Tuesday, January 29, 2013

Mencintai & Dicintai, Saling Melengkapi.. :-)





Assalamualaikum...

Amacam semua? sihat x? ke masih di mood cuti lagi nie? 
heheeh...
selalunya mesti Monday Blues, tapi hari nie..Tuesday Blues la jawabnyer...
kan..kan..xpayah tipu la..korang mesti mood ting tong lagi ni kan....
so, ape kata kita ceriakan mood pagi nie dengan entry jiwang...
hehehe...

Let's scroll down:--->


1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.



2. Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

4. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

5. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

6. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

7. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

10. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

12. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

13. Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

14. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

15. Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

16. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

17. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

18. Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

19 Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorang pun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasar mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

20. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

21. Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

22. Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

23. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

24. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang sukar diperoleh.Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


***entry jiwang pagi-pagi nie yea...!!!

Wednesday, January 23, 2013

Berubahlah kerana Allah



Untuk berubah menjadi baik memang susah..
Banyak halangan, ujian, dan dugaan yang datang bertalu-talu sehinggakan kadang-kadang diri sendiri rasa putus asa..
Susahnya nak jadi baik...
susahnya nak istiqamah, 
susahnya nak tetapkan iman
susahnya..susahnya..susahnya...
tapi aku percaya..
dalam diri setiap insan di dunia ini inginkan sesuatu yang baik.
Mahukan perubahan ke arah yang baik.
Berusaha la dari sekarang,..
tetapkan iman,..kekalkan istiqamah...
dan aku juga masih berusaha..
In Shaa Allah..

Berubah itu payah,
Bila niat bukan kerana Allah,
Bila hati masih gundah,
Bila syaitan membisik mudah.

Berubah itu payah,
Bila diri masih tak tabah,
Bila hati mudah berubah,
Bila manusia memandang rendah,

Berubah itu payah,
Bukan semudah berkata madah,
Tapi sejauhmana kaki melangkah,
Sekuat mana mengekalkan istiqamah.

Berubah itu payah,
Bila diri dikawal amarah,
Nafsu membara dengan mudah,
Kelak diri makin parah.

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah,
Bila teman sudah tak kisah,
Bila teman disisi tiada sudah.

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah,
Mudah bila kena pada kaedah.

Berubahlah walaupun payah,
Walau manusia sudah tak endah,
Walau masa silam selalu menerjah,
Kerana ajal dijangka susah,
Takut bila tak sempat berubah,
Kelak akhirat merana tak sudah.

Berubahlah,
segalanya pasti indah,
Jika ikhlas kerana Allah,
Segalanya punya hikmah.

Berubahlah,
Jika tidak dirimu parah,
Kelak menyesal tak sudah,
Jangan menyerah bila susah berubah,
Kepada-Nya kita berserah,
Di akhirat moga dikurniakan Jannah,
In Shaa Allah.

Kesayangan-kesayangan ku serta saudara seIslam ku sekalian,
jangan bertangguh untuk berubah,
Mula kan tekad dengan segera,
Jangan takut untuk berubah,
Menjadi baik memang susah,
Jangan endah kata-kata orang luar,
Tekadkan nia di hati,
Berubah hanya kerana Allah,
Carilah rakan yang kamu percaya,
Mohon bantuan dengan ahli bijaksana,
Ustaz, ustazah ramai diluar sana,
tapi berhati-hati, jangan silap menilai mereka,
carilah yang benar-benar percaya.
Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.
In Shaa Allah,
hidup mu pasti akan lebih sempurna...

Barakallahufikum.


Monday, January 21, 2013

CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'




hari ni nak join contest dari blogger Norzi Beautilicious House la...

Wah!!!! skirt2 yang sis Norzi jual sume nye gojes2 and ohsem giler...

Disebabkan saya memang penggemar tegar skirt and dress labuh...maka saya nak sangat join contest ni...lebih-lebih lagi sekarang nie lebih selesa pakai skirt labuh kalau keluar berjalan2..nampak ayu dan sopan sungguh gitu...kan.ladies...heheeh

Now, sedang berusaha mengumpul koleksi2 skirt and dress labuh....Kalau ada rezeki menang.,..bestnyer.....Hope i'm the lucky one...

Dan bila terpandang je blog Norzi Beautilicious House nie..
Oh my god!! oh my God!!! Oh my God!!! 
semua koleksi yang ada dalam blog beliau sangat menarik dan gojes...
Ini benar2 serius ok!!!!

Korang pun laju2 lah ushar blog sis Norzi nie...
Confirm cair dan terus jatuh hati dengan collection-collection beliau...


Kalau nak join contest ni:

Meyh lihat dulu syarat-syaratnyer:

Syarat-syarat Am :

1) Mempunyai blog, bukan GA blog ----> My own personal blog

2) Warganegara Malaysia , menetap dan beralamat Malaysia 
-----> Betullah tu...tulen Malaysia ya!!!heheeh

Syarat Penyertaan:

1) Follow blog Norzi Beautilicious House -----> ( Follower yang ke no.639)

2) Follow Blog  NORZI FOODILICIOUS HOUSE 
----> (Follower yang ke no.152)

3) Like page FACEBOOK
 ----> (klik like yang ke "19410" no. bertuah nie..hehehe)

4) Buat satu entry  CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE' 
-----> DONE

5) Ambil gambar dan letakkan pada entry , linkkan ke entry blog Norzi Beautilicious House ------> DONE.

6) Sila tag rakan anda sekurangnya 2 orang , jika lebih bonus.

saya tag: 
1. nana
2.fanaakim
3.ayongatikahzaid

7)Tinggalkan jejak entry, tunggu link di approve. -----> DONE


Tarikh mula  : 23 Dis 2012
Tarikh tutup  : 25 Jan 2013; 12 malam
Keputusan    : 28 Jan 2013

Jom sama-sama kita join contest....Hope ada rezeki la yea...
Thanx Norzi Beautilicious House sebab anjurkan contest nie.....best sangat....

10 TIP ELAK PERGADUHAN



10 TIP ELAK PERGADUHAN
Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!

Kawal Emosi – “Chill lah!!”

Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.



Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”

Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.


Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”

Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.


Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”

Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.


Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”

Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.


Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan ?”

Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.


Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambing!”

Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.


Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”

Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.


Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”

Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!




Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”

Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.....

THANKS,


Credit to: Encik WAN TARMIZI 

PENGGUNAAN ISTILAH 'AMIN' YANG BETUL


PENGGUNAAN ISTILAH 'AMIN' YANG BETUL

Ada yang menulis “amin“, “amiin”, “aamin” bahkan tidak jarang juga ada yg menulis “Amien”

Seperti kita ketahui Lafaz Aamiin diucapkan didalam dan diluar solat  diluar solat, aamiin diucapkan oleh orang yang mendengar doa orang lain.

Aamiin termasuk isim fiil Amr, yaitu isim yang mengandung pekerjaan.

Maka para ulama jumhur mengertikannya dengan Allahummas istajib (ya Allah ijabahlah).

Makna inilah yang paling kuat dibanding makna-makna lainnya seperti bahwa aamiin adalah salah satu nama dari asma Allah Subhanahu wata’alaa.

Membaca aamiin adalah dengan memanjangkan a (alif) dan memanjangkan min, apabila tidak demikian akan menimbulkan arti lain.

 
Dalam Bahasa Arab, ada empat perbezaan kata “AMIN” iaitu :

1. ”AMIN” (alif dan mim sama-sama pendek), artinya AMAN, TENTRAM

2. “AAMIN” (alif panjang & mim pendek), artinya MEMINTA PERLINDUNGAN KEAMANAN

3. ”AMIIN” (alif pendek & mim panjang), artinya JUJUR TERPERCAYA

4. “AAMIIN” (alif & mim sama-sama panjang), artinya YA TUHAN, KABULKANLAH DOA KAMI.


Bagaimana dengan pengucapan/Penulisan “Amien“ ???

Sebolehnya untuk yang satu ini (Amien) dihindari, kerana Ucapan “Amien” yang lazim dilafadzkan oleh penyembah berhala (Paganisme) setelah do'a ini sesungguhnya berasal dari nama seorang Dewa Matahari Mesir Kuno: Amin-Ra (atau orang Barat menyebutnya Amun-Ra)

 Marilah kita biasakan menggunakan kaidah bahasa yang benar dan jangan melupakan hal yang sebenarnya besar dianggap kecil.

 Demikian sekilas penjelasan yang singkat ini mudah-mudahan bermanfaat ... Aamiin .. 

Wednesday, January 16, 2013

Rahsia Fadhilat Surah Al-Fatihah dan Cara Mengamalkannya..


Asyik cerita pasal makan je kan..mari kita cerita pasal agama pula..Sharing is Caring rite....

Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.

Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah.

Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.

Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
  • Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.


2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.


3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.


4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.


5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.


6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.


Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

  1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)

  1. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”

  1. Tawakal sepenuhnya pada Allah

  1. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran )

Credit to: Wan Tarmizi Rahim (beliau rajin memberikan saya maklumat-maklumat dan info terkini serta bermanfaat..Maka, saya kongsikan juga bersama pembaca-pembaca blog ini. Semoga segala ilmu yang kita perolehi dapat diamalkan bersama-sama...In Shaa Allah....

Cendol Bakar Berkonsepkan Pandu Lalu @ Drive Thru


Hari nie nak story pasal Cendol Bakar Drive Thru...Suatu konsep perniagaan yang baru..hanya sekadar menjual cendol tetapi boleh mendatangkan keuntungan yang berganda..
Mari baca laporan Onscrene.my mengenai Cendol Bakar berkonsepkan Drive Thru ini...

                            
Kali ini ondscene membawa anda ke satu lokasi yang saya agak mungkin boleh mampu meringankan pemikiran setelah beberapa bahan berita yang agak menyayatkan hati dipaparkan  di sini.


Kali ini ala-ala ‘Jalan-jalan Cari Makan’.
Pernahkah anda terfikirkan, bahawa bukan sahaja McD atau KFC mempunyai konsep ‘drive-thru’ atau pandu lalu, malah cendol juga mempunyai potensi akan pendekatan sebegini.

                          

Bagi seorang pengusaha cendol, Mohd Arif Ismail, 49 tahun, kesukaran pelanggannya yang terpaksa berjalan kaki agak jauh setelah meletakkan kenderaan untuk menikmati cendol resipi ciptaannya, idea ini timbul.



Beliau berpindah ke satu lokasi baru , tidak jauh dari lokasi asal – di Assam Jawa, Jalan Kuala Selangor
Bermodalkan kira-kira RM20,000, Mohd Arif tanpa menoleh ke belakang, mendapati kawasan ini sesuai dijadikan sebagai lokasi cendol pandu lalunya yang pertama.



Baru sahaja masuk sebulan dibuka di lokasi baru ini, sambutan pelanggan amat menggalakkan malah ada yang berpatah balik setelah terlihat pemidang besar mengenai cendolnya.




Cendol Bakar – diberikan nama kerana keistimewaan cendol ini menggunakan gula merah yang akan dibakar terlebih dahulu untuk mencairkannya sebelum dijadikan pemanis di dalam cendolnya.
Resipi istimewa ini dan ditambah dengan konsep pandu lalu ini akhirnya berjaya menarik ratusan pelanggan setiap hari yang terdiri dari berbagai bangsa.

                        


Pada asalnya, hanya terdapat 2 menu iaitu Cendol VIP dan Cendol VVIP tetapi ditambah 4 lagi  menu menjadikan 6 menu semuanya  yang berharga antara RM2 hingga RM3.50 setiap satu.
Setiap cendol mengandungi Nata-de-coco, selasih, jagung dan kacang.


Cendol VIP –  RM2.00
Cendol VVIP –  RM2.50
Cendol Tapai – RM2.80
Cendol Pulut Tapai –  RM3.20
Cendol Durian – RM3.00
Cendol Pulut Durian – RM3.50



Apakah keistimewaan menikmati Cendol Bakar?
Sempena bulan Ramadan ini, Mohd Arif turut beramal dengan bersedekah satu cawan Cendol VIP akan setiap pembelian.

Bukan itu sahaja, apabila golongan OKU dan fakir miskin juga tidak  dilupakan – mereka boleh menikmati hidangan cendolnya secara PERCUMA – dengan hanya menunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dan yang paling menarik, apabila anda menikmati cendol di gerainya, anda boleh menambah secara percuma selagi anda terlarat!


Dengan mempunyai 7 pekerja di gerai ini, Mohd Faisal bercadang untuk membuka 4 lagi cawangan menjadikan 10 semuanya tahun ini.


5 lagi cawangan sedia ada ialah di :

 1. Jalan Sg Buloh Jeram
2. Batu 7 Jalan Ijok
3. Simpang Kg Chengkau Ulu, Rembau
4. Stesyen KTMB Kluang
5. Jalan Tg Karang

                             

Bagaimanapun , cawangan di Assam jawa ini sahaja yang mempunyai kemudahan pandu lalu.



Bulan puasa juga , waktu perniagaannya ialah dari jam 4 petang sehingga waktu berbuka puasa setiap hari.


Waktu perniagaan pada hari biasa ialah dari jam 11 pagi hingga 7 petang

.                              
Oleh kerana keunikannya, ada juga pengguna jalanraya yang berhenti di sini semata-mata untuk merakamkan foto di sini.



Nota:
Temubual ini dilakukan pada 5 Ogos 2012

Credit Picture dan Berita : Onscrene.my