Friday, February 8, 2013

Niat & Cara Mandi Wajib / Junub yang Sah







Di hari Jumaat yang baik lagi barakah ini, yani ingin berkongsi artikel mengenai cara-cara mandi wajib dan niatnya. Mungkin boleh dijadikan panduan dan pembelajaran kepada kawan-kawan sekalian...
In sha Allah, ilmu yang baik haruslah dikongsi bersama agar keberkatan itu dapat dirasai bersama kan..

Mari kita baca!!...
Cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islamantaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Sebab anda perlu Mandi Wajib

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Bahasa Arab


Sunat Ketika Mandi Wajib

  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.


Credit pic: Wan Tarmizi

Seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.
Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.


73 comments:

  1. Kalau kita tak yakin dengan dengan mandi wajib pertama. Adakah kita boleh ulang?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    yea..kena mandi sehingga kita benar2 yakin diri kita sudah berada dalam keadaan bersih...

    ReplyDelete
  3. salam...
    bgmna klau mandi begini...dh basahkn .selrh bdn sabun...syampu semua...lps tu baru niat sambil siramkn lg air ke slruh anggota badan smpai yakin suci

    ReplyDelete
  4. seeloknya niat la awal sebelum kita melakukan apa2...

    ReplyDelete
  5. slm...klau kita mandi wajib pagi sebelum sbyg subuh,pastu kita terus puasa ganti,sah tak puasa tu...sb mlm tu dah niat nk puasa ganti tiba2 terpulak....sy ada rerbaca sblum ni yg puasa tu sah.

    ReplyDelete
  6. sekadar perkongsian mana yang saya tahu yea...

    seeloknya mandi wajib masa waktu sahur means dalam jam 4.30pagi gitu before masuk waktu imsak,,,...
    sebab kalau dah masuk solat subuh tapi kita baru nak bersuci rasanya xboleh sebab kita dalam keadaan kotor kan....

    sebelum masuk waktu imsak..kita dah mandi wajib n bersih sume...baru boleh ganti puasa..niat malam sebelum tu bole...n tak salah kalau nak niat lagi....

    ReplyDelete
  7. sedap lagu ni.. apa tajuk lagu ni

    ReplyDelete
  8. Klau sblm tu bsama suami..tp kita mndi baca niat yg mengangkat hadar bsar bukan yg mndi junub..sah x?

    ReplyDelete
  9. harrylouis yusnadi: istikharah cinta

    Anonymous: saya xsure sangat.
    rasanya sah sebab niat hadas besar..
    berjunub tu salah satu dari hadas besar...
    tapi better kalau nak mandi apa2 punn niatnye biar specific..kalau mandi wajib - untuk haid
    mandi junub - untuk bersetubuh dengan suami...

    ReplyDelete
  10. anazusperlien:

    tajuk lagu: istikharah cinta (sigma)

    ReplyDelete
  11. kalau kita niat secara lisan sah tak ?

    ReplyDelete
  12. Kalau dah selesai haid kemudian keluar air mani niat manakah yg perlu dibaca? Mandi haid atau hadas besar?

    ReplyDelete
  13. Kalo kita niat pakai bahasa indonesia boleh kah?

    ReplyDelete
  14. Salam .. nk tnyer klu kite mndi biase tanpa pakaian ape pun pas tu nk amik air sembhyang tok mndi junub@ wajib kite pakai kain utk tutup dr dada hingge ke kaki. Sah ke mndi kite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik wuduk tu sekadar sunat . bkn wajib . klu nk amik wuduk seeloknya pakai towel or berkemban pun ok . mengelakkan tersentuh bahagian yg bole batal wuduk .

      Delete
  15. Alhamdulillah satu artikel yg bertujuan baik. Semoga Allah mengurniakan saudari dgn kurniaan yg banyak. Cuma perlu diperbaiki sedikit sebanyak artikel ini semoga tidak membawa kekeliruan pada pihak pembaca kerana kebanyakan kita bertaqlid dgn setiap info yg dibaca dan terus diamalkan tanpa usul periksa.

    Berkenaan bab membahagi-bahagikan niat kepada mandi junub, haidh atau nifas adalah tidak mempunyai sebarang dalil berkenaan perbuatan tersebut. Maka, tidak perlulah dibahagi-bahagikan niat. Cukuplah sekadar berniat untuk mandi junub atau mandi hadas besar.

    Mungkin saudari boleh memperincikan antara syarat sah mandi wajib dan juga sunnah dalam mandi wajib kerana ramai yg terkeliru apabila meninggalkan sunnah ketika mandi wajib walaupun pada asasnya dia telah sah mandi wajib. Rukun mandi wajib hanya 2 iaitu niat dan meratakan air ke seluruh badan dan cukuplah syarat untuk sah mandi wajib sekiranya 2 rukun ini dipenuhi.

    Manakala yg dimaksudkan dgn sunnah ketika mandi wajib contohnya ialah mencuci tangan 3 kali, berwuduk, memulakan dgn anggota kanan dll. Tetapi alangkah baiknya jika dapat dituruti segala sunnah Nabi SAW kerana tiadalah yg lebih baik melainkan apa yg diajarkan oleh Nabi SAW kpd kita.


    Untuk artikel yg lebih terperinci bolehlah lawati http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/20/cara-cara-mandi-wajib-mengikut-sunnah/

    ReplyDelete
  16. slm sis. . klu mandi junub, sama ka caranya ngn mandi haid? tq

    ReplyDelete
  17. slm sis. . klu mandi junub, sama ka caranya ngn mandi haid? tq

    ReplyDelete
  18. Tings Shima: sama sis, cuma niat haid tukar kepada junub...
    Contoh: sAHAJA aku berhadas besar, mandi junub kerana Allah Taala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis... mandi junub ngan mandi wajib x sama k sis...??? Blh k klu kita niat 2 kali mcm nie....???
      Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana allah taala...
      Sahaja aku mandi wajid junub kerana allah taala... keliru sikit...

      Delete
  19. Salam sis nk tnyer..pd waktu kite haid tak blh ptg kuku potong rambut kn..n sekiranye kite dalam keadaan sakit kpale atau selainnyer tpakse ptg rambut..blh ke n bagaimana dgn rmbut itu td...terima kaseh..tlg bals..

    ReplyDelete
  20. Anonymous: maaf sebab lewat reply...
    bkn xboleh..cume makruh sahaja hukumnya...
    kalau ia boleh memudaratkan diri, wajib kita potong rambut or kuku dan sebagainya...
    xkn bile kuku dah terlalu pnjg n kite lupe nk potong before period, kena tunggu sampai habis period kan... seelonya bersihkan diri, potong kuku semua...
    harap dapat menjawab pertanyaan nya yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada nas atau dalil yang mengatakan ianya makruh.

      Delete
  21. Salam, minta balas, nak tanya keluar mani pun kena mandi wajib? mani tu yang macam warna putih tu ke? kalau setiap hari keluar setiap hari kena mandi wajib ke?

    ReplyDelete
  22. wajib mandi....kena bersihkan diri untuk beribadat kepada Allah...

    ReplyDelete
  23. Salam sis..klw selepas bersalin dan tk thu kne mandi wiladah sbb sye czer..tk thu kne mandi juga..tp skrg da 33hari..boleh lagi ke klw nk mandi wiladah..?

    ReplyDelete
  24. Salam sis..klw selepas bersalin dan tk thu kne mandi wiladah sbb sye czer..tk thu kne mandi juga..tp skrg da 33hari..boleh lagi ke klw nk mandi wiladah..?

    ReplyDelete
  25. Mrs Sheridah latif: sekadar yang saya tahu, Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak. tapi disebabkan xtahu, mungkin boleh sekalikan mandi nifas,.. boleh rujuk entry ini. http://yanieluvislam.blogspot.com/2014/02/mandi-wiladah-selepas-besalin.html?showComment=1392790081031#c7936607137526588352

    ReplyDelete
  26. Thanks for the informaion ^^

    ReplyDelete
  27. Lps dh mandi wajib...kene ade mandi biasa ke? Masih x jelas lagilah perkara ni.bukan maksud sis punya penerangan tak jelas ttp sy masih ade lg perkara yg ragu2,sorry ye sis

    ReplyDelete
  28. Assalamua'laikum... kak,Terima kasih sbb post Entre ni.In syaallah bermanfaat :)

    ReplyDelete
  29. Salam,
    Setahu saya niat itu lintasan hati bukan lafaz dgn lidah atau menggambarkan dlm fikiran. Contohnya : Nak p buka pintu kita tak sebut sahaja aku buka pintu. Tak gitu?

    ReplyDelete
  30. As,macam mane kalau mandi wajib dulu lepastu baru mandi biasa,bolehkan?

    ReplyDelete
  31. As salam..nak tanya..mndi wajib dgn junub ni sama tak? Sbb slpas bersama suami..sya mandi wajib.

    ReplyDelete
  32. salam sis , kalau mandi wajib dalam keadaan tidak berbaju sah ke?

    ReplyDelete
  33. Assalamuaikum kak... klu kte xmandi wajib sbb haid n kte terus brsama dgn suami... niat utk mandi wajib tu perlu di sekli kn ke atau kne mandi wajib dua kli dgn niat utk haid n junub?

    ReplyDelete
  34. Syukran sis atas perkongsian ni. Sangat membantu saya yang cetek ilmu ni :)

    ReplyDelete
  35. Dalam mandi wajib,perkara yg wajib ialah mendahulukan kepala,anggata badan kanan dan angota badan kiri.

    cara mandi junub

    ReplyDelete
  36. Kat atas yang tulis memabasuh sebanyak tiga kali tu , seluruh anggota badan atau kepala je

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum sis .. sy nk tnye? adakah sah kalau seseorg itu mndi wjib tnpa berpkaian? dan ketika membersihkan anggota badan terutama qubul & dubur, adakah perlu dilapik tangan itu?

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum sis .. sy nk tnye? adakah sah kalau seseorg itu mndi wjib tnpa berpkaian? dan ketika membersihkan anggota badan terutama qubul & dubur, adakah perlu dilapik tangan itu?



    ReplyDelete
  39. as salam. .nx tnye klau lpas hbis jee period kte tros jee brsme dngn suami tnpe mndi junub dulu jdi kte kne mndi sbb haid dngn sbb kte brsme dngn suami kee ?? mksod nye kte kne mndi junub 2 kli kee. .klau bole tlong jlaskn

    ReplyDelete
  40. mndi Junub.
    mandi yg d bungkus dgn Wudhu,,
    bole jga tdk memakai pkaian ktika ituu, tetapi seeloknya "berkemban",,,
    ktika mndi kaki d letakkn d bumi tnpa mngalihknnya stlh slesai mndi, ,,

    ReplyDelete
  41. mndi Junub.
    mandi yg d bungkus dgn Wudhu,,
    bole jga tdk memakai pkaian ktika ituu, tetapi seeloknya "berkemban",,,
    ktika mndi kaki d letakkn d bumi tnpa mngalihknnya stlh slesai mndi, ,,

    ReplyDelete
  42. mndi Junub.
    mandi yg d bungkus dgn Wudhu,,
    bole jga tdk memakai pkaian ktika ituu, tetapi seeloknya "berkemban",,,
    ktika mndi kaki d letakkn d bumi tnpa mngalihknnya stlh slesai mndi, ,,

    ReplyDelete
  43. Klau mandi wajib kna mandi dgn sabun jgk ka

    ReplyDelete
  44. nak tanya.
    niat dulu sebelum mandi boleh ke?

    ReplyDelete
  45. nak tanya.
    niat dulu sebelum mandi boleh ke?

    ReplyDelete
  46. fak pake baca niat lebih bagus bro.. wallahu alam

    ReplyDelete