewang,tlg menolong..chehh...dh mlm sb2 tu tetibe kak ida merangkap pengntin pompuan,


die suh lak aq jd pengapit..dh la xpndai,...tp nk x nk kena la tlg gak..sedara la kn...
pg ahd 2...aq men taram je...pakai bju yg aq bwk 2...dh la xsama tema..

org mntk ijau pucuk pisang..tp aq pakai biru turquoise,..lantak la..ade gak ijau2 nye..heheheeh.


tp yg pelik nye..aq igt aq sorg je bju len ari 2..skali tetibe tgari 2 pngantin lelaki dye smpai..aq pny la terkejut bju pengapit pengantin lelaki dye sma kaler dgn baju aq..mak oii...


xde angin xde ribut..cmne dye taw aq pkai bju wrna 2 ntah...knl pn tdk si pgpit llaki 2.


abis 1 ari 2 aq kena gossip dgn cousin2 aq...bengang la gak kn...


jom VIEW gmbo2 spnjg majlis tersebut..


wif my cousin...


bilik pengantin pompuan


membatalkan air smbhyg

hah' sama xbju kitorg?? ala2 kn...




Monday, March 9, 2009

::..ADAKAH INI CERITA LAWAK????..::

Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit
tu bukan membaca la tu...tapi mengeja... ;-)



Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun.... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah....
Macammana.. Adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak ker... , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... “

" Lawakker... berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak
kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut
terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...."

"Lawak, ker.... ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. Ada
tu lagi dashyat setahun 2 kali aje... Bile time sembahyang raya..."

"Lawakker... ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak ker.... , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat
adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak ker.., kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama

Lawak ker???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. Tapi yg paling lawak sekali.. Berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

::..gELagAt SyaiTAn di Majlis Kenduri..::::

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung..... Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti..

Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.

Kata Tok Dahaman,dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu, tetapi dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki.

Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu.

Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu dikening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan ditempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah... ), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk... Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat danbertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.

Bagi pihak perempuan pula,keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan. Keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH..

Wallahualam

MORAL OF THE STORY;
APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU...
MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam...


::....mUdahnYa meNjadi MusliM..NaMun,...::

Mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim...namun...



Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...

Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...

Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...

Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv,& cd...

Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...

Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...

Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...

Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...

Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....

Renunglahhh.....

::..cARa PoToNG KuKU..::

CARA POTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


• Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya n
penyakit.

• Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

•Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

• Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

• Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
kepapaan
• Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.

• Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh
ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...