Tuesday, June 5, 2012

:.;Coretan rasa..:::




Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog kesayangan nie lagi...

Hari ini nak cerita apa yea...
Actually nak ucapkan tahniah pada kawan-kawan yang baru melangsungkan pertunangan baru-baru ini,...Wah...ramainya kawan2 sebaya yang dah bertunang....
Tahniah yea...Satu langkah ke tahap yang lebih besar...
Zaman pertunangan amat mencabar...al-maklumlah..masing-masing tengah berdarah manis kan....Masa ini juga diambil untuk mengenal hati budi pasangan dengan lebih rapat lagi..ianya juga salah satu cara untuk memberi tempoh masa dan waktu bagi setiap pasangan mengumpul wang perbelanjaan perkahwinan.

Nur Syuhada Zaini & Pasangan
Baru je bertunang...Congratez fren...Kawan time dip & degree yg sama...


Farhanah Saim & Pasangan
Kawan time sekolah rendah....Hehe...Tahniah buat kamoo juga..



Ni pengantin lama..hehe..
Azliah Mohamad & Pasangan...
Sedang pregnant 1st baby....
Hope semuanya selamat yea..
Kawan saya dip & deg yang sama...group Arab sama2..miss tat moment..


Nur Safinaz & Pasangan
Baru sahaja mendirikan rumahtangga.
Sayangnya xdapat hadir majlis resepsi mereka atas sebab2 yang tak dapat dielakkan
Tapi xpe..doaku sentiasa mengiringi kalian...


Azizah Tahir & Pasangan
Bakal mendirikan rumahtangga hujung bulan ni...
Alhamdulillah....
Moga segalanya berjalan lancar...
Amin...

Dan berita paling gembira saya dapat tahu hari ini..ialah sahabat muslimah saya akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi...Mungkin sebelum puasa..Alhamdulillah...walaupun terlalu cepat dan agak terkejut...Moga Allah permudahkan segalanya..

Bakal Zauj nya adalah seorang pelajar di Makkah..(agaknye mengikut penerangan beliau di laman facebook)
Walaupun baru habis konvo...tapi telah dapat lamaran...
Alhamdulillah sekali lagi buat kamu sahabat.
Walaupun agak mendadak..tapi demi menjaga batas-batas pergaulan...
Mereka bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan dalam tempoh masa terdekat.

Sangat gembira melihat teman-teman gembira....

Mengambil petikan ayat-ayat "Emma Rusli"

JODOH adalah rahsia Allah,
kita MERANCANG dan ALLAH pun turut sama merancang, cuma kadang-kadang kita TAKUT dengan RENCANA Allah.

Sebab Apa??

Sebab kita TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapan kita nanti, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan untuk kita, untuk hidup kita,..
Tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri,.. buat apa terlalu memikirkan sangat..Kita LALUILAH kehidupan seperti biasa...permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak. BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup kita.

"BELUM dikatakan dia JODOH kita selagi AKAD tidak TERTUNAI,.. kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi.....

Tarbiyahkan diri,
Dalam ujian dari-Mu tiap hari,
Dalam tangisan mengadu dalam sujud malam,
Dalam rindu bersalut dosa yang tak kunjung kelam.

Bagaimana ya Allah,
Mampuku kata, mampuku kira,
Jalan tajam bersalut noda,
Yang telah aku susuri,
Tapi masih belum mampu aku berhenti.

Bagaimana ya Allah,
Untuk aku tegar,
Untuk aku berdiri tanpa sekumit gusar,
Pada cabaran dunia,
Pada khayalan singgahan sementara.

Aku tak mampu lagi ya Allah,
Bantu aku, pimpin aku,
Kerana meskipun aku sering menangis,
Tapi belum mampu ku tangkis,
Segala nafsu yang berlegar bengis.



Kalau tak ada jodoh antara kita..janganlah bersedih...Mungkin Allah lebih mengetahui segalanya...Percayalah..rahsia Allah sangat INDAH.


No comments:

Post a Comment