Thursday, April 2, 2009

::..tOpuP?????..::

?/Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan/?..


Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon
apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat
panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar
perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus
bergegas mencari bekalan ?*topup*?.Kita akan memastikan bahawa kredit
kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada
sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada
kita..?Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke
syurga?.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari
kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana
agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ?*top-up*?
pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini
dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi
segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam
interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat
berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis
mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar
kisah-kisah para alim ulama?,tabi? tabii?n dahulu,yang selalu menangis
mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu
sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita
menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai
bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..

JOM MUHASABAH DIRI..

renung-renungkan dan selamat beramal..::..(mcm dr izi la plk)...::

No comments:

Post a Comment