Tuesday, August 28, 2012

Eid Mubarak at Kampung Nenek - part 1


tuan tanah kedaung nak interframe..hehehe



Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...

Macam mana sambutan syawal kalian pada tahun ni?
semoga semuanya ceria dan gembira di samping keluarga tersayang..


Sambutan raya saya biasa-biasa sahaja. Pulang ke kampung untuk menyambut hari raya..Balik Kelantan sehari sebelum raya...gerak lepas sahur hari sabtu tu dan sampai pada waktu berbuka..nasib baik sempat berbuka di rumah nenek.



merasa la jugak berbuka puasa di kampung..Kalau tidak..selalunya kami sampai kampung pada hari raya pertama..Pagi raya baru bertolak pulang...Tapi tahun ni ayah suh balik sehari sebelum raya..hehehe...
Sepanjang perjalanan sume muka letih je..dengan cuaca panas terik..puasa lagi..hehehe..
Alhamdulillah...traffic berjalan lancar..tidak jam...


Sampai je kampung..terus berbuka...nasib baik mak dah bawa bekalan siap2 dari JB..so xpyh susahkn nenek...lagipun nenek tinggal sorang je kn..bukan larat sangat nak masak..Bekalan yang dibawa ialah ketupat yang siap direbus, rendang daging, kuah kacang, ayam masak merah..lodeh je xsempat nak masak...Tapi alangkah keciwanya kerana kuah kacang yang mak bawa tu dah basi..Mungkin panas2 terus masuk dlm mangkuk tingkat and terus bawa balik kampung kot...tu yang basi...


takpe la..Janji kenyang suda...lepas solat maghrib sume...siap-siap
ke Kota Bahru..mak suh beli butang baju melayu...Dari Johor Bahru ke Kelantan ade ke butang baju melayu yang tertinggal...tak pasal-pasal kena kua malam raya g shopping beli butang baju melayu....hehehe..laka betul..


Tapi suasana malam raya di Kelantan meriah betul..sama macam kat JB..peniaga-peniaga berebut-berebut melelong barang dagangan mereka...Jammed jangan cakap la..kiri kanan penuh kenderaan..bersimpang siur parkingnye...sampaikan adeq kena tawaf berapa kali tah untuk cari parking kosong..semata-mata nak beli butang baju melayu..heeh...


wif my lurvely mom....Sayang beliau sangat-sangat...



Menikmati juadah yang disediakan...



Jantung hati saya..mak & ayah...luv them so much..



adik2 and kakak saya yg comei tombam tu..heheh


Raya pertama..lepas sembahyang raya, ziarah uma Pak Ngah..
.di jamu dengan Nasi Dagang dan Nasi Hujan Panas...






hero-hero saya yang superduper noti...pagi2 raya pun nak men sepak raga..hahaha




Otw g uma Pak Ngah...Lenggang hai Mak Limah...hehehe








Buah hati pengarang jantung nie....



Lepas tu g uma Cik Nik Parit Hilir...Kat sana pun ada nasi dagang....hehe..Biasalah orang kelantan kan...Mesti nasi dagang punya...Nak jumpa ketupat nasi macam kat JB mmg susah...
Ada ketupat daun palas juga...sedap....manis..heheh...


Lepas zohor terus gerak ke Kuala Krai...pergi uma Pak Uda Leiahs...
tidur sana semalam...Raya kedua dah gerak balik pasir mas...


Sempat la pergi singgah rantau panjang...heheh...
cuci mata and cuci poket sekali la...hampir licin kot...bahaya betul...



tengok la barang-barang yang dijual di Rantau Panjang..maunya tak rambang mata...


Oleh sebab hari selasa kami dah nak bergerak pulak ke JB,...so malam isnin tu akak ajak g wakaf che yeh...dye nak beli sourvenir untuk bakal mak mertua and adik2 ipaq dye...
so..temankan aje la...keluar dengan adik lelaki, Ijam and akak je...survival je kua kan..macam tau jalan je..tapi alhamdulillah..selepas beberapa kali pulang ke kelantan walaupun setahun sekali je...masih ingat lagi jalannya...

Alhamdulillah..perjalanan pulang ke JB semuanya lancar dan kami selamat tiba di rumah pada jam 9.00 malam...bertolaknya jam 7.00pagi...kenapa sampai 12jam perjalanan...Inilah sebab-sebanya..

# singgah segamat uma cousin dulu.. g beraya.sempat lagi
# singgah KFC tapau bucket ayam...masing-masing perut dah lapar kan..kebas punggung 12jam duk dalam kete....(tunggu ayam 20minit sebab ayam dah abis tyme tu)


Last but not least.....menanti Teratak Bonda siap..xsabar nya....to be continue.....Stay tuned yea...


Mood: Kahwin..Kahwin...




hehehe,..tajuk entry nak gempak kan...

yea la..skrg kan musim orang kawen....ramai yang ambil berkat sempena Bulan Syawal yang mulia ini untuk melangsungkan Majlis Pertunangan dan Perkahwinan...


antaranya membe aku sorang nie....hari tu ade hantar rombongan pertunangan beliau..pejam celik pejam celik..dah kahwin dah beliau yea...kalau sapa nak baca entry pertunangan En Khairullah & Pasangan..bole baca di sini yea..


Penangan mengikuti Majlis Pertunangan Sahabat


baru sangat rasanya mereka bertunang...Awal bulan 1 hari tu...tup..tup..bulan 8 dah kawen kan...begitu pantas masa berlalu...murah rezeki betul...




beliau merupakan kawan zaman sekolah rendah aku....lepas abes sekola terus lost contact..actually dulu tyme sekola xde la rapat sgt pun dgn dye nie..nakal giler kot dulu...
aku kan baik..hehe./...so xgeng sangat la..hahahha...
rasanya jumpa balik pun dekat fb...walaupun perangai beliau agak biol2 ..mulut tahap laser mak jah.....tapi jujur aku kata..beliau seorang yang baik..suka membantu sahabat2 nya...
Waktu aku susah..xde transport..dye la yang hulurkan pertolongan..Terima Kasih kawan...
Jasamu ku kenang...;-)


Next, kawan sekolah menengah aku...Yana Izzatul dan pasangan...baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan...hehehe...suka tengok orang bahagia bahagia nie..Tahniah dear...Kawen nanti jangan lupa jemput yea...




Next, kawan sekolah menengah aku jugak nie...dah jadi cikgu sekarang....hehehe...Cikgu Farah Adila dan pasangan...baru selesai akad nikah,....dengar cite majlisnya tahun depan...Apapun tahniah yea yunk...kalau taun depan naik pelamin..bunting pelamin la jawabnyer yea..heeheheh...cepat2 dapat baby..



Doaku buat kalian..Semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah, menjaga hubungan dan menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah...Semoga kekal hingga ke Jannah yea..Insyallah....Amin...

Sekarang nak prepare untuk wedding sabtu nie...Jemput yea datang wedding my sis...Hope semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya..Amin...

Friday, August 17, 2012

"Selamat Menyambut Syawal yang bakal tiba"




Di kesempatan ini...Saya ingin mengucapkan selamat menyambut
Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi...

Kepada yang berjalan jauh..harap jaga pemanduan dan berhati-hati di jalan raya....Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju...

Ingatlah orang yang tersayang...


Kepada yang mengenali diri ini, ampunkan segala salah silap yang saya lakukan secara sengaja mahupun tidak.... 0-0 yea....

doakan perjalanan saya sekeluarga diredhai dan selamat tiba di kampung..
Akan bertolak pulang ke kampung selepas subuh ini...dan dijangka sampai pada malam raya...Mohon doa kalian yea....Amin...



Tuesday, August 14, 2012

Irma Hasmie kini Berbadan Dua

pic ihsan: www.utusan.com.my




Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Aktres, Irma Hasmie yang disahkan hamil. Sekarangg usia kandungan nya baru masuk 5 minggu.


Sumber : Murai.Com.My


Irma ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadhan 2012, malam tadi memberitahu keadaanya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.


Ujarnya” Insyallah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.


Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat., namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.


"Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.


"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya kepada murai.com.my.


Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.


"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.


"Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," jelas Redza.


Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat.



"International Lefhanders Day"








Wah...teruja gitu....TERASA DIRIKU BEGITU BERHARGA


tak kusangka tak kuduga...
rupa-rupanya ada juga hari yang menghargai golongan kidal nie..

Tahukah maksud kidal itu??

Golongan yang menulis dan berkebolehan melakukan aktiviti menulis,melukis dan seumpamanya dengan tangan kiri...

13 Ogos merupakan tarikh yang telah ditetapkan untuk menyambut Internationl Lefthanders Day pada setiap tahun..
International Lefthanders Day nie kali pertama diadakan pada 13 Ogos 1976.

Menurut blog yang aku baca nie, Hari Tangan Kidal Antarabangsa ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kesedaran mengenai ketidakselesaan dan kesukaran pengguna tangan kidal untuk berhadapan dengan dunia yg didominasi dengan pengguna tangan kanan. Untuk pengetahuan korang, populasi pengguna tangan kidal adalah sebanyak 7-10 peratus daripada populasi bumi,

Walaupun mempunyai kehidupan yang normal, adakalanya mereka menjadi mangsa diskriminasi secara sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contoh, kebanyakan peralatan yang dicipta adalah untuk kegunaan pengguna tangan kanan...Dan oleh sebab itu, pengguna tangan kidal terpaksa menyesuaikan diri dengan peralatan tersebut.

Dengan wujudnya Hari Tangan Kidal Antarabangsa diharapkan ianya boleh menamatkan diskriminasi ini...

Sekian berita yang aku dapat dari blog ini ---> (TIBA-TIBA JAM 6 PETANG)

Dalam family aku, cuma aku dan arwah abg aku je yang tangan kidal..tapi sekarang arwah dah tak ada...tinggal aku sorang2 yang tangan kidal...hukhuhkhuk....sedihh....

tapi takpe..ramai gak kawan2 aku yang tangan kidal..especially JAMILAH JAMAL..dialah insan pertama yang bagitahu kat aku pasal Hari Tangan Kidal Antarabangsa ni...hehehe

Thank a lot fren...Still remember my lefthanded.

Siap tag lagi kat facebook..heeheh...


So....walaupun hari ini dah masuk 14 Ogos...Aku tetap nak wish kat semua blogger yang tangan kidal, kepada kawan2 aku yang tangan kidal dan kepada sesiapa sahaja lah yang tangan Kidal..

Selamat Hari Tangan Kidal....Terasa diriku begitu berharga kan..chewahhh.....

Ok lah...sebenarnya ini budaya barat...sambut menyambut nie..So kita xpayah terikut2 budaya mereka yea...sekadar tahu info sudah mencukupi..sekadar suka2 je....

Kelebihan Golongan Tangan Kidal

Kreativiti: ---> Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan,.

Otak sebelah kiri --------------> (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, logik, matematik, dan sains...

Otak sebelah kanan -----------------> (cenderung menggunkan tangan kiri) meguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi, dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.


Let's see the quotes

"Only left handed are in their right minds".


Thursday, August 9, 2012

Salah sangat ke keje aku sekarang ni???


Salam pembuka bicara....

ok..status entry kali ni...naik kusut pikir sebenarnya...Manusia memang xpernah habis mengata, mengumpat...membebel.....

Puas dah pujuk hati ini..sabar la yani..Insyallah rezeki kamu akan datang jua suatu hari nanti..

Dah naik jemu dengan mulut-mulut orang sekeliling...yang berkata,mengata, dan seumpamanya..Antaranya

"Ko tak nak cari keje lain ke, sampai bila nak duduk sini je"

"Bile ko grad ea, dah setahun keje kt sini,xde dapat mane2 offer yang better ke?

"Akak ko tu dah banyak kali bertukar tempat, murah je rezeki dia, ko xnak try ke"

"U xnak try job tempat lain ke...."

Itu antara soalan2 yang sering ditanyakan kepadaku...

Jawapannya: meyh sini aku habaq hang...

Bukan aku xberusaha..malah puas aku mencuba...semua jawatan kosong aku apply...xkira dalam apa jua bidang sekali pun... Aku xpernah putus berharap agar Allah membuka luas pintu rezeki ku....Aku percaya Allah sentiasa membantu hamba-hambanya yang memerlukan...

Pernah dapat offer kt UTM, jadi research asst(kontrak)..tapi tyme tu aku bru je start keje kt Proton ni...ada la dalam 1minggu..xkan la nak trus resign kan..lagipun gaji yang ditawarkan lebih kurang sama dengan kat Proton ni...So, aq fikir lagi baik stay je kt Proton ni daripada keje research asst berstatus kontrak tu...

Baru je aku start keje kt Proton ni..dpt lagi 1 offer kt Bank Muamalat. Field Marketing...kt Kulai..Jauh tu dari umah aku kt Skudai nie..bila dihitung-ditolak-dibahagi, aku terpaksa tolak tawaran tu...Minta pendapat ibu ku pun dye kata cari dulu pengalaman kt Proton ni..

Now, almost 1 year aku kat sini...aku selesa kat sini..keje pun ok...cumanya...bila cakap2 orang sekeliling yang aku sendiri memang xpernah amik kesah..tapi makan dalam tu..aduiii..sabar2...

Advantages keje aku sekarang ni:

- Dekat sangat dengan rumah..15 minit dah sampai...
-keje mudah
-gaji walaupun xikut standard ijazah aku..tapi bagi aq ok la kalau aku masih single..cukup sangat...kalau dah kawen karang..mmg xckup la...
-keje office hour...

Disadvantages:

Keje kt Proton Dealer ni..benefitnya kurang sikit...
- gaji pun payah nak naik...
-aku sorang je perempuan melayu kat opis ni..
huhuuh..giler bosan...
tu yang nak kena move tempat lain..

Harap sangat ade rezeki aku yang lebih baik di luar sana..Dunia kerjaya memang betul2 mencabar..walau berusaha kuat mana pun..tapi kebanyakan kerja yang diiklankan hanyalah sekadar iklan...(apa yang boleh aku lihat dunia sekarang ni..banyak yang guna kabel...)

sedih giler taw.....Kesian kat graduan graduan yang mengharapkan kerja tu....



Tuesday, August 7, 2012

Biskut raya xsiap...Rumah xkemas..



Alhamdulillah..dah masuk Ramadhan ke -18 kita berpuasa....terasa cepat masa berlalu...lagi 2 minggu je kita akan menyambut bulan syawal kan..

Macam2 yang bermain dalam benak kepala nie..
Sume benda harus difikir seiring...
Niat di hati nak buat kuih raya sendiri...
barang sume dah beli..

tapi masa je belum ada lagi...
Dengan nak siapkan gubahan hantaran lagi...
Hmmm..Macam nak return balik je Bulan Ramadhan nie.
Start puasa 1st day balik..kan best..


Iftar bersama kawan2 pun xsempat...
Just bersama bff n yg tersayang je sempat...



Masa sangat-sangat mencemburui diriku ini la...

Rumah xcat lagi...xkemas lagi..
Ya Allah berilah aku keluangan masa dan kelancaran atas setiap apa yang telah dirancangkan..Moga Engkau permudahkan jangan Engkau susahkan ia..Amin...

Tapi puasa tahun nie sangat seronok..Dapat masak juadah berbuka untuk adik2 dengan air tangan sendiri...Siakap 3 rasa dan Sup tauhu jepun...sedap...heheh...Licin diorang makan....seronok je tengok diorang makan...Kalau biasanya..hari2 ayam..ayam..ayam...sekali sekala pekena ikan besau...memang xpandang kiri kanan dah diorang....Almaklum lah..adik2 aku ni bukan mmakan ikan sangat..asyik2 nak ayam je...tuan yang menaip ni pun sama...heheheh...

Tahun ni balik beraya jauh pula tu....Hope semuanya selamat pergi dan balik la..risau sangat....tapi xsabar nak jumpa nenek..rindu sangat kt dia..taun ni Insyallah bole bagi beliau duit raya...heheeh....ade rezeki lebih kan..

Doakan kami yea....Moga diberikan peluang untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan pula...Insyallah