Bersama Selamanya..

Daisypath Anniversary tickers

1st Caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

2nd caliph

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 22, 2013

Mood Update Entry


Morning semua...
Aiseyhhh...lama betul xupdate blog kan...
Serius rindu sangat nak update..

Almaklum lah, tuan punya blog baru lepas kembali cuti kahwin...
hehehe..

Mood nak kerja ni pun xsampai lagi...accaner tu?

Tapi xpe..In Shaa Allah, yani akan update one by one without missed anything ok...

Tak sangka...macam dalam mimpi je..
Now dah jadi Isteri kepada Muhammad Fahdierul da...
Betul2 masih xsangka nie,...

And kalau korang nak tau..
Kahwin tu best sangat..
best giler ok...
Before nie xboleh pgang2 tangan..
sekarang dah halal dah...
Semuanya halal...
apa yg korang nak buat dengan suami In Shaa Allah ada pahalanya tu...
yang penting kena pandai jaga diri dan batas pergaulan...

Sekarang mood sedih sikit....baru seminggu kawen...
hubby nak kena balik keje kt Ipoh...
yani kat JB lagi...

Bila pikir pasal keje pun pening juga..
In Shaa Allah rezeki ada di mana-mana,
hanya perlukan usaha yang lebih untuk mencari dan berusaha...
Chaiyok2x yani....
U can do it dear....

Pray for me k cantik manis semua....



Belanja satu gambar dulu..hehhe

Monday, April 8, 2013

Menghitung hari...






Bismillahirrahmanirrahim...

Mula menghitung hari....waktunya semakin hampir...
Nampak ticker kat bawah nie..
4days to go..
Ya Allah..pejam celik..pejam celik..
cepatnya masa berlalu...
rasa macam xsempat je nak buat apa-apa...
rasa macam nak berhentikan waktu seketika...
tapi apa kan daya....tak bole...

Mohon doa semua...
Moga majlis ku ini akan berjalan lancar dan diberkati Allah hendaknya,,,



Dan ujian datang lagi,,,
Adik aku di suspek denggi.(betul ke camtu tulisnya ea, korang buat2 paham la yea)
...sebab dia demam je dah beberapa hari nie...risau sangat...
Harap dia cepat sembuh...dia kena kuat....
dah nak majlis nie..
dugaan datang bertalu2...

In Shaa Allah..
aku kena kuat,...
Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya itu sendiri...
Aku tahu Allah sayang sangat hanba2Nya...

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu,
Mohon diberkati, diredhai Majlis Pernikahan ku dan Persandinganku pada Jumaat dan Sabtu ini..
Moga segala yang dirancang berjalan lancar hendaknya...
Dan semoga perjalanan pulang Incik Adi ke JB berjalan lancar dan dilindungi olehMu, Ya Allah,

Hanya kepadaMu tempat aku memohon pertolongan...
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Yang Maha Mengetahui segalanya..

Amin..
Amin Ya Rabbil Al Amin...





 Nak sentiasa senyum macam baby nie...
Omeyyyy sangat....
Bertabah la wahai hati..
Moga segalanya berjalan lancar hendakNya..



Doakan kami yea....

Tuesday, April 2, 2013

Mood: Save the Date.. 13/4/2013


Oh My GUcci!!!! 

Hanya tinggal 10 hari saja lagi sebelum tiba hari kejadian...
Semua hampir lengkap..
CUmanya....

BRIDAL.....

Still xupdate2 lagi...
bile nak kena fitting baju sume..
Adehhhh...TOlong la jangan wat keje last minit....Serammmm kottt....

Please...be nice to me....

Hope semua yang dirancang berjalan lancar hendaknya..
Amin...

Jom sama-sama counting the days.....
heehehe....

Tuesday, March 26, 2013

Perutusan Raja Sehari Elyani & Fahdierul




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Kepada kenalan, sahabat2 blogger dan geng b2b 2013 sekalian...
yani ingin menjemput kalian ke majlis walimatul urus yani...

Merisik Sudah Bertunang Pun Sudah, Nikah Dilafaz Sunnah Diwarisi,
Termeterai Sudah Janji Bermadah, Majlis Persandingan Kini Dirai.

Sekapur Sireh, Seulas Pinang, Semekar Senyuman Seikhlas Hati, Dengan Rasa Penuh Kesyukuran, Kami Mengundang Hadirin Sekalian.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan hormat di hati, kami menjemput saudara-saudari sekeluarga ke Majlis Walimatulurus kami berdua.

Berikut adalah maklumat terperinci:

-----------------------------------------------------------------------------------
NUR ELYANI ROSLI ♥ MUHAMMAD FAHDIERUL ABDUL WAHAB
----------------------------------------------------------------------------------

(Pihak Perempuan)

Tarikh : 13 APRIL 2013 (02 JAMADILAKHIR 1434H)

Hari : SABTU (11.00 AM - 5.00 PM)

Alamat : DEWANRAYA TAMAN UNGKU TUN AMINAH, JALAN PERWIRA 16, 81300, SKUDAI, JOHOR BAHRU (Bersebelahan dengan Kolam Renang)

-----------------------------------------------------------------------------------

Bunga Mawar Kami Taburi, Air Mawar Direnjis Wangi,
Berkembang Kasih Menabur Budi, Undangan Kami Setulus Hati,
Harap Sudi Datang Merai, Terima Kasih Dari Kami Dan Raja Sehari.

Semoga dengan kehadiran dan doa restu saudara saudari sekalian dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan kami dan di berkati Allah swt hendaknya.

----------------------------------------------------------------------------------
p/s: *kawan-kawan nanti pm alamat yea kalau nak kad.

email: nur.elyani@yahoo.com
-----------------------------------------------------------------------------------
Wassalam..


Moga kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis kami.
Jazakallah Khairan kathira.. =)

-----------------------------------------------------------------------------------
TERIMA KASIH. :,)
-----------------------------------------------------------------------------------







Thursday, March 21, 2013

Jodoh...Renungkanlah Sedalam -dalamnya..

Jodoh...
tiada kaitan dengan keturunan..Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita..Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa-doa lewat sembahyang..Allah sentiasa mendengar..

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, 'aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah'.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa,. dia terpaksa membayar berlipat kali ganda.

Bukan semua yang kita rasa membahagiakan itu benar-benar  membahagiakan,. Bahagianya mungkin ada tapi derita nya juga datang bersama. Semua benda pasti ada baik buruknya. Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataanya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus- putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan- bagi yang mengetahui rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan...tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Kata pepatah ada mengatakan 

Kadangkala Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya..
Kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada."


credit to: http://lelakikuat.azhaan.com/?tag=kata-kata-motivasi-kerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...