Tuesday, August 14, 2012

Irma Hasmie kini Berbadan Dua

pic ihsan: www.utusan.com.my




Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Aktres, Irma Hasmie yang disahkan hamil. Sekarangg usia kandungan nya baru masuk 5 minggu.


Sumber : Murai.Com.My


Irma ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadhan 2012, malam tadi memberitahu keadaanya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.


Ujarnya” Insyallah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.


Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat., namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.


"Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.


"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan," katanya kepada murai.com.my.


Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.


"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.


"Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," jelas Redza.


Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat.



No comments:

Post a Comment