Wednesday, January 16, 2013

Cendol Bakar Berkonsepkan Pandu Lalu @ Drive Thru


Hari nie nak story pasal Cendol Bakar Drive Thru...Suatu konsep perniagaan yang baru..hanya sekadar menjual cendol tetapi boleh mendatangkan keuntungan yang berganda..
Mari baca laporan Onscrene.my mengenai Cendol Bakar berkonsepkan Drive Thru ini...

                            
Kali ini ondscene membawa anda ke satu lokasi yang saya agak mungkin boleh mampu meringankan pemikiran setelah beberapa bahan berita yang agak menyayatkan hati dipaparkan  di sini.


Kali ini ala-ala ‘Jalan-jalan Cari Makan’.
Pernahkah anda terfikirkan, bahawa bukan sahaja McD atau KFC mempunyai konsep ‘drive-thru’ atau pandu lalu, malah cendol juga mempunyai potensi akan pendekatan sebegini.

                          

Bagi seorang pengusaha cendol, Mohd Arif Ismail, 49 tahun, kesukaran pelanggannya yang terpaksa berjalan kaki agak jauh setelah meletakkan kenderaan untuk menikmati cendol resipi ciptaannya, idea ini timbul.



Beliau berpindah ke satu lokasi baru , tidak jauh dari lokasi asal – di Assam Jawa, Jalan Kuala Selangor
Bermodalkan kira-kira RM20,000, Mohd Arif tanpa menoleh ke belakang, mendapati kawasan ini sesuai dijadikan sebagai lokasi cendol pandu lalunya yang pertama.



Baru sahaja masuk sebulan dibuka di lokasi baru ini, sambutan pelanggan amat menggalakkan malah ada yang berpatah balik setelah terlihat pemidang besar mengenai cendolnya.




Cendol Bakar – diberikan nama kerana keistimewaan cendol ini menggunakan gula merah yang akan dibakar terlebih dahulu untuk mencairkannya sebelum dijadikan pemanis di dalam cendolnya.
Resipi istimewa ini dan ditambah dengan konsep pandu lalu ini akhirnya berjaya menarik ratusan pelanggan setiap hari yang terdiri dari berbagai bangsa.

                        


Pada asalnya, hanya terdapat 2 menu iaitu Cendol VIP dan Cendol VVIP tetapi ditambah 4 lagi  menu menjadikan 6 menu semuanya  yang berharga antara RM2 hingga RM3.50 setiap satu.
Setiap cendol mengandungi Nata-de-coco, selasih, jagung dan kacang.


Cendol VIP –  RM2.00
Cendol VVIP –  RM2.50
Cendol Tapai – RM2.80
Cendol Pulut Tapai –  RM3.20
Cendol Durian – RM3.00
Cendol Pulut Durian – RM3.50



Apakah keistimewaan menikmati Cendol Bakar?
Sempena bulan Ramadan ini, Mohd Arif turut beramal dengan bersedekah satu cawan Cendol VIP akan setiap pembelian.

Bukan itu sahaja, apabila golongan OKU dan fakir miskin juga tidak  dilupakan – mereka boleh menikmati hidangan cendolnya secara PERCUMA – dengan hanya menunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dan yang paling menarik, apabila anda menikmati cendol di gerainya, anda boleh menambah secara percuma selagi anda terlarat!


Dengan mempunyai 7 pekerja di gerai ini, Mohd Faisal bercadang untuk membuka 4 lagi cawangan menjadikan 10 semuanya tahun ini.


5 lagi cawangan sedia ada ialah di :

 1. Jalan Sg Buloh Jeram
2. Batu 7 Jalan Ijok
3. Simpang Kg Chengkau Ulu, Rembau
4. Stesyen KTMB Kluang
5. Jalan Tg Karang

                             

Bagaimanapun , cawangan di Assam jawa ini sahaja yang mempunyai kemudahan pandu lalu.



Bulan puasa juga , waktu perniagaannya ialah dari jam 4 petang sehingga waktu berbuka puasa setiap hari.


Waktu perniagaan pada hari biasa ialah dari jam 11 pagi hingga 7 petang

.                              
Oleh kerana keunikannya, ada juga pengguna jalanraya yang berhenti di sini semata-mata untuk merakamkan foto di sini.



Nota:
Temubual ini dilakukan pada 5 Ogos 2012

Credit Picture dan Berita : Onscrene.my

No comments:

Post a Comment