Thursday, January 10, 2013

CLarification..COnfessioN...hehehe....Semoga segalanya terurai...






Hi B2B, Silent reader,sahabat-sahabat blogger kesayangan ku semua...

Hari nie nak story banyak benda..tapi tak tahu nak starting dari mana...
hehe...

Ok la...sebenarnya aku nak buat clarification ke..confession ke..ape je la..yang penting aku terangkan...heheeh

Kepada yang masih belum tahu status aku,

Status aku sekarang ---> sudah di booking..
means..
dirisik...
(dah macam barang la pulak)

then bila membe-membe aku tanya...
contohnya "Wah!!! yani..bile tunang...Tahniah/...
"Yani, tak jemput pun ea..tau2 dah bertunang", 

Ehh!!!! Apakah semua ini..
aku pun xpasti aku ni dah bertunang ke...rasanya baru risik je kot...
tu pasal aku tak nak kecoh2...
nanti xpasal-pasal korang kecik hati dengan aku pulak...
sesungguhnya aku xbersalah dalam perkara ini...
heheeh....

Sebab tu aku xnak heboh2..tapi bila keadaan jadi macam huru-hara..ahahahha..huru-hara lah sangat kan...so that..aku kena terus terang jugak...

Sebab aku tak nak korang pikir bukan2..itu pun orang tua yang uruskan..so, kena hormat diorang...

Kesimpulannya:

Majlis Bertunang aku akan diadakan sama tarikh dengan Majlis Nikah aku...
so, kepada kawan2, sahabat handai, 
Jemputlah datang majlis tunang plus majlis nikah aku yea..pakej terus..
Senang untuk korang...

Sebab apa aku xnak buat majlis tunang dulu...then selang setahun or beberapa bulan baru kahwin..
Itu pun permintaan Incik Bakal Suami...
Lagipun aku pun ok je..
Ikut je mana yang baik.
senang..xpayah nak keluar perbelanjaan banyak2...
Save budget sikit..

Walaupun agak terkilan tengok kawan-kawan post engagement day diorang..pic cantik-cantik..pakai baju tunang semua...ada hantaran lagi..
I am so jeles OKK!!!
hhukhukhuk..sedeyhhh...
tapi tak apa la..
cepat-cepat pujuk hati ini...
bila pikirkan nak kahwin lagi banyak nak kena pakai duit..
rasanya lebih afdal kita dulukan yang wajib...
Ye la..aku pun bukan anak orang senang...dan seboleh-bolehnya aku tak nak membebankan mak ayah aku...
Aku buat mana yang termampu je....
Asalkan dapat gembirakan semua orang..
In Shaa Allah

Kalau ikutkan mak aku, dye kata tak payah tunang-tunang sume...
Kawen je terus..melepas lah aku nak dapat cincin tunang kan..
hahaahah

Tapi mak Incik Bakal Suami merangkap Bakal Mak Mertua aku nak buat jugak majlis tunang beberapa jam sebelum nikah..Wah..!!! Sayang mak mertua lebih la camni..heheeh..

So ,dapat juga aku merasa jadi tunangan orang walaupun dalam waktu yang singkat kan..sebelum bergelar isteri,..,..
heheeheh

Agak-agak..korang clear x?
heheeh...

ALhamdulillah...setakat ni perancangan semua berjalan lancar....
Paling kelakar...benda2 tak penting semua dah hampir nak siap..tapi benda paling penting langsung xsiap apa2...
Uisshh...memang kerja gila nie..

Tapi In Shaa Allah, dengan izin Allah..semoga dipermudahkan segalanya....
Aku kat sini sorang-sorang uruskan part aku..
dan dia kat sana pun uruskan juga part dia...

Tak ada lah istilah dating bagi kitorang nie...
Long distance relationship betul-betul menguji tahap keikhlasan dan kejujuran aku..hahahaah
tapi tak ape...aku redha je..
Janji paling penting...tahap keimanan aku terkawal..
kahkahkah..
so, kalau jarang jumpa..jarang dating..
terhindar dari maksiat, hasutan syaitan dan dosa..
Hopefully...

Date kahwin aku bila??

Hehe..itu rahsia...
nanti dah nak dekat aku hantar kad kahwin yea...or aku war2 kan kat fb...
Sebabnya...
aku pegang pepatah nie

Rahsiakan Pertunangan, Hebohkan Perkahwinan.

Alasannya, manusia hanya boleh merancang, tapi ALLAH sahaja yang menentukan. Mungkin tempoh bertunang agak lama utk menunggu detik2 perkahwinan dan dalam tempoh masa tersebut tiada siapa yg tahu apa yg bakal berlaku kepada kedua-dua pasangan. 

Sekiranya ditakdirkan, pertunangan itu putus ditengah jalan dan ramai orang yg tahu perihal pertunangan tersebut, pasti akan mengaibkan kedua2 belah pihak bukan? Jadi, mmg lebih elok jika pertunangan dirahsiakan.

Perihal perkahwinan pula, mmg patot dihebohkan kerana itu merupakan niat baik kedua2 belah pihak utk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. mendirikan rumah tangga merupakan satu ibadah dan melakukan ibadah akan mendapat pahala yang besar.Perkahwinan perlu dihebohkan kerana untuk  memberitahu masyarakat setempat bahawa kedua2 pasangan tersebut telah selamat diijabkabul dan ini akan mengelak berlaku sebarang fitnah dalam masyarakat tersebut. 

Eloklah jika perihal pertunangan itu dirahsiakan dan perlu di ingat, sekiranya anda dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan rakan/ saudara, pastikan anda menjaga rahsia itu. Peganglah rahsia itu sehingga kedua2 pasangan mendirikan rumah tangga. Jadi, ini lah alasan mengapa kebanyakan rakan2 kita yang melangsungkan majlis pertunangan senyap2 dan tidak menjempot kita. Dan kemudian, kita akan terkejut mendapat undangan ke majlis perkahwinannya. Jadi, sama-sama la kita renung dan fikirkan yaa? ;)


aku pinjam kata2 dari tuan blog nie
Credit to : http://rafikamona.blogspot.com/2011/05/rahsiakan-pertunangan-hebohkan.html

Akhir kata..sapa yang baca blog aku..diorang tahu la yea..
sapa tak baca..faham2 sendiri je la ok...

Terima Kasih sebab memahami yea..
Sayang korang ketat-ketat....

3 comments:

  1. yea. nana faham. HIHI.

    tahniah. tunang & nikah serentak.
    jimat. :)

    ReplyDelete
  2. waahh ! bgosnye.,.buat serentak...TAHNIAH :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih korang..
    sayang korang ketat-ketat... :-)

    ReplyDelete