Saturday, July 30, 2011

ANDAINYA INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir


tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu.. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ...bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir


tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir


tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN


"MARHABAN YAA RAMADHAN


Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir,

Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan


Saturday, July 2, 2011

Beri Aku Kepastian


hye semua...(chewahh,mcm ramai je yg baca blog nie kn..perasan suda..)
tak mengapa la..blog ni direka dan dibuat pun sekadar melakar secebis isi hati dan berkongsi maklumat...bukan untuk riak atau takbur yea...

apa daa aku merepek nie..
entry kali ini agak jiwang sikit..
kadang2 aku pun keliru..
tak faham perasaan aku sendiri..



aku masih mengharapkan kepastian itu ada.
jangan terus dibiarkan diri ini bermain dengan teka-teki.
aku punya perasaan,
aku punya hati..
aku serik dikecewakan..
tolonglah berterus terang...

aku hanya minta sedikit perhatian dari kamu.
dan tolong bantu aku untuk aku rungkai permasalahan ini..
kerana aku tidak mampu untuk terus menanggung nya seorang diri..

aku perlukan kamu..
yang bole membantu aku ketika aku kesusahan,
yang boleh menemani aku ketika aku kesepian,
yang boleh berkongsi segala cerita suka & duka..

aku mahu merasa nikmat seperti orang lain.
aku tak ingin kau jauh dariku..
kadang2 aku tersepit dengan jiwa aku sendiri.
adakah dia benar untukku..
keliru,bingung,celaru,
tolonglah.....

jika engkau faham apa yang aku bicarakan di sini.
tolong la aku cari jawapannya.
bantulah aku, selidikilah masalah ini bersama..
aku tahu engkau pun mahukan kepastian
walau engkau sibuk,
tapi aku di sini,
aku masih menanti.
aku percaya janji dan rahsia ALLAH itu ada untuk aku.




mengharap..menanti..untuk menunggu sebuah kepastian itu memang sukar,
hanya hati yang menampung segalanya..
kuatlah wahai hati...
bantu tuanmu ini..

romantik itu kesukaan ku,
berani itu keperluanku,
bertanggungjawab itu kewajipanmu,
beriman itu penting bagi mu,
bertolak ansur menjamin keharmonian,
jujur itu tunjang dlm hubungan..