Monday, February 25, 2013

::.Secebis Nota Pengubat Hati..::




Hati gundah bila memikirkan detik-detik yang bakal menjelang tidak lama lagi.
sehingga ke hari ini, aku masih tertanya betulkah keputusan yang aku buat ini,
Terlalu banyak dugaan yang perlu dihadapi.
Hatiku benar-benar teruji dengan ujian mu Ya Allah,
Mampukah aku menghadapi semua ini,
Kuatkah semangatku untuk menongkah arus perjalanan hidup ku ini,?

Aku masih terpinga-pinga sendiri,
menangisi apa adanya hidup ini,
Aku sedar bahawa tidak semua yang indah akan kita perolehi,
Dan sememangnya aku bukan insan bertuah
Hanya seorang hamba hina yang menumpang hidup di bumi indah ciptaan Mu ini Ya Allah,

Air mata menjadi teman saban hari,
Memang ia tidak membantu untuk menyelesaikan masalah,
tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan hati ini,
Usai solat, aku bertafakur,
teringin benar hati ini untuk berbicara denganMu Ya Allah,
Hanya kalam-kalam Al-Quran meniti di bibir kecilku ini,
Tenang sangat rasa hati,

Semoga segala apa yang dirancang,
Dapat berjalan lancar mengikut jadualnya,
Hanya kepadaMu Ya Allah,
aku memohon pertolongan, 
Engkau permudahkanlah segalanya,
Kekalkan aku dalam istiqamah Mu Ya Allah


~ Ada ketikanya kita perlu untuk merasa "SAKIT" demi untuk MENDIDIK DIRI menghadapi keperitan apabila diri disakiti, dizalimi dan dikhianati..tiada manusia yang maksum, tiada manusia yang SEMPURNA, sudah FITRAH memaafkan dan menerimanya..

jika diri ini sudah mati, roh disakiti tiap-tiap kali dengan kemaafan yang TIDAK DIBERI.. semua yang terjadi, HAKIKATNYA adalah dari Allah jua.. segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah UJIAN dari Allah..Dia mahu MELIHAT apakah kita dapat MENERIMANYA dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya..

Aku masih belum puas untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku,
Terlalu sayang untuk pergi meninggalkan mereka...
Kepada bakal pendamping hidupku kelak,
Aku sangat berharap agar engkau tidak memisahkan aku dengan mereka,
Andai kata terpaksa berpisah sekalipun,
Janganlah engkau memutuskan hubungan aku dengan mereka.
Ketahuilah...
Kerana mereka segalanya buatku.

Aku hanya insan biasa,
yang terlalu banyak kekurangan,
buat bakal pendamping hidupku kelak,
ketahui lah, 

Maafkan aku kerana tak dapat memberikan apa-apa kerana semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah,

Namun yang mampu aku berikan adalah kejujuran, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan bersamamu dalam menuju redha Ilahi,

selagi nadiku masih bernafas didunia hingga ke Syurga...

Tidakku impi,
Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerana aku sedar kau jua sepertiku,
mengheret kisah masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba memperbaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,.

Tidak ku perlukan serambi bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tetapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya; dan takbur dipinggir hati.

Wahai sang pendamping hidupku kelak,
Kuimpikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha dan rahmat Ilahi buatmu, aku, dan bakal zuriat kita menjadi suratan hakikat...


Al-Baihaqi ra meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw bermaksud:

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi..”......... .~

Ya ALLAH , pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu..
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak..
Ya Allah, dengarkanlah rintihan dan permohonan hatiku ini ...
Hadiahkanlah cahaya-Mu kepadaku hingga saat aku dipanggil pulang olehMu ...

♥♥ Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintai-Mu ♥♥


~
..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..~
Wahai sang pendamping hidupku kelak....

•.¸¸Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan TANGGUNGJAWAB ayahandaku dalam memimpinku. Engkau umpama PAKAIAN bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia. Dan pendampingmu di akhirat kelak..•.¸¸

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)

Cukuplah untuk kali ini,
Moga diberi kesempatan lagi untuk menitipkan isi hati kelak..

3 comments:

  1. waalaikumsalam nina..
    salam kenal juga..
    dah visit blog nina..
    hehehe..nice review bout ur wedding dear..

    ReplyDelete