Monday, May 21, 2012

Bulan Rejab datang Lagi...Yokkk Pose...



hari ini..yani rajin nak update blog..hehehe....update kat opis je...kalau bos taw..mati la...hehehehe....

esok (Selasa, 22hb Mei 2012) dah masuk 1 Rejab 1433H....pejam celik..pejam celik..kejap je kan dah sampai bulan Rejab....lepas Rejab..Syaaban pula..lepas tu dah sampai bulan Ramadhan..sekejap kan...Pose ganti dah abes ke belum nie?? bagi wanita2 la yea..kalau belum abis...mari kita ambil peluang berpuasa di bulan Rejab..Banyak pahalanya..yang lelaki pun bole puasa juga..puasa sunat...rugi kalau lepaskan peluang sebegini...

Jom kita lihat apakah keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Bulan Rejab ni yea..rasanya kalau tak silap dah pernah post entry pasal nie..tapi xpe...kita post lagi..mana taw dah lupa kan...kita remind balik memori kita yea...


KELEBIHAN BULAN REJAB




Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Selamat beramal. :)

No comments:

Post a Comment